Jenazah komposer terkenal tanah air Allahyarham Datuk Adnan Abu Hassan, 57, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Sungai Ramal Dalam, Kajang, di sini, hari ini.
Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur bapanya Allahyarham Abu Hasan pada kira-kira pukul 10 pagi tadi dengan dihadiri anggota keluarga, rakan artis dan penduduk kampung.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Falah di Kajang sebelum dikebumikan di tanah perkuburan berkenaan.
BACA: Pemergian Adnan Abu Hassan, anak didik kongsi kesedihan
BACA: Belasungkawa: 10 perkara tentang Adnan Abu Hassan
Menurut isteri Allahyarham, Rozinor Hafiza Mohd Fauzi, 38, arwah tidak bercakap sepatah perkataan pun sejak dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi, Hospital Selayang pada malam Rabu lepas.
"Dia (Adnan) tidak bercakap sepatah perkataan pun sehinggalah menghembus nafas terakhir pada kira-kira 2.15 pagi tadi... kalau saya kejutkan arwah, dia hanya keluarkan air mata," katanya kepada Bernama hari ini.
Rozinor yang mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal itu pada 2009 menyifatkan arwah sebagai seorang yang sangat mudah memberi pertolongan jika diperlukan untuk melakukan sesuatu perkara.
"Arwah juga seorang yang sangat penyayang kepada keluarga khususnya terhadap kebajikan anak-anak," katanya yang mempunyai anak anak perempuan masing-masing berusia 15 dan 13 tahun hasil perkahwinannya terdahulu.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia Datuk DJ Dave menyifatkan pemergian Allahyarham Adnan sebagai satu kehilangan yang besar bukan saja kepada anggota keluarganya malah dalam industri muzik negara.
Katanya, arwah merupakan seorang komposer yang berbakat besar dan banyak mencipta lagu genre balada antaranya 'Memori Cinta Luka' 'Bunga-bunga Cinta' dan 'Jerat Percintaan'.
"Banyak artis bernaung di bawah Allahyarham antaranya Nassier Wahab dan Misha Omar yang membawa lagu-lagu indah ciptaannya.
"Pemergian Allahyarham merupakan satu perkara yang mengejutkan kerana semalam saya sempat melawat dia (Adnan) di Hospital Selayang dan dia berada dalam keadaan stabil walaupun tidak sedarkan diri," kata penyanyi itu.
Seorang daripada anak didiknya yang merupakan penyanyi tersohor negara, Misha Omar, 34, menganggap arwah sebagai bapa keduanya kerana banyak membantunya ketika beliau mula menceburi industri hiburan kira-kira 15 tahun lepas.
Menyifatkan arwah sebagai seorang yang pandai membuat jenaka, katanya selepas beliau menyertai pertandingan akhir Bintang RTM 2001, arwah merupakan antara insan seni pertama yang mengesan bakat besarnya sungguhpun gagal menjuarai pertandingan itu.
"Lagu pertama saya iaitu Bunga-Bunga Cinta merupakan lagu pertama saya yang dicipta oleh arwah dan tidak menyangka lagu itu membawa tuah kepada perjalanan karier saya," katanya
Penyanyi Nassier Wahab, 54, yang juga merupakan anak didik Adnan menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang mudah bekerja dengan rakan-rakan yang lain.
"Sepanjang saya bernaung di bawah Allahyarham telah menghasilkan lima buah lagu solo dan satu lagu duet," katanya yang mengenali arwah lebih 20 tahun lepas sejak menceburi bidang nyanyian.
Adnan, komposer dan penulis lirik terkenal tanah air meninggal dunia di Hospital Selayang pada kira-kira pukul 2.15 pagi ini akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dihidapinya.
Bernama
Fri Mar 18 2016
![Jenazah komposer Adnan Abu Hassan selamat dikebumikan Jenazah komposer Adnan Abu Hassan selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458287948_AdnanAbuHassan.jpg)
Jenazah dikebumikan bersebelahan kubur bapanya Allahyarham Abu Hasan pada kira-kira pukul 10 pagi tadi dengan dihadiri anggota keluarga, rakan artis dan penduduk kampung. -Instagram officialhlive
AWANI Ringkas: bakal haji wajib suntik vaksin meningococcal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739630242_Palestinianprisoner.jpg)
Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
![PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739629283_AhmadFarhanFauzi.jpg)
PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.
![Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739626080_TetakMautShahAl.jpg)
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.
AWANI 7:45 [15/2/2025] – Suspek direman tujuh hari| Lagi sindiket dadah tumpas| Misi Joehari Ayub| Tahniah Siti Saleha
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
![Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
![Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![PRU15: Adnan, Shamshulkahar akhirnya jawab persoalan calon Kuala Pilah dan Jempol PRU15: Adnan, Shamshulkahar akhirnya jawab persoalan calon Kuala Pilah dan Jempol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667471928_TBShamshulkaharjpg.jpg)
PRU15: Adnan, Shamshulkahar akhirnya jawab persoalan calon Kuala Pilah dan Jempol
Watikah pelantikan tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan pada majlis di Wisma UMNO Seremban hari ini.
![Tak tahu nak tulis apa, taip, nangis, padam, ulang lagi... - Misha Omar menangis saat... Tak tahu nak tulis apa, taip, nangis, padam, ulang lagi... - Misha Omar menangis saat...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554832810_01.jpg)
"Tak tahu nak tulis apa, taip, nangis, padam, ulang lagi..." - Misha Omar menangis saat...
Sebak, mungkin itu yang dirasai oleh Misha Omar ketika menyanyikan lagu Bunga-Bunga Cinta pada malam terakhir konsert Soul Sisters.
![Belasungkawa: 10 perkara tentang Adnan Abu Hassan Belasungkawa: 10 perkara tentang Adnan Abu Hassan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458270408_AdnanAbuHassan.jpg)
Belasungkawa: 10 perkara tentang Adnan Abu Hassan
Bagi yang tidak begitu mengenali Allahyarham, Astro AWANI kongsikan beberapa fakta untuk kita sama-sama mengenang insan hebat ini.
![Pemergian Adnan Abu Hassan, anak didik kongsi kesedihan Pemergian Adnan Abu Hassan, anak didik kongsi kesedihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458270408_AdnanAbuHassan.jpg)
Pemergian Adnan Abu Hassan, anak didik kongsi kesedihan
Datuk Siti Nurhaliza, Misha Omar, Nora dan Aishah, antara nama-nama besar yang pernah 'berguru' dengan Allahyarham.
![Komposer terkenal Adnan Abu Hassan meninggal dunia Komposer terkenal Adnan Abu Hassan meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/41458260504_AdnanAbuHassan.jpg)
Komposer terkenal Adnan Abu Hassan meninggal dunia
Jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.
![Adnan, Siti Hajar guru vokal Kilauan Emas Adnan, Siti Hajar guru vokal Kilauan Emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/61361370163_295x200.jpg)
Adnan, Siti Hajar guru vokal Kilauan Emas
"Kilauan Emas" kembali untuk musim ketiga dengan memperkenalkan Adnan Abu Hassan dan Siti Hajar sebagai guru vokal.