Pelawak Jep Sepahtu mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali ketiga berturut-turut merangkul gelaran Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2015 (ALW2015) yang berlangsung malam tadi.
Selain Jep, Sharifah Sakinah juga turut boleh berbangga apabila sekali lagi merangkul gelaran Artis Lawak Wanita Paling Popular, anugerah yang sama dimenanginya tahun lalu.
Kejayaan Jep turut diiringi dengan kejayaan kumpulannya, Sepahtu yang merangkul anugerah Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular. Peminat Sepahtu sudah pastinya teruja apabila Jep dan Shuib diiringi oleh Mamat, Rahim dan Pak Ya sewaktu tampil ke atas pentas menerima anugerah tersebut.
Sementara itu, filem Gila Baby telah mendominasi malam ALW2015 apabila meraih 5 dari 13 kategori terbaik yang dipertandingkan.
Gila Baby terbitan Grand Brilliance telah meraih gelaran Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) menerusi Beto Khusyairi, Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) menerusi Nadiya Nisaa, Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem) menerusi Alfie Palermo dan pengarahnya sendiri iaitu Khabir Bhatia telah dipilih sebagai Pengarah Komedi Terbaik (Filem).
Pelawak Jihan Muse turut pulang dengan senyuman apabila memenangi Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) manakala telemovie lakonannya Jihan Nak Buat Rumah Terbuka meraih anugerah iaitu Telemovie Komedi Terbaik dan pengarah telemovie tersebut iaitu Syed Khairul Farez diiktiraf Pengarah Komedi Terbaik (TV).
Anugerah Khas Juri bagi malam ALW2015 kali ini telah dianugerahkan pelawak veteran, AR Badul di atas sumbangannya kepada industri komedi tanah air.
Malam kemuncak ALW2015 telah berlangsung dari Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Hos untuk acara yang mengiktiraf industry komedi tanah air ini ialah Dato' AC Mizal bersama Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
Ianya telah disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134).
Gempak
Sat Aug 22 2015

Jep Sepahtu (kiri) merangkul gelaran Artis Lawak Lelaki Paling Popular, manakala Sharifah Sakinah memenangi anugerah Artis Lawak Wanita Paling Popular.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Jep Sepahtu, Sharifah Sakinah ulangi kejayaan di malam ALW2015
Pelawak Jep Sepahtu mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali ketiga berturut-turut merangkul gelaran Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2015 (ALW2015) yang berlangsung mala