Filem terbitan Filmscape Sdn. Bhd., "Juvana" mencatat kutipan RM1.7 juta selepas 4 hari tayangan.
Ia memberi perkembangan positif bagi tahun ini selepas kemerosotan kutipan filem-filem tempatan pada tahun lalu.
Mula ke pawagam 24 Januari lalu, promosi di media cetak dan elektronik masih lagi diteruskan penerbit bagi membolehkan lebih ramai penonton ke pawagam.
Turut dijadual ialah rangka promosi yang melibatkan pelakon dan peminat di beberapa lokasi terpilih.
Dalam satu kenyataan media kepada sebuah portal hiburan, Khabir turut menjelaskan penerbitan sekuel bergantung kepada sambutan filem yang sedang ditayangkan.
Pengkritik menjangkakan projek kerjasama antara Juita Viden Sdn. Bhd dan Filmscape Sdn. Bhd ini diyakini mampu mencatat kutipan lebih tinggi pada minggu ini.
"Juvana", sebuah filem arahan Faisal Ishak dibarisi pelakon Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip.
Naskah bergenre aksi ini memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng, Panjang dan Daim yang terpaksa dipindahkan ke sebuah sekolah akhlak baru selepas Sekolah Wira Bakti ditutup.
Astro Awani
Tue Jan 29 2013
Kerajaan tegas tangani jenayah dalam talian menerusi penguatkuasaan pindaan Akta 588 - Fahmi
Aktiviti jenayah dalam talian dan penipuan mampu dibendung menerusi penguatkuasaan Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588).
IShowSpeed 'bersara awal' daripada WWE
Pempengaruh terkenal YouTube, IShowSpeed, berkongsikan rasa kesalnya dan dia turut menjelaskan untuk tidak akan menyertai pentas WWE lagi pada masa akan datang.
Anwar, Thaksin bincang bawa asean maju ke depan
Perbincangan turut menyentuh mengenai hubugan baik dengan negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat dan China, di sebalik ketidaktentuan geopolitik dunia.
Jerebu teruk jejas operasi Lapangan Terbang Don Mueang, Thailand
Laman sesawang Kualiti Udara Bangkok yang dikendalikan oleh Pentadbiran Metropolitan Bangkok, melaporkan pada pagi semalam bahawa jerebu di beberapa kawasan di Bangkok direkodkan pada tahap PM2.5.
ACCCIM gesa kerajaan sedia skim kredit eksport, turun duti import
Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) menggesa kerajaan untuk menyediakan skim kredit eksport dan menurunkan duti import.
Program Makanan Sedunia: Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar
Dengan kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke utara Gaza, WFP sedang berusaha untuk menambah lebih banyak pusat pengagihan.
Trump anggap UK 'tidak selaras dengan kepentingan' AS, ugut kena tarif ke atas EU
Prospek perang dagangan dengan AS dijangka membayangi pertemuan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dengan pemimpin EU, selepas Trump menyifatkan EU tidak selaras dengan kepentingan AS.
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif
Prospek permintaan pusat data di ASEAN kekal positif berikutan rantau ini masih berada di peringkat awal kitaran pembinaan pusat data, menurut Maybank Investment Bank (IB) Bhd.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
Dalam nota, Maybank IB berkata permintaan pengkomputeran awan di ASEAN terus menunjukkan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 20 hingga 30 peratus, menyediakan asas yang stabil kepada pengendali pusat data.
30 pegawai imigresen di lapangan terbang Jakarta dipecat
30 pegawai imigresen telah dipecat susulan dakwaan pemerasan yang mensasarkan pelawat dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta.
Cadangan caruman KWSP pekerja asing kekal sehingga kajian lanjut - Sim
Kerajaan akan mengekalkan cadangan kadar caruman mandatori KWSP untuk pekerja asing, masing-masing dua peratus buat pekerja dan majikan.
Juvana kutip RM1.7 juta selepas 4 hari tayangan
Filem terbitan Filmscape Sdn. Bhd., "Juvana" mencatat kutipan RM1.7 juta selepas 4 hari tayangan.