LAMA tidak mendengar khabar, rupa-rupanya keadaan kesihatan pelakon veteran Roslan Saleh atau Pak Lan kini semakin uzur.
Pemilik agensi umrah UT Travel & Tours, Ustaz Taufik yang kerap menziarahi Pak Lan berkata, pelakon itu sudah tidak dapat melihat lagi memandangkan saraf matanya sudah dimatikan oleh doktor.
Menurut Ustaz Taufik yang menziarahinya beberapa hari lalu, tujuan proses itu dilakukan kerana mahu menghilangkan rasa sakit dan pening kepala yang dialami Pak Lan akibat kencing manis.
“Keadaan dia sekarang memang semakin uzur. Doktor dah matikan saraf mata, jadi memang dia tak boleh tengok langsung seumur hidup.
“Sebelum ini mata dia memang dah tak berapa terang, nampak tapi kabur. Tapi disebabkan kepala dia kerap sakit berdenyut-denyut, jadi doktor terpaksa matikan saraf mata.
“Proses itu dilakukan sekali gus ketika dia jalani pembedahan kaki yang sudah dijangkiti kuman. Dia dah tak boleh jalan sejak beberapa lalu disebabkan kedua-dua kakinya sudah dijangkiti kuman.
"Sekarang ini, isteri dan anak dia yang bantu untuk uruskan dirinya. Mujur isterinya masih sihat dapat bantu uruskan apa yang patut,” katanya kepada Gempak.
Sementara itu, Ustaz Taufik turut memberitahu, Pak Lan sebelum ini tetap meneruskan berniaga di tepi jalan biarpun dalam keadaan kurang sihat.
“Sebelum ini, dia memang berniaga walaupun dalam keadaan sakit. Anak dia yang bantu sekali berniaga di tepi jalan. Sampai sekarang dia masih berniaga tapi anaknya yang uruskan.
“Kalau ada permintaan di stesen minyak, anak dia akan hantar. Tapi kalau tak laku, barang niaga tu akan dipulangkan semula. Itulah sumber pendapatan Pak Lan.
“Dari dulu Pak Lan memang tak ada nak minta bantuan, selagi dia boleh berniaga, dia akan usaha cari duit sendiri. Cuma, saya sendiri yang berharap orang ramai boleh menghulurkan bantuan memandangkan keadaannya sekarang sudah uzur,” ujarnya.
Ustaz Taufik turut memaklumkan, mereka yang ingin membantu meringankan beban boleh berbuat demikian dengan menghubungi isteri atau anak-anaknya.
Terdahulu, Pak Lan menjalankan perniagaan kecil-kecilan menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dari rumah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020.
Pak Lan tidak lagi aktif berlakon semenjak keadaan kesihatannya yang semakin merosok sejak 2018.
* Artikel asal disiarkan di Gempak.
Gempak
Thu Oct 06 2022

Pelakon veteran Roslan Saleh atau Pak Lan kini semakin uzur berikutan penyakit kencing manis yang dihidapinya. - Gambar GEMPAK
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

"Kedua-dua kaki sudah dijangkiti kuman, mata pula dibutakan" - Pak Lan semakin uzur
Pelakon veteran Roslan Saleh atau Pak Lan lalui waktu yang sukar akibat penyakit kencing manis.
_1.jpg)
"Minta jauh sangat-sangat" - Didakwa menderita kanser, ini penjelasan pelakon veteran Roslan Salleh
Jangan cepat sebarkan berita tidak benar.