Ringkasan AI
- Anggota kumpulan One Nation Emcees, Jojo, meninggal dunia pagi ini dipercayai akibat serangan jantung selepas rebah di sebuah masjid di Seri Petaling.
- Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, pernah diserang angin ahmar beberapa bulan lalu dan mula aktif dalam dunia seni bersama One Nation Emcees selepas memenangi sebuah pertandingan realiti pada 2008.
- Kisah penghijrahan Allahyarham mendapat perhatian enam tahun lalu selepas muncul kembali dengan imej baharu bersama kumpulannya dalam program Gegar Vaganza musim keenam.
Menurut pemilik akaun Facebook Maulana Helmi, Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
"Buat yang mengenali Jojo One Nation Emcees, beliau telah meninggal dunia dalam medan ijtimak Qudamak Seri Petaling sewaktu doa penutup dibacakan," katanya dalam kemas kini di laman sosial tersebut.
Memetik laporan portal Mstar, rakan Allahyarham, Mimifly memaklumkan Jojo, 50, pernah diserang angin ahmar beberapa bulan lalu.
Jojo mula aktif dalam dunia seni bersama One Nation Emcees selepas memenangi sebuah pertandingan realiti pada 2008.
Kisah penghijrahan Allahyarham pernah mendapat perhatian enam tahun lalu selepas muncul kembali dengan imej baharu bersama kumpulannya dalam program Gegar Vaganza musim keenam.