SUAMI bekas editor Gempak, Fiza Kamaruddin, Mohd Roshdi Ramli meluahkan rasa syukur dapat menunaikan hajat terakhir isterinya untuk bercuti bersama keluarga di London.
Roshdi, 41, berkata sekiranya hajat tidak tertunai, dia akan berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat terakhir isterinya itu.
“Sepanjang percutian arwah memang tidak menunjukkan petanda cuma ketika kami di Malaysia dia teringin untuk ke London.
“Dia memberitahu kalau bukan sekarang, tak tahu bila mereka sekeluarga dapat bercuti bersama.
“Alhamdulillah saya dapat tunaikan hasratnya dan meluangkan masa melihat kota London,” katanya kepada Gempak.
Roshdi ditemui selepas selesai urusan pengebumian Allahyarham Fiza di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Batu Caves, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sementara itu, berkongsi momen terakhir bersama isteri, Roshdi berkata dia dan anak-anak tidak sempat berada di sisi arwah.
“Saya dan anak tidak sempat berada di sisi semasa arwah sedang nazak. Kami hanya tinggalkannya 10 minit untuk makan.
“Arwah seolah-olah tidak mahu kami melihat dia ‘pergi’. Mungkin dia tak mahu kami bersedih,” ujarnya dalam nada sebak.
Berkongsi mengenai reaksi anak-anak, Roshdi atau lebih mesra disapa Dodi memaklumkan mereka reda dengan ketentuan Ilahi.
“Mula-mula, memang agak sedih. Tetapi lama-kelamaan saya cuba tenangkan.
“Selepas saya tenangkan mereka, barulah mereka faham dan reda pemergian ibunya.
“Saya kena tunjuk kuat di depan mereka, kalau tidak mereka akan sedih,” jelasnya.
Industri kewartawanan tanah air berduka selepas dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham yang meninggal dunia di London ketika bercuti di sana akibat pendarahan otak.
Fiza atau nama lengkapnya Siti Nurhafiza Kamaruddin dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti ke negara tersebut sejak pertengahan Disember lalu.
Allahyarham merupakan bekas pesakit kanser payudara namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.
Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8. -Gempak
Gempak
Sun Jan 07 2024
Roshdi (kiri) berkata sekiranya hajat tidak tertunai, dia akan berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat terakhir isterinya itu. -Gempak
Warga Palestin rai pengumuman kejayaan gencatan senjata
Mereka menantikan dengan penuh debar Ahad ini di mana gencatan senjata akan mula berkuat kuasa.
Trump mahu gunakan perjanjian Gaza luaskan diplomasi
Donald Trump menyatakan beliau akan menggunakan momentum perjanjian gencatan senjata Gaza untuk meluaskan Perjanjian Abraham.
Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.
Perjanjian ini adalah hasil rundingan panjang dan sukar
Fasa awal gencatan senjata ini akan menghentikan pertempuran yang telah meranapkan banyak kawasan bandar di gaza dan menyebabkan hampir keseluruhan penduduk seramai 2.3 juta orang kehilangan tempat tinggal
Empat Pengarah Syarikat antara lima ditahan reman, siasat penyelewengan dana RM104 juta
Empat ahli lembaga pengarah syarikat antara lima ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan kes penipuan melibatkan dana pelaburan awam berjumlah RM104 juta.
YTL Group akan labur £4 bilion di UK, sedia lebih 30,000 peluang pekerjaan
Pelaburan tersebut yang merangkumi bandar baharu paling pintar, akan turut menyediakan lebih 30,000 pekerjaan di seluruh UK.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas, menurut kenyataan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar.
Penyertaan UK dalam CPTPP peluang tingkat perdagangan dengan Malaysia
Jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelaburan oleh syarikat perniagaan Malaysia di UK bukan hanya sekadar memacu pertumbuhan ekonomi, tetapi juga mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama.
Gencatan senjata: Keutamaan untuk hentikan derita rakyat Palestin - PBB
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, badan dunia itu bersedia untuk menyokong pelaksanaan perjanjian ini dan meningkatkan penghantaran bantuan kemanusiaan berterusan kepada rakyat Palestin yang terus menderita.
Lebih setengah juta kanak-kanak Afghanistan berisiko kurang nutrisi pada 2025
Antara punca situasi membimbangkan itu adalah keadaan iklim yang ekstrem "membataskan keupayaan orang ramai memberi makan kepada keluarga".
'Kami tinggalkan 10 minit, dia pergi seolah-olah tak mahu lihat kami sedih' - Suami Fiza Kamarudin
Roshdi berkata sekiranya hajat tidak tertunai, dia akan berasa terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat terakhir isterinya itu.
Caruman Perkeso untuk pengamal media termasuk wartawan sambilan perlu disegerakan - Fahmi
Pelaksanaan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk wartawan khususnya "stringer" atau wartawan sambilan perlu disegerakan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Jenazah Allahyarham Fiza Kamarudin selamat dikebumikan
Allahyarham Fiza Kamaruddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, di sini, tengah hari ini.
Jenazah Siti Nor Hafiza dibawa ke Masjid Kampung Baru sejurus tiba di KLIA
Sebaik urusan di KLIA selesai, jenazah akan terus dibawa ke masjid untuk urusan solat jenazah sekitar pukul 10 ke 11 pagi.
Jenazah wartawan hiburan Siti Nor Hafiza tiba esok
Jenazah akan berlepas dari London dengan menaiki pesawat MH0003 hari ini sebelum dijangka tiba di KLIA 7.15 pagi esok.