KUALA LUMPUR: "Jangan hanya sekadar menyemak..," demikian kata penulis lirik tersohor negara, Datuk Habsah Hassan berhubung fenomena kehadiran 'artis-artis segera' termasuk dalam kalangan usahawan yang disifatkan boleh menjejaskan imej industri seni tanah air.
Habsah atau mesra dipanggil Kak Chah berkata, segelintir individu yang memiliki wang sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa berdepan cemuhan.
"Setiap orang ada kelebihan, dan mungkin kelebihan kita dalam bidang ini. Jadi bidang yang kita bukan ahli (mahir), saya ingat, tak usahlah... orang kata menyemakkan sahajalah," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian selepas ditemui pada program Bicara Seni Kata Lagu Tiga Zaman yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Program yang dikendalikan oleh pelakon dan pengarah, Adlin Aman Ramlie itu turut menampilkan komposer dan penulis lirik, Fauzi Marzuki dan penyanyi, Aishah, Aina Abdul, Naim Daniel serta Eric daripada kumpulan Floor 88.
Mengulas lanjut, penulis lirik lagu Salam Terakhir itu berpandangan perlu ada badan berkaitan yang memantau lambakan-lambakan lagu dan penyanyi, yang kualitinya boleh dipertikaikan.
Jelas beliau lagi, stesen-stesen penyiaran juga dinasihatkan agar lebih bertanggungjawab dalam menyiarkan lagu-lagu, dan bukan hanya sekadar gimik atau wang semata-mata.
"Tetapi saya rasa kalau kita nak kan komersial atau gimik, biarlah gimik yang menaikkan martabat (industri muzik) kita dan bukannya menjatuhkan.
"Ini hanya membuat di luar sana (masyarakat) lebih banyak kecaman berbanding pujian. Mungkin stesen buat duit tetapi adakah buat duit memadai dengan merosakkan industri?" soalnya.
Selain itu, Habsah menambah penonton atau pendengar tidak wajar 'diperbodohkan' dengan persembahan atau nyanyian yang merepek.
Sebagai individu yang berpengalaman, Habsah menegaskan, industri seni sentiasa menghargai kehadiran artis-artis baharu yang berbakat besar.
Dalam masa yang sama, Habsah turut mencadangkan agar kawalan kualiti atau quality control diwujudkan bagi membolehkan syarikat-syarikat penyiaran menilai lirik, melodi dan suara penyanyi sebelum sesebuah lagu itu dibenarkan untuk disiarkan.
Hasimi Muhamad
Wed Apr 27 2022
Habsah (gambar) berpandangan perlu ada badan berkaitan yang memantau lambakan-lambakan lagu dan penyanyi, yang kualitinya boleh dipertikaikan - Foto/Astro AWANI
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
'Janganlah sekadar menyemak...' - Habsah Hassan ulas isu 'penyanyi segera'
Sebagai individu yang berpengalaman, Hasbah menegaskan industri seni sentiasa menghargai kehadiran artis-artis baharu yang berbakat besar.