PESOHOR Bollywood, Kajol membuat kejutan kepada warganet dan peminat apabila mengumumkan berehat daripada dunia media sosial.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi platform Instagram dan Twitter miliknya pada Jumaat.
Aktres kesayangan ramai itu dilihat membuat hantaran dengan berlatarbelakangkan warna hitam dan kenyataan mengapa dia memilih untuk berehat daripada media sosial.
“Sedang berhadapan ujian paling berat dalam hidup,” tulisnya.
Bintang Dilwale Dulhania Le Jayenge itu mempunyai 14.4 juta pengikut di Instagram. Wanita berusia 48 tahun itu juga telah memadam kesemua foto atau hantaran yang dikongsikan kepada umum di platform sama.
Kajol sebelum ini agak aktif di media sosial terutama di Instagram apabila sering berkongsi foto dan momen keluarga termasuk bersama suaminya, Ajay Devgn, anak perempuan, Nysa dan anak lelaki mereka, Yug.
Selain itu dia juga kerap berkongsi momen throwback lakonannya dalam filem seperti
Gupt and Bekhudi.
Meski tindakannya mencetuskan tanda-tanya, namun peminat tetap memberi sokongan dan kata-kata semangat agar Kajol mampu melewati fasa sukar dan kekal positif.
Dia akan muncul dalam siri terkini Netflix, India’s Lust Stories 2, sebuah antalogi yang diarahkan oleh Sujoy Ghosh, Konkona Sensharma, R Balki dan Amit R Sharma. -- Gempak
Gempak
Sat Jun 10 2023
![Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686370250_KajolSosialMedia.jpg)
-Sedang berhadapan ujian paling berat dalam hidup,- tulis Kajol ringkas. - Gempak
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686370250_KajolSosialMedia.jpg)
Kajol dakwa berdepan ujian terberat, hapus semua foto, rehat dari media sosial
Pesohor Bollywood, Kajol membuat kejutan kepada warganet dan peminat apabila mengumumkan berehat daripada dunia media sosial.
![Ingat lagi para pelakon cilik dalam filem Hindi kegemaran? Ini wajah terkini mereka... Ingat lagi para pelakon cilik dalam filem Hindi kegemaran? Ini wajah terkini mereka...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602826409_AnjaliMunnikuch.jpg)
Ingat lagi para pelakon cilik dalam filem Hindi kegemaran? Ini wajah terkini mereka...
#SantaiHujungMinggu kali ini mengongsikan wajah terkini beberapa pelakon cilik dari filem Hindi yang pernah menjentik hati kita suatu masa dahulu.
![Keluarga pernah halang Kajol kahwin dengan Ajay Keluarga pernah halang Kajol kahwin dengan Ajay](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41540348208_TBKAJOL.jpg)
Keluarga pernah halang Kajol kahwin dengan Ajay
Menerusi laporan The Times of India, dalam satu temubual dengan Neha Dhupia di dalam program 'No Filter Neha', Kajol mendedahkan bagaimana keluarganya tidak mahu dia berkahwin dengan aktor Ajay Devgn.
![20 tahun Kuch Kuch Hota Hai: 10 fakta untuk mengenang kegemilangan filem ini 20 tahun Kuch Kuch Hota Hai: 10 fakta untuk mengenang kegemilangan filem ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/51539681774_TBKKHH.jpg)
20 tahun Kuch Kuch Hota Hai: 10 fakta untuk mengenang kegemilangan filem ini
Mengimbas kembali filem pecah panggung ini, kami kongsikan kepada anda beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu.
![Filem duka lara, 'Kuch Kuch Hota Hai' sudah dua dekad Filem duka lara, 'Kuch Kuch Hota Hai' sudah dua dekad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/41539674461_BPKUCKUCHxj.jpg)
Filem duka lara, 'Kuch Kuch Hota Hai' sudah dua dekad
'Sesuatu terjadi' 20 tahun lepas, di mana percintaan tiga anak muda, Rahul, Anjali dan Tina menjadi cerita yang diraikan dan ditangisi oleh setiap khalayak yang mengetahuinya.
![Selamat ulangtahun perkahwinan ke-19 Kajol-Ajay Devgan! Selamat ulangtahun perkahwinan ke-19 Kajol-Ajay Devgan!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-02/51519567404_ajay.jpg)
Selamat ulangtahun perkahwinan ke-19 Kajol-Ajay Devgan!
Pasangan itu dilaporkan merancang untuk bercuti bersama anak-anak mereka, Nysa dan Yug di Singapura, di mana mereka khabarnya turut akan menyambut ulangtahun perkahwinan mereka
![Sembilan rahsia sempena 19 tahun usia filem Kuch Kuch Hota Hai Sembilan rahsia sempena 19 tahun usia filem Kuch Kuch Hota Hai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51508234411_kkhh-19-header.jpg)
Sembilan rahsia sempena 19 tahun usia filem Kuch Kuch Hota Hai
Pada 16 Oktober ini, genap usia 19 tahun filem Kuch Kuch Hota Hai arahan sulung Karan Johar ditayangkan.
![Kecoh Jalan Masjid India bila Kajol sampai! Kecoh Jalan Masjid India bila Kajol sampai!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/81501171208_kajol-header.jpg)
Kecoh Jalan Masjid India bila Kajol sampai!
Bintang Bollywood Kajol Devgan mencetuskan kekecohan di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, sempena sesi ramah mesra dan promosi filem terbaharu Velaiilla Pattadhari (VIP 2).
![Kajol akhirnya buka akaun Facebook Kajol akhirnya buka akaun Facebook](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51474790871_KajolDevgn.jpg)
Kajol akhirnya buka akaun Facebook
Biarpun sudah memiliki akaun Twitter dan Instagram rasmi sebelum ini, namun inilah kali pertama Kajol membuka akaun rasmi Facebook.
![Bintang Dilwale marah ternampak penumpang pesawat tonton Dilwale versi cetak rompak Bintang Dilwale marah ternampak penumpang pesawat tonton Dilwale versi cetak rompak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61451975146_KRITISANON.jpg)
Bintang Dilwale marah ternampak penumpang pesawat tonton Dilwale versi cetak rompak
Tindakan seorang penumpang pesawat yang menonton filem Bollywood, Dilwale versi cetak rompak dalam sebuah penerbangan disedari salah seorang pelakon filem itu, Kriti Sanon.