SEIRING dengan pertambahan usia, Awi Rafael nekad untuk berhijrah menjadi lebih baik, selepas ini.
Malah, selebriti berusia 32 tahun ini turut menyifatkan tahun 2018 sebagai tahun hijrahnya.
Rentetan itu, pelantun lagu Bila Aku Jatuh Cinta ini bersedia untuk melalui proses transformasi sama ada berbentuk peribadi mahupun muzik.
"Saya mahu hijrah ke arah yang lebih baik. Sampai bila kita nak rock & roll?
"Lagipun, kita semua semakin berusia dan saya pun belajar untuk mendekatkan diri pada agama," katanya pada Sinar Harian selepas pengumuman peserta bagi program realiti, Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2).
Awi yang juga komposer dikenali menerusi genre muzik pop dan balada turut tersenarai sebagai salah seorang peserta GGV2.
Selain Awi, peserta lain yang terlibat adalah kumpulan Brothers, Devotees, InTeam, Mestica, Rabithah, Heliza & Hazwani (pasangan duo), Adeep Nahar, Farah Asyikin, Fitri Haris dan Ippo Hafiz.
"Saya sangat berterima kasih dengan tawaran yang diberikan.
"Jujurnya, saya tak ada masalah untuk sertainya kerana semua pun tahu saya dah mula menulis lagu-lagu yang berunsur ke arah ketuhanan.
"Kiranya, penyertaan saya sebagai satu inisiatif baharu dalam menarik minat generasi muda melalui pembawaan lagu yang lebih moden," katanya.
Namun, penyanyi lagu Manusia Sempurna ini mengakui akan terus kekal menjadi diri sendiri.
"Apa-apa pun, saya tetap jadi diri sendiri. Saya ada cara tersendiri.
"Lagipun, Islam sendiri tak judge (menghukum) berdasarkan dari luaran tapi intinya menerusi lagu-lagu yang disampaikan.
"Insya-ALLAH, saya akan perbaharui diri saya dengan muzik melalui GGV2. Saya harap peminat akan terus menyokong saya," katanya.
GGV2 akan dipancarkan secara langsung selama tujuh minggu dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu jam 9 malam, mulai 31 Mac ini.
Ia juga akan bersiaran langsung menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).
Dalam perkembangan lain, Awi bakal melancarkan album terbaharunya, Euphoria yang memuatkan lapan lagu.
Lebih istimewa, album itu turut diselitkan lagu yang dicipta khas buat tunang tersayang iaitu pelakon popular, Atikah Suhaimie.
"Lagu Rahasiaku ini saya cipta ketika dalam proses mengenali hati budi dia.
"Selain itu, saya juga ada berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi lain seperti Altimet dan Yasin," katanya.
Sinar Harian
Thu Mar 29 2018
!['Kita semua semakin berusia, sampai bila kita nak rock?' - Awi Rafael 'Kita semua semakin berusia, sampai bila kita nak rock?' - Awi Rafael](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/71522291647_AwiRafael.jpg)
Awi yang juga komposer dikenali menerusi genre muzik pop dan balada turut tersenarai sebagai salah seorang peserta GGV2. - Foto Sinar Harian
![Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739074106_tbPusatIslamNiger.jpg)
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Nigeria mula beroperasi
Pusat Islam Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Ibadan, Nigeria yang dibina hasil pemberian sumbangan MAIPs pada Julai 2024, kini telah mula beroperasi.
AWANI Ringkas: Setia City Mall kembali beroperasi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[TERKINI] Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Polis akan memanggil beberapa individu yang terlibat dalam himpunan mogok lapar ahli keluarga banduan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) di hadapan pintu masuk Penjara Sungai Buloh pada Sabtu.
Insiden tembak: Perkembangan terkini dari lokasi kejadian
Perkembangan terkini dari lokasi kejadian insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam bersama Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim.
![Perspektif Syafiq Kyle Perspektif Syafiq Kyle](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739075231_tbSyafiqKylepelak.jpg)
Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.
![Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728283819_BenjaminNetanyahu.jpg)
Negara-negara Arab kecam cadangan PM Israel tubuhkan negara Palestin di Arab Saudi
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menyifatkan cadangan Netanyahu sebagai "bersifat perkauman dan anti-perdamaian".
KPM perkasa pelaksanaan NACS 2024-2028 menerusi pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) berusaha memastikan agenda pencegahan rasuah terus diperkasakan menerusi pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.
![Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Iran desak mesyuarat tergempar OIC, bincang rancangan Trump terhadap Gaza
Cadangan kontroversi itu mencetuskan kecaman global termasuk daripada rakyat Palestin, negara Arab, Kanada, Perancis, Jerman dan UK.
DBKL tutup pusat sembelih ayam kotor
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup sebuah pusat penyembelihan ayam dan pusat pemprosesan makanan ayam di Taman Perindustrian IKS dan Spring Crest Industrial Park.
Masih banyak jalan raya di Johor perlu dinaik taraf - Onn Hafiz
Masih banyak jalan raya di Johor perlu diperbaik dan dinaik taraf dengan segera kerana keadaan itu sangat membahayakan keselamatan pengguna.
![Kerajaan negeri Perak sambut baik program Solidariti Malaysia Quran Hour Kerajaan negeri Perak sambut baik program Solidariti Malaysia Quran Hour](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/51598500332_QuranHour.jpg)
Kerajaan negeri Perak sambut baik program Solidariti Malaysia Quran Hour
Malaysia Quran Hour yang dianjurkan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas Ahad memasuki edisi keenam, dan dianjurkan setiap 30 Ogos sejak 2015.
![Media sosial mula banjir dengan #PencetusUmmah Media sosial mula banjir dengan #PencetusUmmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/61415153255_295x200.jpg)
Media sosial mula banjir dengan #PencetusUmmah
Mimbar Pencetus Ummah 2 bakal memulakan siarannya pada malam ini di Astro Oasis dan Astro Maya HD.