Penyanyi pop terkenal Kelly Clarkson akan kembali ke pentas program realiti, American Idol.
Clarkson yang merupakan juara musim pertama program realiti nyanyian itu akan kembali sebagai hos jemputan dan membuat persembahan untuk konsert mingguan pertama musim ke-15 pada 25 Februari.
Perkara ini didedahkan oleh penerbit eksekutif, American Idol Trish Kinane dalam satu sidang media, lapor The Huffington Post.
“Kami teruja beliau ingin mengambil bahagian (dalam program ini). Rancangan ini begitu bermakna bagi beliau dan walaupun beliau hamil, beliau tetap mahu mengambil bahagian,” jelas Kinane.
Musim terbaru American Idol membuka tirai pada awal Januari dengan episod uji bakat yang diadakan di beberapa buah negeri di Amerika Syarikat.
Penyanyi yang mula terkenal dengan lagu ‘A Moment Like This’ turut menonton episod berkenaan dan teruja dengan aksi peserta uji bakat.
American Idol: The Last Season menyaksikan Ryan Seacrest kembali sebagai hos.
Barisan juri tetap pula terdiri dari Jennifer Lopez, Keith Urban dan Harry Connick Jr sebagai juri tetap.
Syafique Shuib
Sun Jan 17 2016
Juara musim pertama American Idol Kelly Clarkson bakal beraksi di pentas konsert mingguan pertama musim ke-15 pada 25 Feb. -Victoria Will/Invision/AP,File
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
KPM sambut baik kerjasama dengan KKM bantu tingkatkan ketajaman penglihatan murid
Usaha ini memberi manfaat kepada murid dengan penglihatan yang baik, isu keciciran pembelajaran dapat ditangani sebaik mungkin.
Gencatan senjata bukan usaha tamatkan keadilan - CENTHRA
Menurut Pengasas dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) Azril Mohd Amin, untuk memastikan kekejaman ini tidak berulang, komuniti antarabangsa mesti memastikan perkara ini tidak berulang.
Dzulkefly belum lulus cadangan WBB
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata Waktu Bekerja Berlainan (WBB) merupakan usaha berterusan penambahbaikan perkhidmatan dan kebajikan petugas-petugas KKM.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
"WBB sebenarnya satu cadangan tetapi telah didedahkan," jelasnya.
Hamas hargai sokongan Malaysia sokong perjuangan Palestin
Ahli biro politik Hamas Khalil al-Hayya memuji pendirian terhormat Malaysia dalam menyokong Palestin semasa konflik yang berterusan, bersama negara lain. Negara-negara itu termasuk Turki, Algeria, Indonesia, China dan Rusia.
Polis buru tahanan larikan diri di Tangkak
Polis sedang memburu seorang lelaki tempatan yang melarikan diri daripada tahanan sah pada 1.30 tengah hari semalam.
Pemberian kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan murid - KKM
KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Maybank laksana penyelenggaraan sistem berjadual 8 & 15 Februari ini
Platform yang terjejas pula meliputi Maybank2u Web, MAE App, Maybank2u Biz (Web & App), serta ATM & SRM (sebelum ini dikenali sebagai CDM).
Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.
Apa jadi pada wajah juri bermulut pedas, Simon Cowell?
Figura berusia 63 tahun itu kelihatan sedikit cengkung, dengan keadaan mata dan mulutnya tidak simetri.
COVID-19: Paula Abdul kembali ke kerusi juri 'American Idol', kerana ...
Juri American Idol Luke Bryan dilaporkan positif COVID-19, menyebabkannya dia terpaksa digugurkan dari episod pertama program nyanyian realiti terbitan rangkaian televisyen ABC itu.
Bekas peserta American Idol Nikki Mckibbin meninggal dunia
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh suaminya, Craig Sadler menerusi satu catatan di laman Facebook.
American Idol persembahkan semula 'We Are The World', pertama kali dalam 35 tahun
Ia menjadi persembahan televisyen pertama dalam 35 tahun selepas pelancaran lagu itu, yang pada asalnya ditulis untuk bantu warga Afrika.
Produksi American Idol cipta sejarah, bersiaran dari 40 lokasi
Program itu bersiaran dari lebih 40 lokasi, dengan semua persembahan peserta dipertontonkan menerusi rakaman iPhone.
American Idol kembali bersiaran, pertama kali dari lokasi pentas berbeza
Kesemua 20 peserta bakal beraksi dari lokasi pentas yang berbeza sambil dinilai para juri secara dalam talian.
Bimbang COVID-19, American Idol henti siaran
Ia sepatutnya bersiaran pada pertengahan April ini.
Katy Perry pengsan pada sesi uji bakat American Idol akibat terhidu gas
Penyanyi yang popular dengan lagu Dark Horse itu dilaporkan pengsan akibat daripada terhidu kebocoran gas.
Lama berdiam diri, David Archuleta kembali dengan single baharu
David,28, kembali dengan single terbaharu berjudul Paralyzed.
'Ciuman Katy Perry bukan satu gangguan seksual' - peserta American Idol
Kata Benjamin Glaze, reaksi yang dipaparkannya selepas dicium Katy Perry itu adalah kerana terkejut, dan bukan kerana marah.