Juara Tahfiz Muda Astro Oasis 2016 musim pertama Mohamad Aqil Khair Mohamad Fairos, 11, dipilih sebagai ikon Rakan Muda Masjid peringkat negeri Perak bagi menarik generasi muda, khusus sebayanya berminat mendalami ilmu al-Quran dan berkunjung ke surau dan masjid.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Perak Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata pihaknya percaya adalah lebih efektif sekiranya anak muda sendiri yang menyampaikan kepada generasi muda lain kerana mereka boleh bercakap dalam bahasa dan lenggok gaya anak muda.
"Saya telah bincang dengan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri dan kita bersetuju menjadikan adik Aqil sebagai ikon program Rakan Muda Masjid. Apabila ada program ini, jika berkesempatan kita akan bawa adik Aqil ke program keagamaan di negeri ini.
"Sekurang-kurangnya untuk pembukaan membaca al-Quran, majlis membaca doa dan adalah lebih baik juga beliau memberi tazkirah," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Kepujian kepada Mohamad Aqil di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Matang Kunda di sini itu akan fokus di seluruh masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Bagan Datoh dahulu berikutan tidak mahu mengganggu konsentrasi pembelajarannya sekiranya kerap dijemput memenuhi undangan.
"Buat permulaan, dia akan dijemput ke surau dan masjid terpilih pada waktu-waktu tertentu bagi tarik golongan muda sepertinya untuk bersama beribadah dan saya rasa ia suatu pendekatan yang efektif.
"Kalau orang tua ajak, mereka mungkin pergi atas rasa takut, tapi kalau generasi muda kawan-kawan mereka sendiri yang ajak ke masjid, saya rasa ia satu pelawaan daripada rakan sebaya, bukanlah atas rasa takut tapi atas semangat setia kawan," katanya.
Sementara itu, Mohamad Aqil ketika ditemui berkata beliau tidak sangka dan berterima kasih dengan pelantikannya sebagai ikon Rakan Muda Masjid.
Mula belajar mengaji dengan ayahnya Mohd Fairos Ashaari seawal usia empat tahun dan khatam al-Quran pada usia 7 tahun, anak kelima daripada enam beradik itu berkata beliau akan menghafaz al-Quran setiap kali waktu solat, terutama selepas subuh dan maghrib.
"Ayah saya seorang ustaz Sekolah Menengah Agama Rakyat Irshadiah di sini dan dialah yang mengajar saya mengaji. Semasa mengaji apa yang paling penting jangan main-main dan kena fokus," katanya yang mahu menjadi seorang pensyarah apabila dewasa nanti.
Bernama
Sun Jul 03 2016
Pelajar tahun lima SK Matang Kunda di sini itu akan fokus di seluruh masjid dan surau dalam kawasan Parlimen Bagan Datoh dahulu. - Foto Astro Gempak
Yang perlu kita tahu mengenai pertukaran tahanan dan tebusan di Gaza
Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dijangka berkuat kuasa mulai 8.30 pagi waktu tempatan (2.30 petang waktu Malaysia) hari ini Ahad (19 Januari).
Hampir 200,000 pelarian Syria pulang sejak kejatuhan Assad - PBB
Antara 8 Disember hingga 16 Januari, kira-kira 195,200 rakyat Syria telah kembali ke negara asal mereka.
Trump beri amaran: “Kekacauan besar akan berlaku jika gencatan senjata di Gaza gagal”
Bakal Presiden AS itu beritahu Benjamin Netanyahu "teruskan apa yang perlu dilakukan."
Tebusan Israel, banduan Palestin hadapi masalah kesihatan “kompleks” – Ketua WHO
Kedua-dua pihak kemungkinan besar menghadapi dan akan terus menghadapi cabaran kesihatan "kompleks" yang mungkin mengambil masa bertahun untuk diatasi.
TH nafi zalimi bakal haji, akui akan ambil tindakan undang-undang
Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menafikan tuduhan institusi kewangan Islam itu menzalimi bakal haji melalui tawaran haji musim 2025M/1446H.
Kemalangan: 70 maut, 56 cedera lori tangki minyak meletup di Nigeria
Sekurang-kurangnya 70 orang maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian letupan lori tangki minyak yang terbalik di negeri Niger, Nigeria, pada hari Sabtu.
Mahkamah Korea Selatan sambung tempoh tahanan Yoon 20 hari
Mahkamah Korea Selatan pada Ahad melanjutkan tempoh penahanan Presiden Yoon Suk Yeol sehingga 20 hari.
PM Anwar sambung lawatan kerja ke Belgium dua hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Belgium pada 19 dan 20 Januari ini sebaik selesai tugas beliau di United Kingdom (UK).
Pemukiman Menteri Luar ASEAN tumpu isu serantau dan antarabangsa
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempengerusikan Pemukiman Menteri Luar ASEAN (AMM Retreat) pada Ahad yang akan membincangkan pelbagai isu serantau dan antarabangsa.
PM jumpa Corbyn, kongsi pendapat Malaysia-UK, gencatan senjata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tokoh politik British Jeremy Corbyn semasa lawatan kerja beliau ke London, United Kingdom.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Anwar berkata pertemuan itu digunakan untuk bertukar-tukar pendapat dan pandangan mengenai hubungan antara dua negara daripada landskap pelaburan, perdagangan dan ekonomi.
Kerajaan negeri Perak sambut baik program Solidariti Malaysia Quran Hour
Malaysia Quran Hour yang dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Ahad memasuki edisi keenam, dan dianjurkan setiap 30 Ogos sejak 2015.
Media sosial mula banjir dengan #PencetusUmmah
Mimbar Pencetus Ummah 2 bakal memulakan siarannya pada malam ini di Astro Oasis dan Astro Maya HD.