Isu Abang Tesla sehingga kini masih menjadi perbualan hangat, terbaharu penceramah bebas iaitu Syamsul Debat terpanggil untuk mengulas mengenai perkara itu.
Menerusi video ceramah yang tular di laman sosial, Syamsul menegur tindakan Abang Tesla dan siapa saja yang menjalani kehidupan poligami berkongsi kisah mereka untuk mengajar orang lain.
“Minggu ini teruk betul orang lelaki kena balun, macam hilang nilai kemerdekaan. Ini semua Abang Tesla punya fasal. Saya nak pesan kepada orang yang sudah berpoligami.
“Kalau rasa diri kita ini bukanlah bagus sangat, ada kelemahan, tak usah kongsi dengan orang lain. Selepas itu, kau keluar kenyataan pula nak mengajar orang lain.
“Adil dalam Islam adalah meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. Itu yang perlu difahami. Lagi cakap, lagi bangang tau?” tegasnya.
Pada perkongsian yang sama, Syamsul turut mengingatkan Abang Tesla untuk menjaga hati dan perasaan isteri pertama, Nurmajdina Jamari.
“Isteri pertama untuk dihargai dan isteri kedua untuk dicintai? Tak kecil ke hati isteri pertama? Tak berhak ke dia untuk dicintai? Hanya untuk dihargai saja? Susah senang sama-sama, habis yang isteri nombor dua dicintai?
“Habis nanti isteri nombor tiga? Isteri ketiga untuk di-apa? Untuk diapa-apakan? Yang keempat? Itulah sebab jangan keluarkan kenyataan kalau rasa diri tidak mempunyai kelayakan nak bercerita. Fikir dulu sebelum bercakap,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.
Ramai memberikan respon negatif terhadap tindakannya itu, dan tidak kurang ada juga yang kecewa kerana Abang Tesla menjadikan kisahnya mendirikan rumah tangga buat kali kedua sebagai kandungan media sosial. - Gempak
Gempak
Sat Sep 02 2023

Pada perkongsian yang sama, Syamsul turut mengingatkan Abang Tesla untuk menjaga hati dan perasaan isteri pertama, Nurmajdina Jamari. - Gambar Gempak

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

“Maaf untuk apa yang telah berlaku” - Abang Tesla titip ucapan buat isteri pertama sempena...
Abang Tesla berdoa agar jodohnya bersama Nurmajdina Jamari dipanjangkan hingga ke syurga.

Netizen mula berubah hati lihat kebahagiaan Abang Tesla bersama dua isteri
Memohon doa yang baik, Abang Tesla menerusi video yang dikongsikan di TikTok juga bersyukur kerana mempunyai isteri yang baik dan memahami.

Tunjuk wajah isteri muda, Abang Tesla bawa kedua-dua isteri tunai umrah bersama
Menerusi hantaran berkenaan, Abang Tesla memberitahu mereka bakal berangkat ke Turki dan kemudian mengerjakan umrah bersama.

'Jangan cakap besar, takut Allah uji' - Uqasha tegur Kamal Adli isu poligami
Kamal yang membuat siaran langsung di laman sosial baru-baru ini berkata isterinya itu sudah cukup membahagiakan dan dia tidak memerlukan wanita lain untuk dicintai.

"Lagi cakap, lagi bangang" - Syamsul Debat mohon Abang Tesla berhenti keluarkan kenyataan
Isu Abang Tesla sehingga kini masih menjadi perbualan hangat, terbaharu penceramah bebas iaitu Syamsul Debat terpanggil untuk mengulas mengenai perkara itu.

Isteri pernah keguguran, Abang Tesla nafi kahwin dua sebab zuriat
Khal juga memohon netizen tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga.

Ustaz Azhar Idrus selar ungkapan dicanang Abang Tesla
Kenyataan Abang Tesla 'isteri pertama untuk dihargai, isteri kedua untuk dicintai' tidak benar kerana tidak terkandung dalam al-Quran serta hadis.

Abang Tesla kahwin isteri kedua lepas 6 bulan kenal
"Saya dapat rasa getar bila bersama. Susah nak cakap... yang penting keluarga kami restu. Saya pun berkahwin dengan cara yang betul."

"Kalau sayang isteri bukan dengan mengahwini perempuan lain" - Anzalna
Pelakon, Anzalna Nasir menyuarakan pendapatnya berhujung isu poligami tular membabitkan abang Tesla.