PENGARAH Hiburan Future Sound Asia, selaku penganjur Good Vibes Festival, Wan Alman Ariffin menyangkal dakwaan yang mengatakan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menghentikan persembahan band The 1975 di acara berkenaan lebih awal.
Namun, disebabkan kedegilan pengurus jelajah (tour manager) pada masa itu, mereka terpaksa menggunakan bantuan pihak berkuasa untuk tindakan susulan.
“Keputusan untuk menghentikan persembahan secara total, ia bukanlah satu hal yang mudah.
"Kami tidak buat keputusan secara sembarangan… banyak perkara perlu diteliti sebab artis dan peminat akan terlibat.
“Jadi, apabila insiden berkenaan (vokalis The 1975 bercium dengan gitaris) berlaku, kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan, namun, dia seperti keberatan untuk berbuat demikian.
“Apabila mereka tidak mahu berhenti, kami terus meminta bantuan pihak berkuasa.
"Kami mengambil masa beberapa minit untuk menghentikan persembahan berkenaan,” katanya pada sidang media khas yang diadakan di ibu kota semalam.
Dalam pada itu, proses bayaran balik bagi penonton yang terkesan bakal diumum kelak, memandangkan pihak penganjur masih lagi meneliti cara yang sesuai.
Pada 21 Julai lalu, kerajaan Malaysia menghentikan festival muzik di Sepang dan menyekat kumpulan muzik The 1975 daripada melakukan persembahan kerana ‘tindakan tidak senonoh’ mereka.
Insiden pada malam tersebut telah mencetuskan kekecohan yang bukan saja menimbulkan kemarahan kerajaan, tetapi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berkata, tindakan vokalis Matty Healy dan pemain bass Ross MacDonald boleh mendedahkan mereka kepada diskriminasi.
Susulan daripada itu, penganjur Good Vibes Festival 2023 telah diminta memberi penjelasan susulan aksi kurang sopan dalam konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang itu. -Gempak
Gempak
Fri Jul 28 2023
!['Kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan, tapi...' - Penganjur 'Kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan, tapi...' - Penganjur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690518512_the.jpg)
Wan Alman Ariffin (gambar kecil) menyangkal dakwaan yang mengatakan mereka mengambil masa yang agak lama untuk menghentikan persembahan band The 1975 di acara berkenaan lebih awal. -Gempak
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
![Putuskan bekalan elektrik konsert jika buat perkara tidak senonoh - Nie Ching Putuskan bekalan elektrik konsert jika buat perkara tidak senonoh - Nie Ching](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41698645739_Concert.jpg)
Putuskan bekalan elektrik konsert jika buat perkara tidak senonoh - Nie Ching
Timbalan Menteri KKD, Teo Nie Ching berkata, langkah itu bagi memastikan insiden kontroversi seperti dilakukan kumpulan The 1975 tidak lagi berulang.
![Kertas siasatan kumpulan The 1975 sudah lengkap - Polis Kertas siasatan kumpulan The 1975 sudah lengkap - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691653766_TBJenayah.jpg)
Kertas siasatan kumpulan The 1975 sudah lengkap - Polis
Polis Selangor telah melengkapkan kertas siasatan melibatkan kumpulan pop rock The 1975 yang berkelakuan tidak senonoh di pentas Good Vibes 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Sepang, Julai lalu.
![Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690277582_TBband.jpg)
Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur
Denda itu dikenakan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.
!['Kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan, tapi...' - Penganjur 'Kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan, tapi...' - Penganjur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81690518512_the.jpg)
'Kami minta tour manager The 1975 untuk hentikan persembahan, tapi...' - Penganjur
-Kami Minta Tour Manager The 1975 Untuk Hentikan Persembahan, Tapi-
![Setiausaha politik Fahmi buat laporan polis terhadap Papagomo susulan kenyataan fitnah Setiausaha politik Fahmi buat laporan polis terhadap Papagomo susulan kenyataan fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690278871_papagomo.jpg)
Setiausaha politik Fahmi buat laporan polis terhadap Papagomo susulan kenyataan fitnah
Setiausaha politik kepada Fahmi hari ini mengesahkan pihaknya telah membuat laporan polis terhadap 'Sir Azri' susulan kenyataan fitnah berkaitan Festival Good Vibes.
![The 1975 pulang ke UK enam jam selepas konsert - Ayob Khan The 1975 pulang ke UK enam jam selepas konsert - Ayob Khan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690277582_TBband.jpg)
The 1975 pulang ke UK enam jam selepas konsert - Ayob Khan
Tuduhan pihak tertentu bahawa PDRM tidak cekap menangani isu melibatkan kumpulan The 1975 yang melakukan aksi tidak senonoh di pentas Good Vibes Festival disifatkan tidak benar dan berat sebelah.
![Jocelyn Chia terus perlekeh Malaysia, persoal kenapa The 1975 tidak diburu polis antarabangsa Jocelyn Chia terus perlekeh Malaysia, persoal kenapa The 1975 tidak diburu polis antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690244853_JocelynBingai.jpg)
Jocelyn Chia terus perlekeh Malaysia, persoal kenapa The 1975 tidak diburu polis antarabangsa
Pelawak wanita kelahiran Singapura sifatkan kumpulan The 1975 mangsa terbaharu yang disenarai hitam oleh kerajaan Malaysia seperti dirinya.
![GVF23: Fahmi nafi arah cipta naratif jahat terhadap Pas, selar sebaran poster fitnah GVF23: Fahmi nafi arah cipta naratif jahat terhadap Pas, selar sebaran poster fitnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41689990142_FahmiFadzil.jpg)
GVF23: Fahmi nafi arah cipta naratif jahat terhadap Pas, selar sebaran poster fitnah
Fahmi berkata beliau telah mengambil tindakan segera dengan mengutuk keras aksi biadab The 1975 di Twitter.
![Mufti Pulau Pinang pertahan tindakan KKD batal Festival Good Vibes Mufti Pulau Pinang pertahan tindakan KKD batal Festival Good Vibes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690192248_TBWanSalimWanMohdNo.jpg)
Mufti Pulau Pinang pertahan tindakan KKD batal Festival Good Vibes
KKD berhak membatalkan Festival Good Vibes 2023 susulan aksi dan kenyataan biadab kumpulan dari United Kingdom 'The 1975' ketika persembahan di SIC, Sepang, Jumaat lepas.
![Umat Islam tonton konsert The 1975 dinasihat mohon keampunan Allah Umat Islam tonton konsert The 1975 dinasihat mohon keampunan Allah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690192248_TBWanSalimWanMohdNo.jpg)
Umat Islam tonton konsert The 1975 dinasihat mohon keampunan Allah
Umat Islam yang telah menonton konsert kumpulan muzik British, The 1975 dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada Allah SWT.