KENDALL JENNER kini dicatatkan menduduki carta teratas sebagai model terkaya kerana menerima bayaran tahunan paling tinggi.
Berkat kesungguhan dan komited pada kerja yang ditawarkan oleh jenama-jenama mega seperti Stuart Weitzman, Calvin Klein, Adidas, Longchamp dan Estee Lauder, Jenner berjaya meraih hasil pendapatan lumayan.
Buktinya, lihat saja rekod terkini beliau apabila jumlah pendapatan tahunannya mencecah AS$22.5 juta (RM94.43 juta).
Mengikuti rapat di belakang Jenner ialah Karlie Kloss dengan bayaran tahun sebanyak AS$13 juta (RM54.56 juta) dan Chrissy Teigen, AS$11.5 juta (RM48.27 juta).
Bagaimanapun, baik Jenner, Kloss mahupun Teigen dan tujuh lagi model yang menduduki 10 carta utama masing-masing mempunyai ceritera tersendiri.
Ikuti paparan kisah mereka dalam Personaliti Femina minggu ini:
1. KENDALL NICOLE JENNER atau nama pentasnya Kendall Jenner merupakan adik-beradik tiri kepada selebriti popular, Kim Kardashian.
Remaja setinggi 179 sentimeter itu kekal menjuarai carta sebagai model yang memperoleh pendapatan tahunan paling tinggi di dunia sejak tiga tahun berturut-turut.
Buktinya, pada tahun 2016 beliau menerima bayaran sebanyak AS$10 juta (RM41.97 juta) dan jumlahnya terus meningkat sebanyak AS$22 (RM92.33 juta) bagi tahun seterusnya.
Terbaharu, dilaporkan Jenner yang pernah menggayakan busana jenama mewah terkenal seperti Burberry, Victoria's Secret, Alexander Wang, Fendi, Chanel dan Marc Jacobs itu menerima bayaran mencecah sebanyak AS$22.5 juta (RM94.43 juta).
Nama: Kendall Jenner
Umur: 23 tahun
Bayaran: AS$22.5 juta (RM94.43 juta)
2. KARLIE ELIZABETH KLOSS yang dilahirkan di Chicago, Illinois, AS, memulakan kerjaya sebagai model seawal usia 14 tahun.
Pada ketika itu, wajahnya dipilih menghiasi muka depan Scene Magazine terbitan di negara kelahirannya sendiri.
Menariknya, menginjak usia 17 tahun graduan lulusan Universiti New York, AS, tersebut diiktiraf sebagai 'Top 30 Models' oleh majalah Vogue Paris dan menjadi wajah kesayangan bagi jenama Victoria's Secret Angel antara tahun 2013 hingga 2015.
Kini di samping aktif dalam dunia model, wanita yang menyarungkan sepatu saiz 9 itu turut mengusahakan Kode with Klossy.
Ia merupakan sebuah pusat yang memberi pendedahan kepada golongan remaja tentang bidang sains komputer dan kejuruteraan perisian.
Nama: Karlie Kloss
Umur: 27 tahun
Bayaran: AS$13 juta (RM54.56 juta)
3. CHRISTINE DIANE TEIGEN merupakan personaliti dan model kelahiran Utah, AS yang berdarah kacukan Thailand-Inggeris.
Isteri kepada penyanyi John Legend itu menduduki takhta nombor tiga sebagai model yang menerima bayaran tertinggi mencecah AS$11.5 juta (RM48.27 juta)
Bagaimanapun, siapa sangka di sebalik meraih pendapatan kewangan yang melimpah ruah, ibu kepada dua cahaya mata itu pernah mengalami kemurungan selepas bersalin.
Namun begitu, wajah kempen Gillette Venus, Olay, Nike, Skullcandy dan Gap Factory itu tidak pernah menyembunyikan masalah berkenaan, bahkan sentiasa berkongsi secara terbuka cara terbaik mengatasinya untuk rujukan wanita lain.
"Antaranya adalah dengan melakukan perkara yang paling saya minati iaitu memasak pelbagai hidangan makan malam untuk dinikmati bersama keluarga khususnya pada hari Ahad," tuturnya yang memiliki kulit sawo matang.
