KUALA LUMPUR: "Jangan hanya sekadar menyemak..," demikian kata penulis lirik tersohor negara, Datuk Habsah Hassan berhubung fenomena kehadiran 'artis-artis segera' termasuk dalam kalangan usahawan yang disifatkan boleh menjejaskan imej industri seni tanah air.
Habsah atau mesra dipanggil Kak Chah berkata, segelintir individu yang memiliki wang sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa berdepan cemuhan.
"Setiap orang ada kelebihan, dan mungkin kelebihan kita dalam bidang ini. Jadi bidang yang kita bukan ahli (mahir), saya ingat, tak usahlah... orang kata menyemakkan sahajalah," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian selepas ditemui pada program Bicara Seni Kata Lagu Tiga Zaman yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Program yang dikendalikan oleh pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie itu turut menampilkan komposer dan penulis lirik, Fauzi Marzuki dan penyanyi, Aishah, Aina Abdul, Naim Daniel serta Eric daripada kumpulan Floor 88.
Mengulas lanjut, penulis lirik lagu Salam Terakhir itu berpandangan perlu ada badan berkaitan yang memantau lambakan-lambakan lagu dan penyanyi, yang kualitinya boleh dipertikaikan.
Jelas beliau lagi, stesen-stesen penyiaran juga dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan lagu-lagu, dan bukan hanya sekadar gimik atau wang semata-mata.
"Tetapi saya rasa kalau kita nak kan komersial atau gimik, biarlah gimik yang menaikkan martabat (industri muzik) kita dan bukannya menjatuhkan.
"Ini hanya membuat di luar sana (masyarakat) lebih banyak kecaman berbanding pujian. Mungkin stesen buat duit tetapi adakah buat duit memadai dengan merosakkan industri?" soalnya.
Selain itu, Habsah menambah penonton atau pendengar tidak wajar 'diperbodohkan' dengan persembahan atau nyanyian yang merepek.
Sebagai individu yang berpengalaman, Habsah menegaskan, industri seni sentiasa menghargai kehadiran artis-artis baharu yang berbakat besar.
Dalam masa yang sama, Habsah turut mencadangkan agar kawalan kualiti atau quality control diwujudkan bagi membolehkan syarikat-syarikat penyiaran menilai lirik, melodi dan suara penyanyi sebelum sesebuah lagu itu dibenarkan untuk disiarkan.
Hasimi Muhamad
Wed Apr 27 2022

Habsah (gambar) berpandangan perlu ada badan berkaitan yang memantau lambakan-lambakan lagu dan penyanyi, yang kualitinya boleh dipertikaikan - Foto/Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

'Janganlah sekadar menyemak...' - Habsah Hassan ulas isu 'penyanyi segera'
Sebagai individu yang berpengalaman, Hasbah menegaskan industri seni sentiasa menghargai kehadiran artis-artis baharu yang berbakat besar.