PELAKON dan penyanyi Janna Nick berasa sebak apabila melihat ibu bapanya yang sudah lama berpisah berada di majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Sabtu di Langkawi.
Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, menganggap kehadiran ibu bapanya yang disatukan kembali di majlis itu merupakan memori yang cukup indah dan tidak akan dilupakan dalam hidupnya.
“Saya sangat berbesar hati melihat rakan-rakan selebriti yang sanggup datang dari Kuala Lumpur terbang ke sini (Langkawi).
“Dan memori yang paling tidak akan saya lupakan sampai bila-bila apabila kedua-dua buah keluarga saya dapat disatukan kembali dalam sebuah majlis.
“Saya dapat tengok mak dan ayah saya dalam satu majlis. Saya dapat juga tengok Tok Wan. Terima kasih sangat-sangat. Ia adalah perkara yang sangat bermakna untuk saya,” katanya.
Janna berkata demikian ketika membuat ucapan di hadapan tetamu yang hadir pada resepsi persandingannya di Langkawi dan dirakam kemudian dikongsikan di Instastory aktres Nora Danish.
Sebelum ini, Janna menerusi sebuah video wawancara pernah berkongsi mengenai kisah hidupnya ketika kecil yang penuh suka dan duka.
Menerusi wawancara tersebut, aktres berusia 28 tahun itu mendedahkan, ibu bapanya sudah berpisah ketika usianya sembilan tahun dan sejak daripada itu dia telah memilih untuk tinggal bersama neneknya.
Pada ketika itu juga, liku kehidupannya bermula dan banyak masanya dihabiskan bersama rakan-rakan.
Terdahulu, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Langkawi.
Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Janna sendiri, Muner Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas. -- Gempak
Gempak
Sun Jun 11 2023

Janna menganggap kehadiran ibu bapanya yang disatukan kembali di majlis itu merupakan memori yang cukup indah dan tidak akan dilupakan dalam hidupnya. - Gempak
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.
Konflik Gaza: Netanyahu ikrar balas dendam lepas Hamas pulang mayat tebusan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pada Khamis berikrar kononnya untuk membalas dendam terhadap Hamas selepas kumpulan itu menyerahkan mayat empat tebusan Israel.
Polis bongkar makmal proses dadah, tahan lima individu
Polis membongkar makmal haram pemprosesan dadah selepas menyerbu sebuah rumah di Nilai, Isnin lalu dengan membabitkan keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dianggar bernilai RM3.2 juta.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
Dalam kenyataan pada Khamis, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata pasukan serbuan turut menahan dua lelaki tempatan serta dua lelaki dan seorang wanita warga asing, kesemuanya berusia antara 27 hingga 38 tahun.
A.S - Mexico: Mexico ikrar lindungan kedaulatan, A.S label kartel pengganas
Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, mengumumkan pada Khamis bahawa beliau akan mencadangkan pindaan perlembagaan bagi memperkukuh perlindungan terhadap kedaulatan negara.
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Janna Nick makin pulih selepas alami masalah radang usus
Menerusi perkongsian di Instagram, dia memaklumkan sudah dibenarkan keluar dari hospital.

"Yang best bangun pagi ada orang kemaskan katil" - Janna Nick
Janna gembira dan bersyukur dibahagiakan suaminya, Dini Sxhatzman.

Ustaz Wadi jelas isu hadir majlis perkahwinan Janna Nick
Ustaz Wadi menegaskan bahawa kehadiran beliau ke majlis perkahwinan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann hanyalah sekadar meraikan hukum undangan kenduri kahwin yang mana ia wajib untuk dipenuhi.

Janna Nick gagal tahan air mata lihat ibu dan bapa disatukan kembali
Pelakon dan penyanyi Janna Nick berasa sebak apabila melihat ibu bapanya yang sudah lama berpisah berada di majlis perkahwinannya.

Janna Nick sah jadi isteri Dini Schatzmann dengan sekali lafaz
Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.

Nazim Othman jawab dakwaan bercinta dengan Janna Nick
Kata Nazim, dia dan Jannak berkawan rapat dan tidak ada perasaan lebih daripada itu.

Status hubungan dengan Janna Nick: 'Tunggu lepas Ramadan' - Dini Schatzmann
Status hubungan cinta antara pasangan selebriti terkenal Dini Schatzmann dengan Janna Nick masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Putus cinta? Janna dan Dini masih berkawan baik, tiada perasaan benci
Selepas didakwa hubungan cinta bersama Dini Schatzmann telah berakhir, pelakon dan penyanyi Janna Nick menjelaskan dia aktor tersebut masih berkawan baik dan bersikap profesional antara satu sama lain

Hadapi bipolar, Janna Nick nafi cuba raih simpati
Janna Nick dedah dia disahkan hadapi bipolar oleh pegawai perubatan.

Pemandu lori sambilan mengaku tidak bersalah rompak penyampai berita
Seorang pemandu lori sambilan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan merompak seorang penyampai berita televisyen.