Bintang pop, Kesha melancarkan single baharu yang pertama dalam tempoh tiga tahun pada Jumaat lalu, selepas tewas perbicaraan awal bulan ini untuk membatalkan kontrak rakaman beliau dengan Sony Music dan pengeluar Dr Luke, yang dituduh melakukan serangan seksual.
Kesha, 29, bekerjasama dengan DJ Zedd dalam singlenya, 'True Colors', yang dikeluarkan di bawah Sony Corp Sony Music Entertainment, dan Dr Luke Kemosabe Records.
Menerusi satu kenyataan di laman Twitternya, Kesha berkata beliau amat tergerak untuk menyebarkan mesej yang terkandung dalam 'True Colors' itu.
"Kata-kata #truecolors begitu mendalam, jadi saya terpaksa menyebarkan mesej jati diri yang indah itu," tulis beliau.
Kesha turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan industri hiburan serta peminatnya kerana sentiasa memberi sokongan.
Februari lalu, mahkamah mengambil keputusan untuk tidak membebaskan penyanyi antarabangsa Kesha daripada kontraknya bersama sebuah label di bawah syarikat rakaman gergasi, Sony.
Ia berikutan kes mahkamah antara Kesha dan penerbit muzik dan pemilik label Kemosabe Records, Lukasz Sebastian Gottwald atas kes gangguan fizikal dan seksual.
Susulan itu, netizen melancarkan kempen #FreeKesha dan #SonySupportsRape di media sosial untuk menyatakan sokongan kepada Kesha.
Lagu 'True Colors' kini boleh didapati di Spotify dan Apple Music.
Kohilah Sekaran
Sat Apr 30 2016

Bintang pop, Kesha (gambar) melancarkan single baharu yang pertama dalam tempoh tiga tahun pada Jumaat lalu, selepas tewas perbicaraan Dr Luke. - Foto AFP
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Saman ciplak: Katy Perry, Dr Luke dan Capitol Records diarah bayar AS$2.78 juta
Penyanyi popular, Katy Perry serta penerbit Dr Luke dan rakan usaha sama mereka Capitol Records dalam proses untuk membayar seorang rapper, Flame.

Kesha dilarang buat persembahan di Anugerah Muzik Billboard
Syarikat produksi Dick Clark Productions masih mengharapkan Kesha dan Kemosabe Records dapat mencapai kata sepakat sebelum 22 Mei.

Kesha tampil dengan single pertama, selepas tewas perbicaraan Dr Luke
Bintang pop, Kesha melancarkan single baharu yang pertama dalam tempoh tiga tahun pada Jumaat lalu, selepas tewas perbicaraan Dr Luke.