Nama: Chrissy Teigen
Umur: 33 tahun
Bayaran: AS$11.5 juta (RM48.27 juta)
4. ROSIE HUNTINTON WHITELY memulakan karier pada usia 15 tahun di bawah agensi model, London West End dan mengembangkan perjalanan kerjayanya dengan menghiasi kempen iklan jean Levi's pada tahun 2003.
Kemudian, tahun seterusnya ibu kepada seorang cahaya mata itu terbang ke New York untuk menyempurnakan sesi fotografi bersama Teen Vogue.
Rezekinya semakin mencanak apabila berpeluang melakukan peragaan buat pertama kali di samping, supermodel Naomi Campbell di New York pada tahun 2004.
Menariknya, selain model Huntington turut menempa nama dalam bidang seni dengan kemunculan pertama menerusi filem Transformers: Dark of the Moon tahun 2011 mengantikan pelakon seksi Megan Fox.
Kemudian, model kelahiran Plymouth, Devon, England tersebut muncul pula dalam filem, Mad Max: Fury Road yang ditayangkan sekitar tahun 2015.
Nama: Rosie Huntington Whitely
Umur: 32 tahun
Bayaran: AS$11.5 juta (RM48.27 juta)
5. CARA DELEVINGE merupakan anak kepada pasangan Pandora Anne Delevingne dan Charles Hamar Delevingne. Beliau dilahirkan di Hammersmith, London pada tahun 1992.
Bergelar model pada usia 10 tahun untuk majalah Vogue Italia bersama model Lady Eloise Anson sebelum menyertai Storm Model Management pada tahun 2009.
Kemudian wanita bermata biru itu berkecimpung pula dalam dunia lakonan menerusi filem Anna Karenina, Paper Towns dan Suicide Squad.
Selain berkebolehan menyanyi dan bermain alat muzik seperti dram dan gitar, Delevingne juga berbakat mereka busana. Antaranya, adalah menghasilkan dua koleksi fesyen untuk jenama DKNY dan empat koleksi untuk Mulberry pada lima tahun lalu.
Nama: Cara Delevingne
Umur: 27 tahun
Bayaran: AS$10.5 juta (RM44.07 juta)
6. GISELE BUNDCHEN, 39, masih lagi hebat. Meskipun bersaing dengan kelompok model baharu dan muda, Gisele Caroline Bundchen berusia 39 tahun tetap berada dalam liga tersendiri.
Sejak tahun 2004 sehingga hari ini, model kelahiran Brazil itu kekal dalam carta barisan model dunia yang menerima bayaran tertinggi.
Tambahan pula, sekitar tahun 2007, Bundchen yang juga pelakon merupakan wanita ke-16 terkaya dunia hasil pencapaian hebat beliau dalam industri hiburan.
Nama: Gisele Bundchen
Umur: 39
Bayaran: AS$10.5 juta (RM44.07 juta)
7. Jelena Noura Hadid atau Gigi Hadid merupakan model yang menduduki tangga ketujuh memperoleh bayaran tertinggi.
Menyorot perjalanan karier, Hadid mula menjadi model seawal usia dua tahun bersama jenama with Baby sebelum berhenti seketika untuk fokus pada sesi persekolahan.
Kemudian, model setinggi 179 sentimeter itu kembali melibatkan diri dalam industri fesyen pada usia 16 dan masih aktif sehingga kini.
Jika dihitung beliau telah dipilih sebanyak 35 kali menjadi penghias kulit wajah majalah antarabangsa, Vogue dan menduduki carta Top 50 Models dalam models.com.
Nama: Gigi Hadid
Umur: 24 tahun
Bayaran: AS$ 9.5 juta (RM39.87)
8. BELLA HADID, 23, menduduki satu tangga di bawah kakaknya, Gigi Hadid dengan memperoleh bayaran sebanyak AS$ 8.5 juta (RM35.67 juta).
Beliau memulakan karier sebagai iklan projek Flynn Skye pada usia 16 tahun. Bagaimanapun, sama seperti remaja lain Hadid yang dibesarkan di Santa Barbara, California, AS, pernah bercita-cita untuk menyertai acara equestrian dalam Sukan Olimpik Rio 2016.
