Kumpulan Kugiran Masdo terus melakar sejarah melalui konsert solo pertama mereka di Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.
Biarpun permulaan persembahan ahli Kugiran Masdo iaitu Ali Sariah, Putu Ceri dan Asmawi kelihatan gementar namun mereka berjaya memukau 920 peminat yang hadir untuk menonton konsert kumpulan itu secara langsung.
Dewan Filharmonik Petronas juga dipenuhi dengan tepukan dan penonton dapat menyanyi bersama ketika mereka menyampaikan lagu Teruna dan Dara, Janji Manis dan Miss Flower Learns To Twist.
Kugiran Masdo turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka iaitu Kasih Dan Sayang, Ratu Hati Kecundang, Berduka Lara, Inilah Jalannya dan Dinda Dewi Puspita.
Menariknya lagi, semua penonton turut dapat berdiri dan berdansa sekali ketika kumpulan itu mempersembahkan lagu popular mereka Malam Pesta Rock & Roll dan Bercanda Di Malam Indah.
Dalam pada itu, Ali selaku vokalis mengakui mereka tidak jangka mendapat sambutan luar biasa daripada peminat dan akan menjadikan ia satu momen yang dikenang sampai bila-bila.
“Sebenarnya kami tidak jangka akan menjadi semeriah ini… Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang hadir. Sejujurnya, masa awal-awal itu memang rasa gemuruh sebab mungkin sebab enviroment tempat ini luar biasa.
“Buat saya rasa gugup sikit, tapi selepas itu saya cuba catch up dan mengharapkan penonton beri tenaga… Alhamdulillah penonton beri energy yang luar biasa.
“Konsert pun berakhir dengan sangat indah dan salah satu momen yang kita akan kenang sampai bila-bila… boleh diceritakan kepada anak-anak cucu akan datang,” kata Ali kepada Gempak.
Buat pertama kali secara spontan, Kugiran Masdo mempersembahkan lagu terbaharu mereka berjudul Pujaanku tanpa rakan duet mereka iaitu penyanyi Aisyah Aziz. - Gempak
Gempak
Tue Jul 25 2023

Kugiran Masdo turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka iaitu Kasih Dan Sayang, Ratu Hati Kecundang, Berduka Lara, Inilah Jalannya dan Dinda Dewi Puspita. - Gambar Gempak
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.

Impian Slam buat persembahan di DFP bakal jadi kenyataan
Slam akan tampil berbeza dengan menyanyikan seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembahan langsung.

Impian Alif Satar & the Locos tercapai, konsert pertama diiringi Malaysian Philharmonic Orchestra
Menganggap ia satu pengiktirafan, Alif berkata pengurusnya memaklumkan mengenai tawaran itu ketika dia sedang mengerjakan haji pada Jun lalu.

Kugiran Masdo lakar sejarah, pukau peminat di Dewan Filharmonik Petronas
Kumpulan Kugiran Masdo terus melakar sejarah melalui konsert solo pertama mereka di Dewan Filharmonik Petronas yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Kugiran Masdo bikin konsert di Dewan Filharmonik Petronas!
DFP meneruskan keraian 25 tahun penubuhannya dengan mempersembahkan sebuah konsert istimewa bernuansakan muzik 60an dari Kugiran Masdo.

'Menelanjangkan diri sendiri', mantra Kunto Aji luar biasa
Lirik lagunya semua mengenai hidup perlu semangat. Semacam satu mantra, setiap bait mengingatkan diri bahawa hidup ini sangat bermakna.

'Siarkan khabarnya' - Konsert perdana Kunto Aji di Malaysia Ogos ini
Kunto Aji dijadual mengadakan konsert perdananya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 bermula pukul 8.30 malam.

'15 minit tiket dah sold out!' - Awie terkejut, janji kelainan pada konsert Wings Di DFP
Tiket konsert menerusi slot acara muzik Fabulous Friday di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang dijual pada 10 pagi tadi secara rasminya sold out sekitar pukul 10.15 pagi tadi.

Giliran Wings pula masuk Dewan Filharmonik Petronas 15 Julai ini
Vokal bertenaga Datuk Awie disertai dengan muzik sempurna bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim akan berlagu di lokasi cukup berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP).

Orkestra secara maya: Inisiatif Wisma Putra rai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian'
Bersesuaian dengan semangat dan nilai 'Perpaduan dalam Kepelbagaian', Wisma Putra bersama MPO dan DFP mempersembahkan 60 pemuzik dari 26 negara.