SIAPA sangka, dengan hanya berkongsi resepi masakan di media sosial secara suka-suka, nama Khairul Aming mula mencipta nama dan diminati rakyat Malaysia.
Mana tidaknya, selain tak lokek berkongsi resepi di laman sosial, gaya penyampaiannya yang petah serta kelakar menjadikan beliau diikuti ramai pengguna media sosial tanah air.
Umum mengetahui, selain menghasilkan ‘content’ masakan, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzaman, turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan jenamanya sendiri "Sambal Nyet by Khairul Aming".
Lebih membanggakan, setelah tiga bulan menceburkan diri dalam bidang itu, pemuda berusia 29 tahun ini berjaya mencapai hasil jualan RM1 juta hanya menerusi penjualan produknya itu.
Namun disebabkan permintaan yang tinggi, ‘Sambal Nyet’ keluarannya sering kehabisan stok setelah ramai pengikutnya berebut untuk membeli dan mencuba produknya itu.
Menerusi akaun Twitternya, Khairul tampil memberikan penjelasan.
Jelasnya, ekoran permintaan yang tinggi, beliau telah menaikkan jumlah stok daripada 1,000 kepada 5,000 botol sehari.
Sebahagian hasil jualan sambalnya itu turut didermakan kepada tabung Palestin.
“RM10,000 dari jualan sambal yang sebelum ni akan kami dermakan ke tabung Palestin.
“Diharapkan sedikit sebanyak (sumbangan itu) boleh meringankan beban saudara di sana,” tulisnya di akaun Twitter.
Menerusi bebenang itu juga, Khairul turut memuat naik foto resit sumbangan berjumlah RM10,000 itu sebagai bukti sumbangan beliau.
Astro Awani
Tue May 18 2021
![Khairul Aming sumbang RM10,000 hasil jualan Sambal Nyet kepada tabung Palestin Khairul Aming sumbang RM10,000 hasil jualan Sambal Nyet kepada tabung Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621305290_KhairulAminKamarul.jpg)
Khairul turut berkongsi berita bahawa beliau telah mendermakan hasil jualan sambalnya berjumlah RM10,000 kepada tabung Palestin. -Foto Instagram/ khairulaming
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Khairul Aming risau kecanggihan teknologi buat pelajar generasi kini hilang fokus Khairul Aming risau kecanggihan teknologi buat pelajar generasi kini hilang fokus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81735689640_khairulaming.jpg)
Khairul Aming risau kecanggihan teknologi buat pelajar generasi kini hilang fokus
"Takut terbiasa main telefon, bila tengok buku otak jadi tidak berfungsi. Attention span dia dah rosak."
![Khairul Aming rebah sebaik selesai misi bantuan banjir Khairul Aming rebah sebaik selesai misi bantuan banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733645434_tbKhairulAming.jpg)
Khairul Aming rebah sebaik selesai misi bantuan banjir
Selepas bertungkus-lumus membantu mangsa banjir di Kelantan, pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Amin Kamarulzaman atau Khairul Aming disyaki rebah akibat kepenatan.
![Syed Saddiq nafi minta Khairul Aming buat audit banjir Syed Saddiq nafi minta Khairul Aming buat audit banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733220069_SyedSaddiqKhairul.jpg)
Syed Saddiq nafi minta Khairul Aming buat audit banjir
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menempelak dakwaan berhubung isu amaran yang dikeluarkannya terhadap pempengaruh, Khairul Aming untuk melakukan audit laporan kewangan banjir.
![Banjir: Usahawan Khairul Aming harap sumbangan berterusan ke pusat pengumpulan Banjir: Usahawan Khairul Aming harap sumbangan berterusan ke pusat pengumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733191094_KhairulAmingbekalan.jpg)
Banjir: Usahawan Khairul Aming harap sumbangan berterusan ke pusat pengumpulan
Usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Amin Kamarulzaman berharap pelbagai pihak akan terus meyumbang barangan keperluan mangsa banjir.
![Bantuan banjir: “Mungkin ini yang terbaik mampu saya lakukan” - Khairul Aming Bantuan banjir: “Mungkin ini yang terbaik mampu saya lakukan” - Khairul Aming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733099771_tbKhairulAmingban.jpg)
Bantuan banjir: “Mungkin ini yang terbaik mampu saya lakukan” - Khairul Aming
Resah berganda dan tidur Khairul Aming tidak lena memikirkan nasib mangsa-mangsa banjir di bumi kelahirannya, Kelantan Darul Naim.
![Skil dibandingkan, Chef Wan tak dengki dengan pencapaian Khairul Aming Skil dibandingkan, Chef Wan tak dengki dengan pencapaian Khairul Aming](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727176209_TBChefWan.jpg)
Skil dibandingkan, Chef Wan tak dengki dengan pencapaian Khairul Aming
Chef Wan menzahirkan rasa kurang senang apabila ada segelintir pihak yang membandingkan dirinya dengan pempengaruh terkenal Khairul Aming.
![PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725426317_tbKhairulAmingPM.jpg)
PM New Zealand puji potensi Malaysia, perkukuh hubungan dua negara
Perdana Menteri New Zealand Christopher Luxon mengakhiri lawatan rasminya ke Malaysia pada Selasa.
![Khairul Aming dedah kos hasilkan video masakan di New Zealand Khairul Aming dedah kos hasilkan video masakan di New Zealand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725422577_KhairulAming.jpg)
Khairul Aming dedah kos hasilkan video masakan di New Zealand
Khairul Aming mendedahkan dia telah berhabis RM80,000 untuk perbelanjaan tiga orang sepanjang menghasilkan video masakan di New Zealand.
![Kisah manis Khairul Aming masak roti jala bersama Perdana Menteri New Zealand Kisah manis Khairul Aming masak roti jala bersama Perdana Menteri New Zealand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725335193_tbKhairulAmingPM.jpg)
Kisah manis Khairul Aming masak roti jala bersama Perdana Menteri New Zealand
Rezeki Khairul Aming diundang bertemu Perdana Menteri Christopher Luxon yang berada di Malaysia sempena lawatan rasmi.
![Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723702833_TBKhairulAming.jpg)
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.