JUSTIN Bieber dan Hailey Baldwin memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Mac selepas beberapa kali mengubah tarikh majlis berkenaan.
Menurut TMZ, pasangan itu sengaja memilih tarikh itu kerana pelantun lagu Love Yourself itu berhasrat untuk bergelar suami pada usia genap 25 tahun.
Justin dan Hailey, mempunyai keluarga di Pantai Timur dan Kanada dan mereka pada mulanya merancang untuk mengangkat sumpah perkahwinan di sana tetapi telah mengubah rancangan kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.
Antara mereka yang telah menerima e-mel berhubung upacara keagamaan Save the Date termasuk Kylie Jenner dan Travis Scott.
Pasangan sejoli tersebut dikatakan telah menghantar tiga kad Save the Date yang berbeza setakat ini, tetapi bertekad untuk tetap dengan perancangan kali ini.
BACA: Justin Bieber, Hailey Baldwin dah berkahwin?
Pasangan itu mengikat tali perkahwinan dalam upacara rahsia pada bulan September tetapi merancang untuk mengakat sumpah lagi di hadapan teman dan keluarga mereka di Los Angeles 1 Mac ini.
Justin mengesahkan perkahwinannya dengan Hailey di laman instagram beliau dan berhasrat untuk berkongsi momen terindah ini bersama keluarga dan rakan-rakan dengan mengadakan majlis kesyukuran pada bulan November 2018.
Eka Roslee
Fri Jan 18 2019

Justin dan Hailey memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Mac selepas beberapa kali mengubah tarikh majlis berkenaan.- Foto Instagram/@justinbieber

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

Justin Bieber tangguh majlis perkahwinan buat kali ketiga
Justin Bieber dan Hailey Baldwin memutuskan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Mac selepas beberapa kali mengubah tarikh majlis berkenaan.