KEMAMAN: Jenazah komposer terkenal Che Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani, 61, atau lebih dikenali sebagai Wan Zul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kijal, di sini kira-kira jam 2.30 petang tadi.
Allahyarham Che Wan Zulkifli menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.30 pagi tadi di Hospital Kemaman kerana jangkitan kuman pada paru-paru akibat penyakit melioidosis.
Menurut anaknya Che Wan Nur Adli Che Wan Zulkifli, 31, sejak Isnin lalu bapanya telah ditidurkan kerana keadaan kesihatannya yang merosot.
"Dekat pukul enam itu saya tengok dia tercungap- cungap dah, nafas dia laju dah, tak ada orang jaga masa itu. Memang mak pun balik kejap. Dia cungap-cungap, lepas itu beritahu kepada doktor apa semuanya (sebelum ditidurkan)," katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu bekas pemain dram kumpulan Iklim, Kamaruddin Ibrahim, 58, menyifatkan pemergian Che Wan Zulkifli merupakan kehilangan terbesar buat industri muzik negara.
"Saya sangat sedih, saya kehilangan seorang yang menaikkan kumpulan iklim, dan saya mewakili rakan-rakan berdoa semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," katanya.
BACA: Komposer Wan Zul meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru
Arwah Che Wan Zulkifli meninggalkan seorang isteri, Tengku Siti Famah dan sepasang anak iaitu Che Wan Nursyikin dan Che Wan Nur Adli.
Kariernya sebagai komposer menyaksikan Allahyarham mencipta lagu popular kumpulan iklim iaitu Suci Dalam Debu, Aduhai Seribu Kali Sayang dan Biografi Cinta Luka.
Allahyarham turut mencipta lagu popular lain seperti Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra dan Bulan (Damasutra), Kerana Takdir (Saleem), Itulah Cintaku (Ilusi) dan beberapa lagu lain.
Astro Awani
Thu Oct 13 2022
![Jenazah komposer Suci Dalam Debu Wan Zul selamat dikebumikan Jenazah komposer Suci Dalam Debu Wan Zul selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665659218_WanZulkomposerm.jpg)
Allahyarham Wan Zul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kijal, Kemaman kira-kira jam 2.30 petang tadi. - Foto Astro AWANI
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714357801_PalestinesPresiden.jpg)
Presiden Mahmoud Abbas tolak seruan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air
Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu menegaskan penolakannya terhadap sebarang usaha untuk memindahkan rakyat Palestin dari tanah air mereka.
![Jenazah komposer Suci Dalam Debu Wan Zul selamat dikebumikan Jenazah komposer Suci Dalam Debu Wan Zul selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665659218_WanZulkomposerm.jpg)
Jenazah komposer Suci Dalam Debu Wan Zul selamat dikebumikan
Wan Zul selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kijal, Kemaman, Terengganu kira-kira jam 2.30 petang Khamis.
![Terima kasih Wan Zul, selamat bertugas Tengku Taufik - Petronas Terima kasih Wan Zul, selamat bertugas Tengku Taufik - Petronas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81516923439_DatukWanZulkiflee.jpg)
Terima kasih Wan Zul, selamat bertugas Tengku Taufik - Petronas
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terdahulu mengumumkan Wan Zulkiflee sebagai Pengerusi syarikat Malaysia Airlines baharu.
![Petronas enggan mengulas mengenai peletakan jawatan Wan Zul Petronas enggan mengulas mengenai peletakan jawatan Wan Zul](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61584548822_petronas.jpg)
Petronas enggan mengulas mengenai peletakan jawatan Wan Zul
Menurut sumber, Wan Zulkiflee atau peletakan jawatan Wan Zul dijangka akan diumumkan tidak lama lagi, dan kedudukannya akan digantikan oleh calon dalaman.