SYAHMI Sazli lega apabila keadaan Yoe Parey semakin baik selepas membuat pembedahan angin pasang pada Selasa lalu.
Syahmi berkata, buat masa ini Yoe sedang berehat sehingga keadaannya betul-betul pulih.
“Alhamdulillah, selepas pembedahan minggu lepas keadaan Yoe semakin baik dan sihat. Tetapi buat masa ini kita biarkan Yoe berehat dahulu.
“Yoe tengah berpantang sekarang ni. Tak ada masalah untuk itu sebab penggambaran ditunda dan akan bermula semula Februari depan,” katanya.
Syahmi sebelum ini terpaksa menunda penggambaran filem 35mm arahan terbaharunya kerana masalah kesihatan dihadapi teraju utamanya, Yoe Parey.
Yoe Parey menjalani pembedahan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Filem 35mm dijangka menemui penonton melalui saluran Astro First seminggu selepas Aidilfitri 2022.
Filem ini mengisahkan tiga saudara yang sesat di dalam lima zaman iaitu Dinasti Cina, zaman pemerintahan Jepun, British serta era moden 1992 dan 1997.
Filem itu berdasarkan idea asal Syahmi manakala skrip dihasilkan Senibayan. Syahmi dan Senibayan sama-sama memikul tugas pengarahan.
Selain Yoe Parey, Asif dan Syahmi, filem itu menyaksikan penampilan khas beberapa pelakon seperti Hushairi Hussain dan Kenji Sawahi.
Tidak ketinggalan beberapa YouTuber antaranya Poktar, Sai Kamal dan Wanie Rohaimi.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sun Dec 26 2021

Syahmi Sazli lega apabila keadaan Yoe Parey semakin baik selepas membuat pembedahan angin pasang pada Selasa lalu. - Astro Gempak

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

Bakal undang air mata, Syahmi Sazli tampil karya terbaharu 6 April ini
Menurut Syahmi, walaupun pernah mengarah filem sebelum ini namun karya terbaharu ini tetap membuatkan dirinya berasa gementar.

'Keadaan Yoe Parey semakin baik selepas pembedahan' - Syahmi
Buat masa ini Yoe sedang berehat sehingga keadaannya betul-betul pulih.