RATU Irama Malaysia, Noraniza Idris menafikan ada kena mengena dengan projek Skim Rumahku Syurgaku.
Kata Noraniza atau lebih popular disapa Kak Ani, dia tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek berkenaan kerana tiada sebarang perjanjian antara pihaknya dan syarikat pemaju itu.
“Kami bertemu sekitar Ramadan lalu dalam sebuah majlis buka puasa.
"Saya diperkenalkan oleh rakan kongsi dengan individu daripada syarikat itu yang berminat untuk mempelawa saya menjadi duta program kebajikan.
“Saya terbuka hati untuk menerima pelawaan itu secara lisan memandangkan saya aktif dalam kerja-kerja kebajikan.
“Hasrat saya cuma nak bantu rakan-rakan artis veteran yang tiada rumah dan dalam kesusahan,” katanya.
Noraniza ditemui pada sidang media khas di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu.
Selain itu, Noraniza menyifatkan dirinya sebagai mangsa keadaan lantaran kerana perkenalan itu dibuat oleh rakan kongsinya.
“Selepas isu ini tular, saya yang berusaha mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak pemaju itu bagaimanapun ‘digugurkan’ daripada ‘perjanjian’ tersebut,” katanya.
Tambah penyanyi ini lagi, dia turut mengingatkan selebriti yang berminat dengan projek tersebut supaya mendapatkan maklumat terperinci skim itu supaya tidak ada perkara berbangkit di kemudian hari.
“Saya juga berpesan kepada mereka supaya tidak membayar melebihi RM10 kerana wang tersebut akan disalurkan ke akaun peribadi pihak terbabit.
“Lagipun saya tidak mengetuai projek itu sebaliknya hanyalah pemudah cara kepada rakan-rakan artis,” ujarnya.
Terdahulu, pemaju hartanah yang memperkenalkan skim Rumahku Syurgaku telah menawarkan rumah berharga RM500,000 kepada penggiat seni atas nama tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Noraniza kemudiannya ditampilkan sebagai duta Pelancongan Seni dan Budaya serta Pemegang Amanah menerusi skim yang disebut khidmat sosial amal jariah membantu ummah itu.
Mengikut perjanjian, penggiat seni hanya perlu membayar RM10 untuk urusan penyerahan unit kediaman dengan harga terbabit.
Namun, dakwa pihak pemaju, jika ada selebriti ingin mendapatkan rumah berharga RM1 juta, mereka hanya perlu membayar RM10,000. -Gempak
Gempak
Thu Sep 29 2022

Kak Ani mendakwa tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek berkenaan kerana tiada sebarang perjanjian antara pihaknya dan syarikat pemaju itu. -Gempak

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Keretapi Sarong 2024: 'Tiada negara yang unik seperti Malaysia' - Khairul Aming pimpin ikrar Rukun Negara
Beliau mengingatkan semua peserta yang hadir supaya berbangga menjadi anak Malaysia kerana tiada negara lain yang mempunyai keunikan seperti ini.

Kak Ani dakwa jadi mangsa keadaan, nafi kaitan dengan skim 'Rumahku Syurgaku'
Kak Ani mendakwa tidak dilantik secara rasmi sebagai duta projek berkenaan kerana tiada sebarang perjanjian antara pihaknya dan syarikat pemaju itu.

PRU, Ramli MS punca Konsert Malai Solo Noraniza Idris ditangguh?
Noraniza Idris difahamkan terpaksa menunda Konsert Malai Solo yang dijadualkan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 21 hingga 23 Oktober hadapan.

"Tak sama macam menang anugerah" - Noraniza Idris lakar sejarah Malaysia Book Of Records!
Noraniza Idris melakar sejarah baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia.

Siti Nurhaliza terima undangan, titip pesanan pada Noraniza jangan berhenti menyanyi
Siti Nurhaliza berterima kasih dan bersyukur dengan niat murni, ingatan dan juga doa Noraniza kepadanya.

Anjur konsert terakhir, Noraniza Idris mahu jemput Siti Nurhaliza sebagai tetamu VIP
Bayangkan dua nama besar dalam gelanggang muzik tradisional kembali bergabung!

Peminat sebak lihat Noraniza Idris titip doa buat Siti Nurhaliza di Mekah
Peminat sebak lihat titipan doa Noraniza Idris buat Siti Nurhaliza.

'Saya peminat lagu you tau' - Michael Ang mohon maaf kepada Noraniza Idris
Alhamdulillah akhirnya dah berbaik

Cliff Umar dinobat juara GV7
Tahniah Cliff Umar!

Oja antara tujuh peserta yang berjaya ke final GV7
Wah semua berjaya ke pusingan akhir!