Malaysia kehilangan sebutir permata dalam industri filem negara dengan kembalinya ke Rahmatullah Seniman Negara Tan Sri Jins Shamsuddin, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
"Jins Shamsuddin adalah antara legenda terakhir negara yang telah mengubah landskap perfileman tempatan selepas Tan Sri P.Ramlee, yang juga seorang lagi legenda. Kita pasti merinduinya," katanya kepada Bernama hari ini.
Allahyarham Jins Shamsuddin, 81, berlakon dalam lebih 40 buah filem tempatan dan antarabangsa serta mengarah sendiri beberapa filem 'box-office' dalam tempoh 50 tahun, bermula dengan lakonan pertamanya dalam filem 'Matahari' pada 1951.
GALERI FOTO: Seniman Tan Sri Jins Shamsuddin dalam kenangan
Salleh berkata Allahyarham Jins Shamsuddin yang terkenal sebagai 'James Bond Melayu' ketika berlakon watak utama sebagai perisik Jefri Zain dalam filem 'Gerak Kilat', berjaya membawa peminat filem tempatan dari era filem percintaan ala hindustan ke genre perfilemen aksi 'thriller' moden.
Beliau berkata Jins Shamsuddin, anak didik P. Ramlee, telah berjaya memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dan negara jiran dalam setiap lakonan serta filem arahannya melalui mesej patriotisme, keberanian, ketaatan dan perjuangan seperti yang dipaparkan dalam filem 'Bukit Kepong'.
"Saya dan seluruh warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berdoa moga Allah SWT merahmati roh Allahyarham," kata Salleh.
Jins Shamsuddin atau nama sebenar Mohamed Jins bin Shamsuddin, diberi penghormatan tinggi oleh kerajaan apabila beliau dilantik menjadi Senator, selama dua penggal mulai 2004 hingga 2011, sebagai mewakili komuniti perfileman serta menjadi pelakon filem yang pertama mendapat status tersebut.
Selain itu, allahyarham yang dilahirkan di Taiping, Perak, turut dianugerah gelaran Seniman Negara oleh kerajaan pada 2009 atas sumbangannya pada kemajuan industri filem negara.
Jins Shamsudin meninggal dunia ketika hendak mendapat rawatan di sebuah klinik di Taman Melawati di sini petang tadi.
Sementara itu, rakan-rakan artis turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian ke rahmatullah pelakon itu satu kehilangan besar kepada industri filem negara.
Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy berkata beliau tidak akan lupa segala tunjuk ajar Allahyarham yang banyak membantunya dalam bidang lakonan.
"Saya masih ingat lagi waktu pengambaran Ali Setan, Allahyarham (pengarah filem itu) cukup tegas bagi memastikan saya memainkan watak Asmidar dengan baik," katanya ketika ditemui Bernama di rumah Allahyarham di sini, malam ini.
Ogy turut berharap agar anak Allahyarham, Putera Hang Jebat meneruskan legasi ayahandanya dalam industri filem negara.
Pengarah filem Datuk Yusof Haslam pula berkata beliau banyak belajar daripada Allyarham dalam bidang seni dan arahan lakonan.
"Filem Bukit Kepong adalah salah satu filem kami berdua berlakon bersama dengan saya memegang watak MM Jaffar Hassan dan Allahyarham pula sebagai Sarjan Jamil Md Shah," katanya.
Yusof berkata pemergian Allayarham satu kehilangan besar kepada negara. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 01 2017
Allahyarham Jins Shamsuddin berlakon dalam lebih 40 buah filem tempatan dan antarabangsa serta mengarah sendiri beberapa filem 'box-office' dalam tempoh 50 tahun. - Foto Bernama
Garis panduan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam masih dalam libat urus - Mohd Na’im
Proses libat urus melibatkan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan akan diteliti secara komprehensif oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
Jins Shamsuddin: Negara hilang legenda filem negara - Salleh
Malaysia kehilangan sebutir permata dalam industri filem negara dengan kembalinya ke Rahmatullah Seniman Negara Tan Sri Jins Shamsuddin.