KEBERADAAN seorang Kunto Aji, penulis kreatif dan penyanyi penuh rasa berasal Yogyakarta, Indonesia memang senantiasa dinanti-nantikan.
Melihatkan nama Kunto Aji seperti ‘digugurkan’ dalam senarai Nusafest telah menimbulkan pelbagai respon peminat.
Ada yang marah dan ada yang sedih.
Bukan kemahuan fikiran sebaliknya kerana kesibukan jadual kerja dan pementasan figura disapa dengan nama Mas Kun ini membuatkan penyanyi hebat ini tidak dapat beraksi dalam festival Nusafest tersebut yang dijadualkan pada 8 dan 9 Julai ini.
Jangan melatah dulu dengan segala emosi.
Atas rasa tanggungjawab melunaskan kerinduan pada Kunto Aji yang sebelum ini dibawakan oleh Shiraz Projects di Dewan Filharmonik Petronas, pihak Shiraz sekali lagi berasa perlu membawa sosok penuh seni ini buat tatapan dan pendengaran peminat di Malaysia.
Dibawakan oleh Shiraz Projects di bawah payung "Nusafest Presents", Kunto Aji akan beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Ogos ini, jam 8.30 malam.
Inilah masanya untuk peminat yang terlepas menonton Kunto Aji kerana faktor kapasiti lokasi, untuk sama-sama menghayati dan menyanyi lagu-lagu tulisan dan nyanyiannya yang menjadi mantera untuk sama ada merawat emosi atau melayan lara di dalam dada.
Kali kedua beraksi di Malaysia, inilah masanya yang tidak patut dilepaskan untuk sama-sama berada dalam sejarah Kunto Aji di Zepp Kuala Lumpur pula.
Untuk pemegang tiket Nusafest, penjualan tiket khas "presale" akan diadakan pada Isnin, 19 Jun 2023.
Tiket-tiket umum Nusafest Presents Kunto Aji mula dijual hari Selasa, 20 Jun 2023 bermula pukul 2 petang di www.myticket.asia.
Peminat-peminat boleh mendapatkan tiket-tiket pada harga RM225 (Platinum), RM 275 (Diamond & Silver), RM325 (Gold) dan RM600 untuk sesi Meet & Greet.
Selepas kejayaan kemunculan perdana Kunto Aji di Kuala Lumpur dengan penjualan tiket habis dalam masa 30 minit, pihak penganjur iaitu Shiraz Projects merasakan ini merupakan masa yang sesuai untuk menampilkan Kunto Aji yang menjadi kegilaan ramai di Indonesia dan Malaysia sekali lagi di Kuala Lumpur.
“Kami sangat bersyukur dan teruja dengan sokongan yang diberikan oleh para peminat terhadap kemunculan Kunto Aji yang pertama dahulu.
"Untuk kemunculan kedua, kami dengan bangganya mempersembahkan Kunto Aji yang kami rasakan sangat sesuai beraksi di Zepp Kuala Lumpur.
"Muzik Kunto Aji yang berkualiti dan melodinya pastinya akan membuat ‘pecah’ suasana Zepp, “ ujar Shirazdeen Karim, Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects.
Kunto Aji yang pernah muncul dengan album Generation Y (2015) dan Mantra Mantra (2018) akan membawakan lagu-lagu hitnya dan enaknya berkumandang.
Pastinya khalayak menantikan lagu Pilu Membiru yang dianggap sebagai sebuah lagu ‘stage of grief’ (tahap kesedihan) seperti yang tertulis dalam ilmu psikologi.
Lelaki yang pernah memenangi anugerah Breakthrough Artist of the Year di Indonesian Choice Awards 2015 dan Anugerah Album Terbaik-Terbaik serta Artis Solo Pria/Wanita Alternatif Terbaik di Anugerah Musik Indonesia 2019 bakal muncul dengan band yang diterbangkan khas dari Indonesia.
Tiket-tiket prajualan untuk pemegang tiket Nusafest boleh diperolehi mulai 19 Jun ini di www.myticket.asia.
Penjualan tiket umum akan berlangsung pada 20 Jun 2023. -Gempak
Gempak
Sun Jun 18 2023

Dibawakan oleh Shiraz Projects di bawah payung "Nusafest Presents", Kunto Aji akan beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Ogos ini, jam 8.30 malam. -Gempak

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kunto Aji Live In KL 2023: Candu dan terapi tanpa khidmat profesional yang berkesan
Tanyalah kepada semua penggemar karya Kunto Aji, kesemua lagunya adalah candu perasaan - walaupun dia menekankan karyanya bukan ubat.

Kunto Aji rawat rindu, bertemu peminat di Zepp KL Ogos ini
Dibawakan oleh Shiraz Projects di bawah payung "Nusafest Presents", Kunto Aji akan beraksi di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Ogos ini, jam 8.30 malam.

'Siarkan khabarnya' - Konsert perdana Kunto Aji di Malaysia Ogos ini
Kunto Aji dijadual mengadakan konsert perdananya di Dewan Filharmonik Petronas, Kuala Lumpur pada 19 Ogos 2022 bermula pukul 8.30 malam.