KUALA LUMPUR: Pelakon Ruhainies akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tangkapan khalwatnya bersama rakan artis, Aliff Aziz pada Jumaat lalu.
Jelas Ruhainies, dia hanya mengajak Aliff ke kediamannya di ibu kota untuk makan malam bersama-sama keluarganya yang didakwa telah kenal sejak 10 tahun lalu.
Jelas Ruhainies, kakaknya pelakon Risteena sepatutnya sudah datang lebih awal ke rumahnya namun terlewat kerana berdepan dengan kesesakan jalan raya.
Bagaimanapun, dia berasa takut untuk membuka pintu apabila ada individu (lelaki) yang mengetuk pintu rumahnya atas faktor keselamatan.
“Walaupun kakak saya datang atau apa, saya mengakui kekhilafan saya di sisi Islam, kerana berada dalam situasi itu yang mana sekaligus menimbulkan syak wasangka serta fitnah.
“Saya juga ingin menegaskan bahawa saya dan Aliff hanyalah kawan biasa dan bekerjasama dalam drama yang sedang kami bintangi,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan bahawa hubungannya dengan Aliff sekadar kawan biasa sahaja malah bersedia untuk berbincang dengan Bella kerana sayang akan persahabatan mereka.
Menerusi kenyataannya itu, Ruhainies juga tampil memohon maaf kerana lambat memberi kenyataan susulan sibuk dengan komitmen kerja.
“Saya juga ingin memohon kerana membiarkan perkara ini berlarutan tanpa kenyataan dan menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab memanipulasikan pelbagai fakta yang tidak benar dan tidak tepat.
“Saya sayangkan persahabatan saya dengan Bella dan saya berharap agar dia dan Aliff tidak akan berpisah. Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia,” katanya.
Tambah Ruhainies, dia juga berterima kasih kepada pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menjalankan siasatan dengan telus sekali gus mengesahkan tiada istilah tangakapan basah dibuat.
"Siasatan telah dijalankan oleh pihak JAWI dan saya berikan kepercayaan penuh terhadap mereka.
"Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak JAWI di atas kerjasama, penjagaan penuh yang diberikan kepada saya semasa kejadian tersebut berlaku, dan siasatan telus yang telah dibuat oleh pihak JAWI.
"Namun, yang paling penting di sini adalah bahawa pihak JAWI telah mengesahkan bahawa tidak wujud sebarang 'tangkapan basah' terhadap saya dan Aliff.
"Saya menyarankan rakan-rakan media dan komen-komen di luar sana untuk berhati-hati menggunakan terma 'tangkapan basah'," katanya.
Terdahulu, media melaporkan penahanan pasangan pelakon selepas didakwa berkhalwat di sebuah kondominium mewah, di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Gempak
Thu Mar 14 2024
![Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…” Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710065840_TBRUHAINIES.jpg)
Jelas Ruhainies, kakaknya pelakon Risteena sepatutnya sudah datang lebih awal ke rumahnya namun terlewat kerana berdepan dengan kesesakan jalan raya. - Gambar Gempak
![EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333086_UkrainianArmedForc.jpg)
EU belanja lebih AS$138 bilion sokong, bekal senjata kepada Ukraine
Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) membelanjakan sejumlah EUR134 bilion (US$138.8 bilion) bagi menyokong serta membekalkan senjata kepada Ukraine.
AWANI Ringkas: Penyeragaman agensi kerajaan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738661163_WongKahWoh.jpg)
KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI
jepun mohon pengecualian tarif keluli dan aluminium AS
Jepun mengemukakan permohonan pengecualian daripada tarif 25 peratus yang dikenakan ke atas produk keluli dan aluminiumnya oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump/
Iran kecam ancaman Trump, tegas akan bertindak balas
Iran memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai ancaman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang didakwa melanggar undang-undang antarabangsa dan menghasut keganasan.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
Iran turut memberi amaran bahawa sebarang tindakan agresif akan membawa akibat serius.
![Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739333893_SheikhAhmadAbdulla.jpg)
Keputusan Trump penting diri sendiri, jejas ekonomi global - PM Kuwait
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump "mengutamakan kepentingan dirinya sendiri dan memberi kesan terhadap ekonomi global," kata Perdana Menteri Kuwait.
Saifuddin Nasution dilantik pengerusi PH Kedah
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pelantikannya sebagai Pengerusi PH Kedah berkuat kuasa 7 Februari lalu, menggantikan Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
Menurutnya, pelantikan itu adalah hasil kesepakatan dalam gabungan berkenaan.
![Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726059526_ACPAzmanShariat.jpg)
Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.
![Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739337071_NgaKorMing.jpg)
Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Karim Khan sasaran pertama sekatan ICC
Ketua Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), Karim Khan merupakan individu pertama dikenakan sekatan ekonomi dan perjalanan yang diluluskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
!['Kekasih Gelap' dakwa kecewa ditipu, akui Aliff Aziz 'pasang dua' ketika jalin hubungan istimewa dengannya 'Kekasih Gelap' dakwa kecewa ditipu, akui Aliff Aziz 'pasang dua' ketika jalin hubungan istimewa dengannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81713752062_alifazizjpg.jpg)
'Kekasih Gelap' dakwa kecewa ditipu, akui Aliff Aziz 'pasang dua' ketika jalin hubungan istimewa dengannya
"Saya merupakan kekasih kepada Aliff Aziz sejak Januari 2024, memang kedengaran agak mengejutkan tapi itulah kenyataan..."
![Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…” Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710065840_TBRUHAINIES.jpg)
Kes khalwat, Ruhainies tampil cerita kronologi - "Hanya ajak makan bersama keluarga, tak buka pintu sebab…”
Pelakon Ruhainies akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kes tangkapan khalwatnya bersama rakan artis, Aliff Aziz pada Jumaat lalu.
![Elak ditangkap khalwat, duda maut jatuh tingkat empat pangsapuri Elak ditangkap khalwat, duda maut jatuh tingkat empat pangsapuri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656247988_garisanpolis.jpg)
Elak ditangkap khalwat, duda maut jatuh tingkat empat pangsapuri
Tindakan seorang lelaki cuba melarikan diri selepas perbuatan berdua-duaan dengan isteri orang terbongkar, membawa padah apabila maut terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di sini, hari ini.
![Pelajar kantoi berasmara di tandas masjid Pelajar kantoi berasmara di tandas masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51520009662_JawaBarat.jpg)
Pelajar kantoi berasmara di tandas masjid
Kejadian tidak bermoral itu berlaku di Lamongan, Khamis.
!['Rela' ditangkap basah dalam operasi cegah maksiat untuk selesai masalah rumah tangga 'Rela' ditangkap basah dalam operasi cegah maksiat untuk selesai masalah rumah tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-12/51450455068_Couple.jpg)
'Rela' ditangkap basah dalam operasi cegah maksiat untuk selesai masalah rumah tangga
Operasi banteras maksiat oleh Jabatan Agama Islam Melaka menyaksikan pelbagai alasan diberikan oleh wanita dan lelaki yang ditangkap berkhalwat.