Dalam usaha membangkitkan kenangan silam irama pop yeh yeh dan memelihara irama nostalgia 60-an, Istana Budaya (IB) sekali lagi menganjurkan Konsert Gegar Pop Yeh Yeh yang akan berlangsung di Panggung Bangsawan Melaka pada 4 hingga 5 Ogos ini.
Persembahan yang dijadualkan berlangsung kira-kira dua jam itu akan dihiburkan oleh artis legenda seperti Datuk A. Rahman Hassan, Datuk L. Ramli, Datuk Jeffrydin, J. Sham, Maria Bachok, A. Rozaini, Ebby Yus dan penyanyi muda Aiman Tino.
Konsert muzik era 60-an kali kedua diadakan dalam tahun ini bakal menyajikan hampir 30 lagu buat penonton, antaranya dendangan lagu malar segar yang diiringi muzik 'live' oleh kombo Orkestra Tradisional Malaysia IB termasuk beberapa lagu popular bahasa Inggeris seperti 'Oh Carol', 'Young Ones' dan 'Yesterday'.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Ab Ghaffar A Tambi berkata irama yang dianggap terpinggir itu perlu diangkat kembali dan diteruskan supaya ia tidak lapuk ditelan zaman sekali gus menarik minat generasi muda untuk mengenali dan menghargainya.
"Kini masanya kita segarkan kembali masa kegemilangannya yang penuh dengan gelagat dan tarian yang dibawa oleh mereka mengikut gaya tersendiri, saya yakin peminat muzik era 60-an ini pasti ternanti-nanti konsert ini," katanya pada sidang media konsert tersebut di IB hari ini.
Beliau berkata pemilihan Panggung Bangsawan Melaka sebagai lokasi pementasan konsert itu merupakan pendekatan perkongsian pintar antara IB dengan Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI).
Sementara itu, Pengurus Besar CMI Ab Rahman Ismail berkata kolaborasi bersama IB secara langsung dapat memperkenalkan panggung wayang tertua di Melaka itu sebagai pusat seni muzik dan intelektual yang berprestij tinggi serta menjadikannya sebagai ikon pelancongan.
"Konsert ini juga memberi peluang kepada pelancong domestik dan asing untuk menyaksikan persembahan Pop Yeh Yeh yang julung-julung kali diadakan di Panggung Bangsawan Melaka," katanya sambil menambah panggung itu mampu memuatkan 410 penonton dalam satu masa.
Tiket konsert berharga RM40 hingga RM150 itu boleh diperoleh di Pejabat CMI, Menara MITC atau menempah melalui talian 06-2346617 (pejabat), 012-3670281 (Fuziah) dan 016-6009282 (Jaja).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 11 2017
![Konsert Pop Yeh Yeh meriahkan Melaka Ogos ini Konsert Pop Yeh Yeh meriahkan Melaka Ogos ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/51499787966_ArtisKonsert.jpg)
Barisan penyanyi yang bakal beraksi pada persembahan Konsert Gegar Pop Yeh Yeh di Panggung Bangsawan Melaka pada 4 hingga 5 Ogos ini. - Foto BERNAMA
![Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738903611_TBMahkamah.jpg)
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
Perjanjian Paris: negara kekal komited walau A.S tarik diri - Ketua Iklim Pbb
Negara-negara di seluruh dunia terus berpegang teguh kepada pelan iklim nasional masing-masing dan berusaha memimpin peralihan tenaga bersih, meskipun Amerika Syarikat merancang untuk keluar daripada Perjanjian Iklim Paris.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin
Menurut kenyataan kementerian luar mesir, negara itu menentang sekeras-kerasnya kenyataan beberapa anggota kerajaan Israel baru-baru ini mengenai rancangan untuk mengusir rakyat Palestin.
Sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta tumpas
Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok dan minuman keras tidak bercukai kastam berjumlah RM4.45 juta dalam serbuan di tiga premis di Keningau, Sabah, Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dalam kenyataan berkata hasil serbuan itu dalam operasi bersepadu Op Taring Alpha 1 dan Alpha 2, lima individu terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dalam kenyataan berkata hasil serbuan itu dalam operasi bersepadu Op Taring Alpha 1 dan Alpha 2, lima individu terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan.
