Sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak, Astro telah menyediakan pelbagai rancangan dan program-program eksklusif yang lebih mantap dan hebat dari tahun-tahun sebelumnya.
Menurut Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro Khairul Anwar Salleh berkata pihaknya komited dalam usaha jangka panjang memberikan kandungan yang lebih berkualiti kepada penonton menerusi pendekatan 360 darjah iaitu Tonton, Dengar dan Baca.
“Selain program TV, kami juga mengambil inisiatif untuk turun padang bersama orang ramai seperti Bazar Kosong-Kosong yang disertai oleh pelbagai selebriti popular tanah air.
“Keunikan pada tahun ini juga ialah program Santai Kosong Kosong yang turut bekerjasama dengan ‘food truck’ untuk berbuka puasa di tempat awam di lokasi terpilih di seluruh negara,” katanya ketika ditemui pada sidang media kempen kosong-kosong Ramadhan Astro baru-baru ini.
Antara rancangan menarik yang disediakan ialah ‘Tanya & Ngaji’, Mail & Sudin Sambut Ramadan, drama bersiri Maid, Cik Bunga Cik Sombong, Resepi Memikat Suami dan Hajat Khas Ramadan.
Program berkonsep islamik turut diberi keutaaman dengan memulakan kempen Projek Ngaji dengan bertadarus 30 Juzuk Al Quran selama 30 hari dan diakhiri dengan khatam Al Quran iaitu Imarah Ramadan.
Kesemua program hebat ini boleh ditonton menerusi saluran Bahasa Melayu Astro seperti Astro Ria (saluran 104), Astro Oasis (saluran 106), Astro Prima (saluran 105), Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Warna (saluran 132).
Gempak
Wed Jun 17 2015

Antara rancangan menarik yang disediakan ialah Tanya & Ngaji, Mail & Sudin Sambut Ramadan, drama bersiri Maid, Cik Bunga Cik Sombong, Resepi Memikat Suami dan Hajat Khas Ramadan. - Foto Astro Gempak

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Jendela Ramadan: Jadikan Ramadan bulan berkasih sayang - Mufti
Mufti Wilayah Persekutuan dalam masa sama turut mengajak umat Islam untuk menginsafi diri sempena bulan yang mulia ini.

Jendela Ramadan: Astro saji lebih 44 rancangan menarik sempena Ramadan
Sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak, Astro telah menyediakan pelbagai rancangan dan program-program eksklusif yang lebih mantap dan hebat dari tahun-tahun sebelumnya.

Jendela Ramadan: Ibadah puasa lebih mudah dengan aplikasi Raku
Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak yang akan bermula esok, aplikasi Raku tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menjayakan kempen #KosongKosong

Astro lancar kempen #kosongkosong sempena Ramadan
Bertemakan Kosong-Kosong, Buka Lembaran Baru, kempen Astro bertepatan pada bulan Ramadan bagi mengajak umat Islam saling bermaafan.