PELAKON dan usahawan Natasha Hudson telah selamat berkahwin dengan kenalan lamanya, Muhammad Harits Jasmin atau lebih dikenali dengan nama Jay Jasmin pada Ahad lalu di Masjid Al Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Pada majlis nikah serba ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri 10 orang keluarga terdekat, pelakon filem Chermin itu menerima mas kahwin RM300 selain bertukar dulang hantaran.
Natasha juga mendedahkan dia tidak meminta wang hantaran.
"Dia kenalan lama saya. Kami pun tak nak bercinta lama. Keluarga sudah saling mengenali. Kami putuskan untuk mempercepatkan perkara baik ini.
"Satu perkara biarpun saya pernah melalui fasa hidup berumah tangga sebelum ini, dia sangat memahami. Saya pun memilih untuk tidak berada dalam kehidupan silam.
"Moga ikatan ini akan menuju ke satu pengakhiran yang baik. Insya-Allah," katanya.
BACA: "Doakanlah banyak-banyak" - Natasha Hudson selamat bernikah lagi
Tambah Natasha, dia dan suami berkongsi minat yang sama dalam aktiviti sukan lasak.
"Hujung tahun lalu, saya ke Pulau Langkawi kerana menguruskan urusan pembukaan pusat memanah. Suami pula mengendalikan perniagaan luncur ombak di sana.
"Akhirnya kami jadi rakan perniagaan dalam usaha menjadikan pulau pelancongan di Kedah itu sebagai tarikan. Kini, kami jadi teman sehidup semati pula.
"Insya-Allah selepas ini, sekitar minggu depan kami akan pulang ke sana. Saya juga akan terus menetap di sana. Cuma anak saya tak ikut kerana bersekolah di ibu kota," katanya yang masih berulang-alik ke KL.
Mengenai perancangan berbulan madu, kakak kepada Tania Hudson ini menjelaskan dia dan suami belum punyai sebarang perancangan.
"Lagipun nak masuk bulan puasa tak lama lagi. Tengoklah nanti mungkin lepas raya.
"Saya pun nak kena pastikan urusan perniagaan menerusi pusat memanah di Langkawi terus berkembang," katanya yang turut merancang untuk mengadakan majlis resepsi di Sungai Petani, Kedah, selepas Syawal nanti.
Mengenai cahaya mata, baik suami dan Natasha hanya berserah.
Natasha sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Gempak
Tue Mar 29 2022

Pada majlis nikah serba ringkas mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan dihadiri 10 orang keluarga terdekat, pelakon filem Chermin itu menerima mas kahwin RM300 selain bertukar dulang hantaran. - Foto Natasha Hudson

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

'Syukur dikurniakan seorang lagi cahaya mata' - Natasha Hudson selamat bersalin anak keempat
Natasha menerusi Instastory berkata pengalaman melahirkan seorang lagi anak merupakan momen yang paling bermakna buatnya.

Natasha Hudson, suami sedia timang cahaya mata
Natasha turut memberitahu dia tidak boleh menunggu terlalu lama disebabkan faktor usia.

Kahwini sahabat lama: "Saya pilih tidak berada dalam kehidupan silam" - Natasha Hudson
Pelakon dan usahawan Natasha Hudson telah selamat berkahwin dengan kenalan lamanya, Muhammad Harits Jasmin pada Ahad.

"Doakanlah banyak-banyak" - Natasha Hudson selamat bernikah lagi
Natasha atau nama penuhnya Natasha Liana Hudson kelihatan bahagia sedondon mengenakan busana berwarna peach.

Natasha Hudson bercerai kali keempat
Pelakon jelita, Natasha Hudson kembali menjanda selepas perkahwinan keempatnya dengan Noor Nashriq Sekanor musnah.

"Doakan yang baik-baik" - Natasha Hudson akhirnya dedah wajah suami
Bagai pinang dibelah dua!

'Saya sudah bergelar solo' - Natasha Hudson bercerai kali ketiga
Maaf, buat masa ini, saya tidak dapat mengulas lebih terperinci mengenai perpisahan kami, kata Natasha Hudson.

Natasha Hudson sambut Aidiladha bersama pelarian Syria
Bekas pelakon yang sudah berniqab ini memberitahu dia memulakan misi kemanusiaan bersama badan sukarelawan Amal Hope ke sana.