KUALA LUMPUR:Kerajaan digesa agak bertindak tegas dalam menyelesaikan masalah cetak rompak yang telah menyebabkan ramai penerbit filem, drama dan muzik menanggung kerugian.
Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam menegaskan tanpa kesungguhan dari pihak berwajib masalah cetak rompak tidak akan selesai.
Beliau menjelaskan, kegiatan cetak rompak bukan perkara baru tetapi ia sudah lama diperjuangkan oleh mereka yang terlibat dalam industri kreatif.
Namun, Yusof kesal kerana masalah cetak rompak ini akhirnya menjadi retorik semata-mata tanpa ada penyelesaian yang tuntas dari pihak kerajaan.
"Saya harapkan tindakan yang tegas daripada kerajaan kerana perkara ini kita sudah bercakap berpuluh kali, tetapi apa yang pihak industri dapat maklum balas semua retorik.
"Jadi ini kita mintak ketegasan supaya benda seperti ini dapat diatasi, kalau kerajaan tidak bersungguh-sungguh dan tidak buat undang-undang, sampai bila-bila pun ... sampai kiamat pun rompakan digital akan berterusan.
"Jika masalah ini tidak dapat diatasi dengan undang-undang yang lebih tegas ia akan jadi lebih parah dan menjejaskan pekerja industri kreatif," katanya kepada Astro AWANI, pada Rabu.
BACA: Guna kotak media dengan perisian tidak sah, bahayanya di pihak pengguna juga - SKMM
Beliau mengambil conton tindakan di negara jiran yang mana pemerintah bersungguh-sungguh membanteras kegiatan cetak rompak dengan bertindak pantas sekiranya ada laporan.
BACA: Perisian tidak sah: Seniman dan PFM cadang hukuman lebih berat
Perkara yang sama tidak berlaku di negara ini hingga ada mereka yang terlibat dalam industri kreatif terpaksa bertindak sendiri untuk membanteras kegiatan cetak rompak.
BACA: Hukuman terhadap pesalah cetak rompak masih tidak adil, lewa - Penerbit filem
"Saya pun pelik, kenapa negara kita tak boleh undang-undang, sedangkan negara jiran kita yang paling terdekat, rakan saya yang di negara tersebut bercerita apa yang berlaku di sana.
"Di negara jiran kita, kalau ada benda ini berlaku (cetak rompak) sekejap saja kerajaan mereka bertindak dan bila ada tindakan tegas rakyat mereka akan gentar nak buat benda ini.
"Tetapi di negara ini agak bebas, kalau ada cetak rompak berlaku, bila kita buat aduan kita akan dapat jawapan "akan bertindak... akan bertindak" tetapi sampai sekarang pun tidak ada apa-apa tindakan," katanya lagi.
Yusof berkata demikian ketika mengulas kegiatan pihak tertentu yang menjalakan urus niaga kotak media yang mempunyai perisian tidak sah.
Pada Selasa, seorang pengarah syarikat didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah memiliki enam kotak media yang mempunyai perisian tidak sah mengikut Seksyen 232 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Irwan Muhammad Zain
Wed Feb 17 2021

Yusuf Haslam mengambil conton tindakan di negara jiran yang mana pemerintah bersungguh-sungguh membanteras kegiatan cetak rompak dengan bertindak pantas sekiranya ada laporan. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

'Kalau kerajaan tidak bersungguh, sampai kiamat pun cetak rompak tak selesai ...' - Yusof Haslam
Kerajaan digesa agak bertindak tegas dalam menyelesaikan masalah cetak rompak yang telah menyebabkan ramai penerbit filem, drama dan muzik menanggung kerugian.

Penulis novel 'Aku Bohsia' vs Syamsul Yusuf gagal selesai luar mahkamah
Kes saman antara penulis novel "Aku Bohsia' Elias Idris terhadap pengarah Syamsul Yusuf gagal diselesaikan di luar mahkamah.