PUTRAJAYA: Artis veteran akan menjadi keutamaan dalam majlis atau program Kementerian Komunikasi bagi membuat persembahan untuk memastikan golongan berkenaan dapat terus berkarya.
Menterinya Fahmi Fadzil berkata Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Mohamad Fauzi Md Isa telah dimaklumkan bagi melaksanakan pendekatan itu, selain ia turut disarankan untuk dilaksanakan di peringkat agensi dan jabatan di bawah kementerian.
"Sebarang majlis anjuran Kementerian Komunikasi yang memerlukan kehadiran artis luar, perlu mengutamakan artis veteran... sila pertimbangkan dan beri peluang artis veteran terus tabur bakti kepada negara dan beri mereka peluang selain (ia) menggalakkan mereka berkarya.
"Inisiatif ini dapat meringankan beban artis veteran yang sering kali kita lihat menempuh hari-hari sukar dan mencabar, usaha ini bersesuaian dengan inisiatif kementerian yang akan sentiasa menyantuni masyarakat, khususnya mereka yang pernah menghiburkan kita pada satu masa dahulu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 Kementerian Komunikasi (Zon Semenanjung) di sini hari ini.
Fahmi berkata pendekatan menyantuni bakat-bakat seni veteran itu dilaksanakan bagi memastikan mereka tidak berasa terasing.
"Saya nak kita beri peluang artis veteran kita... sebab sering kali kita jemput yang muda dan kacak, yang veteran juga ada masih kacak dan ia tidak jadi masalah," katanya dan menambah, pendekatan itu selaras tanggungjawab kementerian terhadap industri kreatif negara.
Sementara itu beliau berkata penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Digital, yang dipisahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital pada 12 Dis lepas telah meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat.
"Walaupun terdapat perubahan portfolio, tugas dan peranan yang dipikul adalah masih sama iaitu bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat masih pada tahap tertinggi. Kita sentiasa bekerjasama dalam tugasan tertentu melalui kolaborasi strategik yang berkesan.
"Justeru kita perlu memainkan peranan ini dengan penuh dedikasi dan amanah. Jika perkhidmatan awam perlu bekerjasama dengan pihak swasta dalam usaha memajukan negara, maka laksanakanlah," katanya.
Seramai 522 warga Kementerian Komunikasi menerima sijil penghargaan dan insentif bernilai RM1,000 sempena APC hari ini, termasuk 63 penerima daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).
Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching, Mohamad Fauzi serta Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Nur-ul Afida Kamaludin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Fahmi berkata pendekatan menyantuni bakat-bakat seni veteran itu dilaksanakan bagi memastikan mereka tidak berasa terasing. - Foto Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Kerajaan pastikan keserasian penubuhan SEGiM dengan penyelarasan RUU Pekerja Gig
Kerajaan berhasrat memastikan keserasian penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) seiring dengan penyelarasan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig.

Sapura Energy: Bukan 'bailout', tapi pelaburan strategik
Kerajaan menafikan dakwaan bahawa suntikan dana RM1.1 bilion kepada Sapura Energy merupakan satu bentuk bailout bagi menyelamatkan syarikat berkenaan.

HAWANA 2025 diadakan Jun ini - Fahmi
Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 akan diadakan pada Jun ini, dengan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah.

Tiada lagi tindakan MCMC terhadap trio DJ Era FM, harap jadi pengajaran untuk semua - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketiga-tiga penyampai tersebut sudah melalui pelbagai perkara seperti siasatan dan sebagainya.

Menteri, timbalan menteri ucap selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025
Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Dikurnia gelaran Datuk, suntikan semangat tingkat perkhidmatan kepada rakyat - Fahmi
Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang diterimanya hari sebagai satu suntikan semangat.

Hari Wilayah 2025: Dr Zaliha, Fahmi antara 32 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat
Dr Zaliha Mustafa dan Fahmi Fadzil, merupakan antara 32 individu yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2025 hari ini.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

Hindari fitnah, penyebaran berita palsu di bulan Ramadan - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyeru seluruh umat Islam menjauhkan diri daripada segala bentuk fitnah dan penyebaran berita palsu sempena Ramadan.

Penjawat awam boleh pilih waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan - Fahmi
Penjawat awam dibenarkan memilih waktu kerja fleksi sepanjang Ramadan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.