PENYANYI popular dari era 90-an, Ziana Zain akui terkesan dengan berita penderaan yang berleluasa di Malaysia termasuk yang terbaharu kes ibu kandung dera anaknya sendiri sehingga luka dan bernanah.
Menurut Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 55, dia tidak boleh terima perlakuan ibu berkenaan yang dirasakan seperti tidak masuk akal.
“Ibu ni mana perasaan sayang pada anak dia yang dikendong dan lahirkan dari kecil sehingga sanggup buat begitu? Dalam hati dia ada apa ya?
“Allah pilih kita jadi ibu bapa sebab ada orang nak dapat anak pun susah. Kita yang ada ni syukur dan jagalah amanah Allah itu jangan disia-siakan.
“Di mana perasaan kasih sayang simpati terhadap anak ni? Adakah lahirkan anak itu kerana terpaksa? Kalau tak mahu bela bagilah pada orang lain,” katanya kepada Gempak.
Pelantun lagu Putus Terpaksa itu ditanya Gempak mengenai isu yang tular seorang ibu dan pasangannya yang didakwa mendera anak kandungan berusia 7 tahun hingga menyebabkan kesan luka yang teruk dan memilukan.
BACA: Ibu tunggal dan rakan didakwa aniaya, abai anak berusia tujuh tahun
Sebagai wanita yang bekerja dan sibuk sebagai aktiviti seni, Ziana memberitahu dia bernasib baik meskipun tidak dapat memantau sepenuhnya anak-anaknya namun dibantu oleh orang-orang yang dipercayai.
“Tugas menjaga anak kecil ini perlu banyak kesabaran jadi orang-orang yang bekerja dalam bidang ini perlu faham skop kerja mereka.
“Jangan aniaya anak orang, fikirlah ke hadapan nanti jika kamu ada anak dan cucu tak mustahil boleh jadi pada mereka pula.
“Macam saya, syukur saya mempunyai support system yang bagus. Kalau ada orang gaji pun saya akan bawa dia bersama dipantau oleh mak dan abah di rumah mereka.
“Alhamdulillah saya dapat pembantu yang baik dan sayang anak-anak. Benda ni nasib juga yang penting kita dah lakukan yang terbaik,” kongsinya lagi.
Ziana Zain bercerai dengan bekas suami, Armin Zaharin dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.
Penyanyi itu dengan bekas suami mempunyai empat orang anak iaitu, Amar, Aiman, Muhammad Airil dan Siti Nur Kaseh. -Gempak
Gempak
Wed Aug 16 2023
!['Kalau tak mahu bela bagilah orang lain' - Ziana Zain terkesan berita penderaan kanak-kanak 'Kalau tak mahu bela bagilah orang lain' - Ziana Zain terkesan berita penderaan kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692180940_TBZianaZain.jpg)
Ziana (tengah) bersama empat anaknya iaitu Amar, Aiman, Muhammad Airil dan Siti Nur Kaseh. -Gempak
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738829047_JalaluddinHassanS.jpg)
Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
![Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731742624_tbAzamBaki.jpg)
Op Sky: Tiga selebriti hadir ke SPRM esok
Tiga selebriti akan hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis, bagi membantu siasatan membabitkan sindiket syarikat perunding kewangan.
![Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738575155_JalaluddinHassan.jpg)
Jalaluddin Hassan sedia beri kerjasama, Ziana Zain kunci mulut
Datuk Jalaluddin Hassan bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM sekiranya dipanggil bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.
![Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737267051_Alyph.jpg)
Hasrat untuk duet bersama Ziana Zain tercapai, Alyph rasa bertuah
Alyph menzahirkan rasa syukur selepas hasratnya untuk berkolaborasi dengan penyanyi legenda Ziana Zain menerusi album The Storm tercapai.
![Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702460733_TBZianaZainKonser.jpg)
Ziana Zain giat bersenam di gimnasium, persiap diri untuk konsert solo bulan depan
Ziana Zain mahu memastikan beliau mampu memberikan yang terbaik apabila impiannya itu bakal menjadi kenyataan bulan depan.
![Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702460733_TBZianaZainKonser.jpg)
Peluang beramah mesra dengan Ziana Zain Sabtu ini
Acara Autograph Session akan diadakan pada 21 April 2024 bermula pukul 3 petang di Centre Court, Sungei Wang Plaza.
![Tugas baharu Ziana didik masyarakat rancang kewangan, bebas hutang Tugas baharu Ziana didik masyarakat rancang kewangan, bebas hutang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710389691_tbKonsertZianaZain.jpg)
Tugas baharu Ziana didik masyarakat rancang kewangan, bebas hutang
Ziana anggap peluang yang diperoleh pada usia 55 tahun sebagai satu penghormatan.
![Ziana Zain kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun Ziana Zain kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702460733_TBZianaZainKonser.jpg)
Ziana Zain kembali dengan konsert solo selepas 22 tahun
Menurut pelantun lagu Puncak Kasih Kita, dia sangat bersyukur kerana dapat kembali beraksi untuk menghiburkan peminatnya pada tahun hadapan.
!['Kalau tak mahu bela bagilah orang lain' - Ziana Zain terkesan berita penderaan kanak-kanak 'Kalau tak mahu bela bagilah orang lain' - Ziana Zain terkesan berita penderaan kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692180940_TBZianaZain.jpg)
'Kalau tak mahu bela bagilah orang lain' - Ziana Zain terkesan berita penderaan kanak-kanak
Menurut Ziana, dia tidak boleh terima perlakuan ibu berkenaan yang dirasakan seperti tidak masuk akal.
![Ziana Zain dedah status janda sering jadi umpatan orang Ziana Zain dedah status janda sering jadi umpatan orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617619737_zianazain.jpg)
Ziana Zain dedah status janda sering jadi umpatan orang
Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana, 55, mendedahkan, sehingga kini dia masih menjadi bahan umpatan orang.