DUA kumpulan rock legenda tempatan, XPDC dan Cromok yang bakal berkongsi pentas menerusi konsert Metal Legends Live In Concert akan menggunakan khidmat sistem bunyi bernilai RM400,000.
Salah seorang anggota XPDC, Mael berkata peminat bakal merasai pengalaman yang berbeza di konsert yang akan diadakan di MAEPS, Serdang pada 3 Februari ini kerana sistem bunyi yang digunakan sanggat canggih diimport khas dari China.
“Konsert ini akan diperkuatkan lagi dengan sistem audio paling canggih iaitu ’64 sub-bass’ yang belum pernah digunakan dalam mana-mana konsert di Malaysia sebelum ini.
“Sistem bunyi dan audio ini antara yang terbaik yang digunakan di konsert-konsert antarabangsa.
“Ia dibawa khas dari China dan kos hanya untuk sistem bunyi ini sahaja mencecah RM400,000.
“Saya pasti peminat akan berpuas hati dengan persembahan kami nanti,” katanya.
Konsert metal ini melibatkan XPDC yang dianggotai line up asal iaitu Mael selaku vokalis, Jeff (gitar utama), Zua (pemain bass) dan Amy (pemain dram).
Sementara itu, pemain gitar utama Cromok, Karl berkata, mereka sudah giat melakukan latihan sejak sebulan lalu untuk persiapan konsert tersebut.
“Kami sudah mula berlatih sejak sebulan lalu di sebuah studio di Wangsa Maju dan latihan biasanya kami lakukan dalam tiga kali seminggu.
“Harap peminat dapat turun beramai-ramai kerana kami janjikan konsert kali ini memang cukup berbeza dengan show-show yang pernah diadakan sebelum ini,” katanya.
Selain Karl, Cromok turut dianggotai Sam selaku vokalis dan Mizi pemain dram.
Tiket konsert dijual pada harga RM68 hingga RM250 dan boleh didapati di ILasso Ticket Sdn Bhd.
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi ejen tiket di talian 011-3503 0241.
Gempak
Sun Jan 28 2018

Sistem bunyi dan audio untuk konsert Cromok-XPDC ini antara yang terbaik pernah digunakan. - Astro Gempak

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Tumpuan Isnin – 10 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (9 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sindiket penipuan: Ribuan terperangkap selepas dipaksa jadi 'scammer'
Bulan lalu, satu operasi oleh pihak berkuasa Thailand, China dan Myanmar membawa kepada pembebasan lebih 7,000 mangsa dari lokasi di mana mereka terpaksa memperdayakan orang ramai untuk melabur wang simpanan mereka.
BN tiada masalah cari calon sesuai
Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah untuk mencari calon yang sesuai bagi mewakili parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, April ini.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan awal Hari Raya
Meskipun baru seminggu umat Islam berpuasa, warga kota sudah memulakan persiapan awal bagi menyambut Aidilfitri.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagi mendapatkan suasana kemeriahan itu, kita bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang kini berada di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Konsert Metal Legends Cromok-XPDC guna sistem bunyi canggih
Dua kumpulan rock legenda tempatan, XPDC dan Cromok yang bakal berkongsi pentas menerusi konsert Metal Legends Live In Concert akan menggunakan khidmat sistem bunyi bernilai RM400,000.