Namun malangnya, impian itu tidak kesampaian apabila model yang memiliki sepasang mata warna biru kehijau-hijauan berkenaan mengalami penyakit lyme.
Nama: Bella Hadid
Umur: 23 tahun
Bayaran: AS$ 8.5 juta (RM35.67 juta)
9. JOAN SMALLS merupakan model Latin pertama yang dilantik mewakili jenama kosmetik Estee Lauder pada tahun 2011.
Anak kelahiran Puerto Rico itu pernah menduduki carta supermodel dan pelakon yang menerima bayaran tertinggi untuk tahun 2013 dan 2018.
Nama: Joan Smalls
Umur: 31 tahun
Bayaran: AS$ 8.5 juta (RM35.67 juta)
10. DOUTZEN KROES merupakan model kelahiran Belanda telah memulakan kerjaya pada tahun 2003 sebelum melebarkan sayap di New York bersama jenama Victoria's Secret. Kemudian, beliau dipilih sebagai 'pari-pari' jenama berkenaan bermula pada tahun 2008 hingga 2014.
Selain itu, ibu kepada Myllena Mae Gorre dan Phyllon Joy tersebut juga pernah dilantik sebagai duta L'Oreal Paris sekitar tahun 2006.
Dalam pada itu, model setinggi 179 bukan sahaja tampil cantik dan glamor di atas pentas peragaan, malah turut aktif sebagai aktivis. Terutamanya, memberi pendedahan tentang pencegahan HIV dan AIDS dalam kalangan anak muda termasuk menyokong Dana Hidupan Liar Dunia.
Nama: Doutzen Kroes
Umur: 34 tahun
Bayaran: AS$ 8 juta (RM33.58 juta)
Sinar Harian
Sun Oct 13 2019
Kendall Jenner kini meraih jumlah pendapatan tahunannya mencecah AS$22.5 juta (RM94.43 juta)
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Januari 2025.
Terima ratusan ugutan bunuh, Bella Hadid tidak berganjak sokong Palestin
Gigi beberapa minggu lalu dengan lantang mengutuk tindakan kejam rejim Zionis yang membedil dan membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Gigi Hadid ditahan, bawa marijuana ke Pulau Cayman
Penemuan marijuana tersebut telah membuatkan Gigi ditahan dan dibawa ke pusat tahanan.
'Supermodel' Bella Hadid kongsi kisah dididik berpuasa sejak kecil, rai Aidilfitri
Dia akui apabila usianya semakin meningkat ditambah pula kesibukan dalam dunia hiburan dan sebagai peragawati menyebabkan dia semakin lalai menjalankan ibadah itu.
Mark Ruffalo, DJ Khaled, Gigi dan Bella Hadid antara selebriti zahir solidariti buat Palestin
Ramai selebriti terkemuka tidak duduk diam menyatakan solidariti mereka malah mengecam tindakan Israel menyerang Palestin.
Zayn Malik, Gigi Hadid dikurnia bayi perempuan
Tahniah Zayn Malik dan Gigi Hadid.
Kendall Jenner dahului senarai supermodel terkaya dunia
Kendall Jenner kini meraih jumlah pendapatan tahunannya mencecah AS$22.5 juta (RM94.43 juta)
Dua Lipa luang masa bersama Anwar di New York
Meskipun kedua-duanya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hubungan mereka bedua.
Fashionista berkabung mengenang Karl Lagerfeld
Garis masa di media sosial dihujani dengan ucapan takziah dan kata-kata penghargaan terhadap Lagerfeld yang menurut mereka merupakan sumber inspirasi.
Pengakhiran hubungan buat pasangan 'belangkas' Gigi Hadid dan Zayn Malik
Nampaknya ini adalah pengakhiran buat pasangan Gigi Hadid dan juga pelantun lagu - Pillow Talk- Zayn Malik.
Kenapa putus cinta yang terbaik untuk Zayn Malik dan Gigi Hadid? Ini sebabnya...
Pasangan popular Hollywood, Zayn Malik dan Gigi Hadid mengakui hubungan mereka yang pernah putus adalah pengalaman terbaik yang memberi pengajaran kepada mereka.