KEMAMAN: Komposer lagu popular kumpulan Iklim, Wan Zulkifli Che Wan Abdul Ghani atau lebih dikenali sebagai Wan Zul meninggal dunia di Hospital Kemaman di sini awal pagi Khamis.
Adiknya, Che Wan Zuhaini, 58, berkata, Wan Zul, 61, yang sebelum ini dilaporkan kritikal menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 2.20 pagi disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru akibat melioidosis.
Menurutnya, Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 2 Oktober lalu selepas demam dan batuk teruk, selain pernah ditidurkan sebanyak dua kali sepanjang rawatan.
"Arwah sebelum ini terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan ditidurkan selepas tahap kesihatannya merosot.
"Arwah kembali stabil pada Sabtu lalu dan sudah boleh bercakap serta menunjukkan respons yang baik, namun dia sekali lagi ditidurkan pada Isnin kerana keadaannya kembali merosot," katanya ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Che Wan Zuhaini berkata, dia difahamkan penyakit kencing manis yang dihidapi Allahyarham menyebabkan antibodi badannya semakin lemah serta tidak mampu melawan jangkitan kuman.
Katanya, jenazah Allahyarham kini berada di hospital dan akan dibawa pulang ke kediamannya di Kampung Baru Kijal.
"Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kijal selepas solat zuhur nanti," katanya.
Allahyarham Wan Zul meninggalkan seorang isteri, Tengku Siti Famah dan sepasang anak iaitu Che Wan Nursyikin dan Che Wan Nuradli.
Sepanjang kariernya, Allahyarham menghasilkan lagu popular kumpulan Iklim antaranya Suci Dalam Debu, Aduhai Seribu Kali Sayang dan Biografi Cinta Luka.
Allahyarham turut mencipta lagu yang turut didendangkan kumpulan dan penyanyi lain seperti Hanya Satu Persinggahan (Ekamatra), Antara Sutra Dan Bulan (Damasutra), Kerana Takdir (Saleem), Itulah Cintaku (Ilusi) serta beberapa lagu lain. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 13 2022
Allahyarham Wan Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Wan Zul meninggal dunia awal pagi Khamis di Hospital Kemaman. -Foto Facebook Wan Zulkifli
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Maestro muzik tanah air, Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun
Komposer veteran, Tan Sri Ahmad Nawab menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun pada Ahad.
Pemergian S. Atan kehilangan besar buat industri muzik negara - Jamal Abdillah
Datuk Jamal Abdillah berkata peminat muzik tempatan pasti akan terasa dan merindui sentuhan lagu-lagu Melayu yang baik daripada Allahyarham.
Negara perlukan lebih ramai pengkarya lagu patriotik
Komposer mahupun penulis lirik yang menghasilkan lagu sebegini adalah 'individu yang sama' dan majoritinya sudah meniti usia warga emas.
M Nasir akui pernah putus asa, kecewa industri seni tempatan tidak sebaris Korea Selatan
Kata M Nasir, tanpa fasa jatuh dan bangun, tidak mungkin dia berada di tahap sekarang.
Komposer Ross Ariffin dapat rumah, bakal bekerjasama dengan RTM - Fahmi
Fahmi menjejaki dan bertemu sendiri dengan Ross selepas mendengar perkhabaran sedih mengenai komposer terkenal itu.
Artis pandai buat lagu lebih berbakat? Ini komen Habsah Hassan...
Kata Habsah, meletakkan penilaian bagi seorang artis atau hasil seni harus melihat pada pelbagai aspek.
Raffa Affar rosakkan lagu Tiara? Marah atau tidak, itu pendapat peribadi - M Nasir
M Nasir yang juga pencipta sepenuhnya lagu tersebut menegaskan beliau tidak memandang perkara itu dari sudut negatif.
Nikki Palikat dedah sudah bercerai dengan Audi Mok
Tidak berniat untuk merahsiakan hal sebenar, Nikki berkata dia memerlukan masa sebelum berkongsi tentang penceraian mereka.
Yasin mula terima rawatan bipolar di HSB, sebutan kes pada 22 Jun - Peguam
Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim dan Maryam Jamilah Ab Manaff memohon tarikh sebutan kes untuk penyerahan laporan kimia berhubung kes berkenaan.
Yasin tiba di mahkamah untuk didakwa
Lelaki berusia 47 tahun itu hadir di mahkamah dengan memakai baju T hitam dan diiringi pasukan polis.