INI berita baik buat peminat filem The Matrix.
Pelakon asal, Keanu Reeves dan Carrie-Anne Moss bakal kembali ke layar perak sebagai Neo dan Trinity dalam sekuel terbaharu filem sci-fi itu.
Portal berita hiburan Variety melaporkan bahawa filem keempat francais itu bakal memulakan produksi pada awal tahun depan.
Menurut Pengerusi Warner Brothers Picture Group Toby Emmerich, filem tersebut akan diterbitkan oleh Warner Brothers dan Village Roadshow Pictures.
Dia turut mengumumkan Lana Wachowski kekal sebagai pengarah susulan kejayaannya mencipta ketiga-tiga filem Matrix.
“Kami sangat teruja untuk menghasilkan filem Matrix, terutamanya apabila ia diarahkan oleh Wachowski.
“Wachowski adalah seorang yang mempunyai visi yang jelas selain seorang pengarah yang kreatif dan kami sangat teruja apabila dia juga turut menulis dan menjadi penerbit bagi Matrix edisi terbaharu ini, jelasnya.
Selain Wachowski, naskhah itu juga ditulis oleh Aleksandar Hemon dan David Mitchell.
Menurut sumber, filem Matrix edisi keempat itu dijangka akan memulakan penggambaran tahun depan.
Walaupun butiran mengenai plot filem terbaharu ini tidak diketahui, khabar angin mengatakan bahawa watak Morpheus yang sebelum ini dipegang oleh Laurence Fishburne bakal dimainkan oleh pelakon yang lebih muda.
Ketiga-tiga filem itu iaitu "The Matrix," "The Matrix Reloaded" dan "The Matrix Revolutions" secara kolektif memperoleh lebih AS$1.6 bilion serta pecah panggung.
Afiq Ariffin
Wed Aug 21 2019

Ketiga-tiga filem itu iaitu "The Matrix," "The Matrix Reloaded" dan "The Matrix Revolutions" secara kolektif memperoleh lebih daripada $ 1.6 bilion dollar Amerika serta pecah panggung. -foto WARNER BROS
Malaysia sokong penuh keanggotaan Timor-Leste
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025 menyokong sepenuhnya penyertaan TimorLeste dalam blok berkenaan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan
Kebakaran sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat kepada fenomena jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara, seterusnnya boleh memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan masyarakat.

Anugerah Laureus: Bintang tenis, Jannik Sinner dibatalkan pencalonan selepas positif doping
Akademi Laureus secara rasmi membatalkan pencalonan pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, untuk anugerah 'World Sportsman of the Year'.
Thailand komited banteras sindiket penipuan pusat panggilan
Paetongtarn yang tampil di Parlimen pada Khamis turut menzahirkan keyakinan bahawa Thailand berada di landasan betul dalam melaksanakan dasar bagi membanteras jenayah tersebut.
Thailand hantar pulang puluhan etnik Uyghur ke China
Thailand menghantar pulang puluhan etnik Uyghur ke China semalam walaupun diberi amaran oelh kumpulan hak asasi manusia bahawa mereka akan menghadapi penganiayaan sekembalinya ke negara itu.
Bank pusat Indonesia campur tangan pasaran pertukaran asing
Bank pusat Indonesia melaksanakan campur tangan berani dalam pasaran pertukaran asing pada Jumaat.
ASEAN-GCC: Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir sidang kemuncak - Mohamad
Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman berkenan mengadakan lawatan ke Malaysia bagi menghadiri sidang kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang akan diadakan di Kuala Lumpur, Mei ini.

Mesyuarat khas SPR bagi urusan PRK DUN Ayer Kuning pada 7 Mac
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning, Perak pada 7 Mac ini.

Enam tertuduh kes Zulfarhan dijangka keluar penjara 4 tahun lagi - Peguam
Beliau berkata, memandangkan mereka telah ditempatkan di penjara sejak tahun 2017, maka mereka masih ada baki empat tahun sahaja lagi untuk menyelesaikan hukuman itu.
Pelbagaikan kerjasama global untuk tingkat daya tahan ekonomi
ASEAN perlu mengambil pendekatan baharu untuk meningkatkan daya tahan ekonominya.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini termasuk merangka kerjasama dengan blok serantau lain seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, ini termasuk merangka kerjasama dengan blok serantau lain seperti Majlis Kerjasama Teluk (GCC).

Keanu Reeves kembali sebagai Neo dalam The Matrix 4
Ini berita baik buat peminat filem Matrix.