USAHAWAN selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menasihatkan para suami untuk terus kekal setia bersama isteri.
Menerusi perkongsian di platform TikTok miliknya, Aliff berkata, tiada seorang wanita pun yang mahu dirinya dimadukan dan perbuatan itu secara tidak langsung boleh melukai hati seorang isteri.
“Poligami tak haram sebenarnya, cuma poligami ni amat memedihkan dan menyakitkan oleh wanita. Tak ada wanita pun dalam dunia ni nak terima dirinya dimadukan. Sakit, pedih.
“Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima.
“Jadi kepada wanita dekat luar sana, nasihat saya untuk mereka yang bermadu dan berjaya dimadukan, anda seorang wanita yang hebat,” ujarnya.
Menerusi video yang sama, Aliff juga berharap agar orang ramai tidak memandang remeh tentang isu berkenaan kerana ia tidak mudah seperti yang dilihat.
“Tak semua wanita itu mampu untuk melalui detik ini, jangan kita pandang benda ini semudah oh senangnya jadi madu orang, mudah jadi isteri nombor dua.
“Nasihat saya kepada anda lelaki kat luar sana, kalau boleh setia satu isteri, kita setialah. Nak jaga dua isteri bukan senang.
“Satu pun ada banyak masalah apatah lagi dua. Tapi jodoh itukan hak milik Allah, siapalah kita untuk menidakkan.
“Dalam Islam sendiri pun mengatakan berpoligami itu dibolehkan cuma kenalah ada syaratnya, kalau rasa duit cukup, tenaga zahir dan batin tu cukup barulah boleh,” jelasnya.
Sementara itu, di ruangan komen rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan Aliff antaranya:
@fazttshop: “Alif Teega ni patut dengar content Alif Syukri ni daripada dengar content dia sendiri yang ntah apa apa tu,”
@AdindaZaza: “Segila-gila Aliff Syukri pun, saya salute... Dia setia dengan wife dia,”
@Wahyudin Aziz: “Betul tu... Hidup boleh tenang, buat apa cari gelisah. Satu dah cukup,”
Terdahulu, Aliff merupakan antara individu yang turut terkena tempias berhubung kontroversi pernikahan kedua personaliti media sosial, Alif Teega.
Aliff sebelum ini mengakui dia sememangnya pernah berfikir untuk berkahwin lain disebabkan ingin merasai kenikmatan berpoligami.
Bagaimanapun, Aliff berkata dia tidak berkemampuan untuk membahagikan kasih sayang dan perhatian jika mempunyai ramai isteri.
Meskipun ada keinginan itu, namun Aliff hanya mahukan isterinya iaitu Datin Seri Nur Shahida yang menerima segala kekurangan dalam dirinya. - Gempak
Gempak
Tue Nov 28 2023
![“Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri “Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701147905_tbAliffSyukri.jpg)
Uahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menasihatkan para suami untuk terus kekal setia bersama isteri termasuk beliau yang hanya mahu bergelar suami kepada Datin Seri Nur Shahida.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
![Fahmi minta MCMC ambil tindakan bersesuaian berhubung video Aliff Syukri Fahmi minta MCMC ambil tindakan bersesuaian berhubung video Aliff Syukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710413161_FahmiFadzil.jpg)
Fahmi minta MCMC ambil tindakan bersesuaian berhubung video Aliff Syukri
Ia berhubung sedutan klip video yang dimuat naik oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman di media sosial.
![“Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri “Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81701147905_tbAliffSyukri.jpg)
“Kalau boleh setia pada satu isteri, nak jaga dua bukan senang” - Nasihat Aliff Syukri
"Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima."
![Ibu Aliff Syukri dedah miliki rumah 7 bilik di London - beli hutang, bukan tunai Ibu Aliff Syukri dedah miliki rumah 7 bilik di London - beli hutang, bukan tunai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/71689562340_TBIbuAliffSyukri.jpg)
Ibu Aliff Syukri dedah miliki rumah 7 bilik di London - beli hutang, bukan tunai
Rozita berkata, hasil berjimat cermat, rumah berkenaan merupakan hadiah untuk dirinya sendiri.
![Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81688333624_AliffSyukri.jpg)
Aliff Syukri tuntut bekas menteri bayar hutang puluhan juta
Aliff mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respons.
![Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo! Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686358843_DatukAliffSyukri.jpg)
Aliff Syukri seronok jual durian serendah RM5 sekilo!
Aliff Syukri juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada yang membeli.
![Aliff Syukri, isteri timang anak keenam Aliff Syukri, isteri timang anak keenam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/51680826299_ShahidadanAliffSy.jpg)
Aliff Syukri, isteri timang anak keenam
Luqman Al-Hakim nama pilihan untuk cahaya mata terbaharu pasangan itu.
!['Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam 'Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41680573049_IsteriAliffSyukri.jpg)
'Keluar tangan dulu' - Isteri Aliff Syukri kongsi pengalaman bersalin anak keenam
Shahida berkongsi pengalaman pertama berdepan dengan komplikasi anaknya yang lahir mengeluarkan tangan terlebih dahulu.
![Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680319581_DatukAliffSyukri.jpg)
Nur Shahida mengaku sudah berkali nasihat suaminya Aliff Syukri
"Sebagai orang yang dekat, saya dah nasihat dan dia bukan budak-budak yang saya kena pantau."
![Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665639672_DatukSeriAliffSy.jpg)
Aliff Syukri tidak mengaku buat video sumbang
Aliff Syukri hadir di mahkamah membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
![Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660366868_AliffSyukri.jpg)
Buat drama lagi? Aliff Syukri akui ada masalah mental
Usahawan kosmetik kontroversi itu juga umum undur diri dari media sosial.