BAGAN DATUK:Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) akan menghulurkan bantuan sewajarnya yang diperlukan oleh penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau.
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kementerian sentiasa prihatin dan menghargai jasa anak seni dan akan berusaha membantu penyanyi veteran itu bagi meringankan bebannya setelah tidak lagi mampu bergiat aktif kerana masalah kesihatan.
"Kalau ada apa-apa (permintaan) cakap saja pada Zakaria ( Zakaria Abd Hamid, Pengerusi Finas dan Insya-Allah jika diberi kesempatan kita akan berjumpa," kata Saifuddin kepada M Daud Kilau menerusi panggilan video selama kira-kira lima minit di sini, hari ini.
Panggilan video tersebut dibuat oleh Zakaria semasa mengunjungi penyanyi itu di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baroh di sini dan menyampaikan wang tunai RM1,000.
Sambil melahirkan penghargaan, M Daud Kilau atau nama sebenar Muhammad Daud Kilau, 82, yang mengalami masalah kesihatan serius sejak 2016, turut mendoakan kesejahteraan para pemimpin negara.
"Saya tidak meminta sebarang simpati tetapi jika ada pihak yang sudi hulurkan bantuan, saya akan terima," katanya yang menghidap kencing manis dan masalah jantung tidak stabil.
M Daud Kilau yang juga dikenali sebagai ‘Raja Gelek’ terkenal dengan lagu malar segar antaranya 'Sirih Pinang’ dan ‘Cek Mek Molek’.
Sementara itu, Zakaria berkata, M Daud Kilau merupakan anak seni ke-51 yang menerima bantuan dalam Program Finas Prihatin sejak tiga bulan lalu yang berupa bantuan seperti wang tunai, kerusi roda serta baik pulih rumah mengikut keperluan penerima.
“Sejumlah RM250,000 diperuntukkan bagi fasa pertama program Finas Prihatin ini dengan RM50,000 daripadanya adalah untuk pemberian wang tunai kepada penerima.
"Kita juga telah membantu 25 penggiat seni mendapatkan rumah kos rendah berharga sekitar RM60,000 dengan bantuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan sedang mencari 30 lagi penerima yang layak," katanya.
Menurut Zakaria usaha yang dilakukan itu merupakan ilham Saifuddin bagi menghargai jasa dan pengorbanan anak seni tempatan. - BERNAMA
BACA: "Sedekahkan Al-Fatihah kalau saya 'pergi'"- M Daud Kilau
Bernama
Fri Oct 02 2020

Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau bersama koleksi baju labuci miliknya di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk, Perak pada Jumaat. - Gambar BERNAMA

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

PM Anwar utus takziah kepada keluarga M. Daud Kilau
Datuk Seri Anwar rakam penghargaan kepada Allahyarham M. Daud Kilau kerana pernah menghiburkan masyarakat di Malaysia dan menjadi antara permata tanah air.

'Ayah sudah sedar, mula makan seperti biasa' - Anak M Daud Kilau
Datuk M Daud Kilau yang dilaporkan kritikal selepas mengadu sesak nafas pada Rabu, mula sedar dan mahu makan seperti biasa.

JKM beri bantuan kewangan bulanan kepada Raja Gelek
Datuk Muhammad Daud Kilau akan menerima Bantuan Orang Tua sebanyak RM350 setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bermula bulan ini.

KKMM sedia bantu M Daud Kilau - Saifuddin
Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan menghulurkan bantuan sewajarnya yang diperlukan oleh penyanyi veteran, Datuk M Daud Kilau.

"Sedekahkan Al-Fatihah kalau saya 'pergi'"- M Daud Kilau
"Saya kini banyak menghabiskan masa dan sisa hidup mencari saham akhirat."

Tolak banyak tawaran kerana kurang sihat, semangat Daud Kilau untuk menyanyi masih tinggi
Penghibur yang terkenal dengan gelaran Raja Gelek Malaysia, M. Daud Kilau mengaku bahawa beliau terpaksa menolak puluhan tawaran menyanyi termasuk dari Singapura dan Brunei selepas tahap kesihatannya