NAMA kumpulan Kangen Band tidak perlu diperkenalkan lagi, baik di persada muzik Indonesia, mahu pun di Malaysia.
Malah, kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah ada dalam sejarah industri hiburan Indonesia.
Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Kangen Band juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan, karya dan muzik Kangen Band terus hidup.
Seiring peredaran masa dan zaman, Kangen Band yang ditubuhkan pada 2005 kembali lagi ke Malaysia yang mana kali ini membawakan sesuatu yang cukup istimewa dan eksklusif buat seluruh peminat setia mereka.
Kumpulan yang dianggotai oleh Andika (Vokal), Dodhy(gitar), Tama (gitar), Bebe (bass), dan Izzy (keyboard) itu bakal menjayakan Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September 2023.
Membawakan tema Kangen Pada Kenangan, tentu saja peminat tidak sabar untuk mendengarkan lagu-lagu bernuansa cinta yang pernah mengangkat nama Kangen Band hingga berjaya mengumpul peminat tersendiri.
Penganjur, Purosangue Entertainment berkata, pihaknya gembira dan bersyukur kerana buat julung kali berjaya membawa Kangen Band kembali ke Malaysia bagi mengadakan persembahan berskala besar.
“Saya rasa bersyukur kerana berjaya tarik Kangen Band datang ke Malaysia buat kali pertama yang mana sebelum ni saya tengok di media sosial, ramai yang minta untuk Kangen Band datang ke Malaysia untuk buat konsert.
“Suka juga untuk saya kongsikan yang mana bersempena sidang media Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan hari ini, kita akan menjual ‘early bird’ tiket, yang mana kita akan jual pada harga RM200 sehingga 30 Jun ini. Pembelian tiket ni boleh dibeli dekat website kami.
“Saya berharap apa yang kita rancang berjalan lancar dan seterusnya mengubat kerinduan peminat Kangen Band di sini yang ingin menyaksikan persembahan daripada mereka,” katanya.
Sementara itu, mewakili Kangen Band, Andika berkata, mereka sudah tidak sabar untuk beraksi di Malaysia.
“Saya mewakili Kangen Band berasa senang kerana dapat datang ke sini lagi untuk menghiburkan peminat.
"Walaupun sebelum ini pernah membuat persembahan di sini sebagai penyanyi jemputan, kali ini cukup berbeza kerana Kangen Band muncul pada sebuah konsert khas buat semua.
“Jadi, jangan lupa untuk beli tiket kami dan sama-sama hadir di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September ini,” katanya lagi.
Antara lagu popular yang bakal dinyanyikan Kangen Band adalah Terbang Bersamaku, Takkan Terganti, Kembali Pulang dan banyak lagi.
Pada ini, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi jemputan iaitu Andra Bagindas.
Tiket untuk menyaksikan Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan dijual pada harga RM4800 (VIP Box); RM355 (Diamond); RM305 (Platinum); dan RM255 (Gold).
Sementara pembelian awal atau ‘early bird’ pula hanya RM200 bermula 15 hingga 30 Jun ini. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sat Jun 24 2023
Andika (Vokal), Dodhy(gitar), Tama (gitar), Bebe (bass), dan Izzy (keyboard) bakal menjayakan Live in Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September 2023. -Media Hiburan
Masters Indonesia: Juara Terbuka Malaysia hantar Tang Jie-Ee Wei pulang
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kecundang di tangan Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dalam aksi rubber set di Kejohanan Badminton Masters Indonesia.
Warga emas didenda cederakan kakitangan Puspakom
Seorang warga emas didenda RM1,600 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan mencederakan kakitangan Puspakom minggu lalu.
Seorang maut, empat cedera dalam kejadian tembak di Pantai Morib
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan seorang maut dan empat lagi cedera dalam satu kejadian tembak pada Jumaat.
Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas
Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki di Puchong.
'Saya banyak peroleh ilmu daripada juri' - Siti Nordiana syukur dapat sertai GV
Siti Nordiana sangat menghargai GV kerana platform tersebut banyak membantu dalam menghidupkan semula karier seninya yang sebelum ini suram.
MOTAC kaji naikkan sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026
MOTAC juga menetapkan sasaran untuk menjana sekurang-kurangnya RM150 bilion hasil daripada sektor pelancongan.
Singapura longgarkan dasar monetari selepas hampir lima tahun
MAS mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan sedikit kecerunan jalur dasar kadar pertukaran nominal efektif dolar Singapura (S$NEER) tanpa mengubah lebar jalur dasar atau tahap pusatnya.
Tahun Baharu Cina: Keluarga dibenarkan lawat penghuni penjara pada 1, 2 Feb
Keluarga semua penghuni penjara dibenarkan membuat lawatan perjumpaan bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina pada 1 dan 2 Feb ini.
Imigresen, KKM serbu klinik haram, tahan 10 lelaki warga Bangladesh
Enam premis di Jalan Tun Tan Siew Sin, dua di Leboh Pudu, dan satu di Jalan Silang diserbu dalam operasi itu.
Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.
Kangen Band kembali dalam konsert di Zepp KL September ini
Antara lagu popular yang bakal dinyanyikan Kangen Band adalah Terbang Bersamaku, Takkan Terganti, Kembali Pulang dan banyak lagi.
Ramai tersampuk lirik 'Dengarkanlah', ini 5 fakta mengenainya
Selain berjaya menangkap kembali peminat lama mereka, lagu ini kemudian menjadi fenomena dalam kalangan penggemar muzik.