Grab-GoTo: Antara kuasa pasaran dan manfaat pengguna
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan, serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
![Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723014641_RexyMainaky.jpg)
Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.
Hati hati dengan 'cancel culture' di media sosial
Masyarakat disaran untuk berhati-hati dengan fenomena budaya memboikot seseorang individu atau cancel culture yang seringkali diamalkan di platform media sosial.
Hindari jurang generasi dengan komunikasi efektif
Kaedah komunikasi yang efektif untuk berbicara dengan pelbagai generasi termasuk golongan generasi z perlu diamalkan agar sebuah persefahaman dapat dibentuk.
Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Nurul Afreen Naquiah Haminudin pendekatan itu berupaya membina keharmonian, sekaligus dapat menghindari salah faham di antara generasi.
Menurut Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Nurul Afreen Naquiah Haminudin pendekatan itu berupaya membina keharmonian, sekaligus dapat menghindari salah faham di antara generasi.
Kenderaan berat : dilarang masuk lebuh raya terpilih pada waktu puncak mulai 19 Feb
LLM memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb.
![Istana Budaya guna teknologi hijau selaras aspirasi global terhadap alam sekitar Istana Budaya guna teknologi hijau selaras aspirasi global terhadap alam sekitar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81727315786_IstanaBudaya.jpg)
Istana Budaya guna teknologi hijau selaras aspirasi global terhadap alam sekitar
Antara langkah awal diambil Istana Budaya ialah menukar lampu sedia ada kepada lampu LED yang dapat menjimatkan tenaga sejak Ogos lepas.
![Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709248265_ZubaidahMukhtar.jpg)
Istana Budaya bawa Teater Muzikal Hang Li Po ke pentas Encore Melaka
Pementasan teater muzikal itu dihidupkan kembali sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
![Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687300287_ZubaidahMukhtar.jpg)
Istana Budaya anjur Festival Laman Santai Malaysia Madani terbesar tahun ini
Istana Budaya sentiasa bersifat terbuka dan komited dalam menyatupadukan masyarakat hingga ke akar umbi tanpa mengira bangsa.
![Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71687300287_ZubaidahMukhtar.jpg)
Istana Budaya tawar konsert muzik klasikal Harga Rahmah
Peminat orkestra muzik klasik berpeluang menonton konsert A Celebration of Classical Music Lambang Sari Series 2023 diIstana Budaya dengan harga serendah RM30.
![SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41617193348_IstanaBudaya.jpg)
SOP baharu sewaan Istana Budaya berjaya atasi masalah hutang tertunggak
Antara SOP yang ditetapkan ialah setiap syarikat produksi perlu membuat pembayaran penuh sebelum membuat persembahan atau pementasan.
![DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71677840933_ZulkifliEndut.jpg)
DBKL yakin KL Park Festival 2023 dapat sambutan
DBKL yakin acara KL Park Festival 2023 yang berlangsung bermula esok di Taman Tasik Titiwangsa, di sini mendapat sambutan meskipun keadaan cuaca kini tidak menentu.
![Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022 Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41617193348_IstanaBudaya.jpg)
Istana Budaya catat kutipan RM6.144 juta pada 2022
Istana Budaya mencatatkan penjualan kutipan tiket sebanyak RM6.144 juta hasil daripada 15 program dan 39 pementasan yang dipertontonkan sepanjang 2022.
!['Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan 'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71676762801_TBermafatima.jpg)
'Kalau konsert artis luar penuh...' - Erma Fatima kesal program keagamaan tak dapat sambutan
Erma berkata, bukan mudah untuk menganjurkan program sedemikian apatah lagi yang berbayar.
![Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670168213_TBsearchjpg.jpg)
Aura Search 'gegarkan' Istana Budaya
Sentuhan kumpulan rock legenda tanah air, Search ternyata masih berbisa menerusi konsert yang berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada malam Ahad.
![Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51669977728_kumpulanSearch.jpg)
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.