KUALA LUMPUR: Lagu 'Hutang', 'Chikadun' dan '24434' yang dipopularkan kumpulan Floor 88 antara lagu rakyat yang bakal dipersembahkan di pentas berprestij Istana Budaya menerusi Konsert Lagu Rakyat selama dua malam bermula 25 Mac ini.
Siapa sangka, lagu-lagu popular oleh kumpulan penyanyi muda itu yang biasanya menceritakan perihal masyarakat dan senario semasa menerusi bait liriknya seperti kesan hutang, penyalahgunaan dadah dan tuntutan solat, juga dikategorikan sebagai lagu rakyat.
Wakil kumpulan itu, Eric Fuzi berkata tawaran menjayakan persembahan itu disifatkan seperti bulan jatuh ke riba memandangkan konsep lagu rakyat dekat di hati mereka sekali gus memartabatkan lagi genre lagu tersebut.
"Kami hanya memainkan lagu sendiri namun ramai yang melabelkan lagu kami dekat dengan lagu rakyat yang popular dan malar segar seperti Lenggang Kangkong.
"Lebih membanggakan, Istana Budaya juga mengakui perkara tersebut dan kami sifatkan ia sebagai penghormatan besar," katanya kepada Bernama.
Konsert yang bakal mempersembahkan lebih 50 lagu rakyat diiringi Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) itu turut dijayakan barisan penyanyi popular tanah air seperti Datuk Zainal Abidin, Bunga, Azizul Haqim, Hazra Dollah, Roslan Madun, Jatt Aziz dan kumpulan Mah Meri.
Sementara itu, konduktor OTM, Mohd Yazid Zakaria berkata, gubahan muzik dan iringan orkestra akan disuntik nafas baharu dalam memberi sentuhan lebih segar tanpa mengubah keaslian lagu.
"Kami juga berharap menerusi penganjuran seperti ini, lebih ramai penyanyi muda menghasilkan lagu rakyat pada masa akan datang," katanya.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Istana Budaya, Mohamad Azlan Abdul Majid berkata, konsert itu bertujuan mengangkat kegemilangan lagu tersebut dan terus menjadi halwa telinga terutama buat generasi akan datang.
"Lagu-lagu rakyat yang pernah menjadi siulan seperti Suriram dan Air Pasang Dalam yang sinonim dengan pelbagai generasi kini semakin pupus, malah ada yang tidak tahu atau mendengarnya," katanya.
Mohamad Azlan berkata, tujuan pihaknya mengetengahkan barisan penyanyi muda dalam konsert itu bagi menarik lebih ramai audiens selain memberi nafas baharu dalam muzik berkenaan.
"Secara tidak langsung, ia boleh menarik peminat mereka yang terdiri daripada generasi kini untuk kembali mendengar lagu rakyat ini," katanya sambil menambah tiket boleh ditempah di laman sesawang Istana Budaya dengan harga bermula RM88.
Dalam pada itu, Mohamad Azlan berkata, sebanyak lima program termasuk dua persembahan teater telah disusun bakal diterbitkan sepanjang tahun ini, selain menerima tujuh permohonan dari syarikat produksi yang dilihat sebagai perkembangan positif buat industri persembahan. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022
![Lagu rakyat ke pentas Istana Budaya Lagu rakyat ke pentas Istana Budaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41617193348_IstanaBudaya.jpg)
Lagu 'Hutang', 'Chikadun' dan '24434' yang dipopularkan kumpulan Floor 88 antara lagu rakyat yang bakal dipersembahkan di pentas berprestij Istana Budaya menerusi Konsert Lagu Rakyat selama dua malam bermula 25 Mac ini.
Agenda AWANI: Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Apa peluang dan potensi kerjasama saling untung yang boleh dibawa oleh Turkiye untuk manfaat ASEAN khususnya perdagangan, teknologi dan kestabilan rantau ini? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Gencatan Senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump
Pensyarah Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdel Rahman Ibrahim berkata kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Jelasnya, memandangkan dunia Arab yang masyhur berpecah, penyatuan dalam satu suara dalam mempertahankan hak Palestin kini boleh dianggap sebagai suatu kemenangan. #AgendaAWANI
![Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-12/41512866087_LIGAARAB.jpg)
Gencatan senjata Gaza: Penyatuan dunia Arab, hadiah besar daripada kedegilan Trump - Penganalisis
Kedegilan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam isu Palestin telah mencetuskan penyatuan dunia Arab termasuk dalam kalangan sekutu kuat Amerika Syarikat iaitu Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
![Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739357245_HennyMohamedNajib.jpg)
Wanita didenda RM5,000 miliki MyKad individu lain
Seorang wanita didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki kad pengenalan atau MyKad individu lain dalam satu operasi minggu lepas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739364907_ArifHavasOegroseno.jpg)
Pengaturcara Indonesia, Malaysia digesa bangunkan platform seumpama DeepSeek gaya Nusantara
"Jika China boleh melakukannya, kita juga seharusnya mampu kerana ia adalah sumber terbuka."
![Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030 Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722506966_TBEV.jpg)
Johor sasar 1,245 stesen pengecas EV menjelang 2030
Setiap kawasan komersial baharu perlu mempunyai peratusan tempat letak kereta yang dipasang dengan stesen pengecas EV.
![Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724400042_TBladangsawit.jpg)
Import minyak sawit India pada Januari terendah dalam tempoh 13 tahun
Menurut data Persatuan Pengekstrak Pelarut India pada Rabu, import minyak sawit India berjumlah 275,000 tan pada bulan lepas.
#AWANIRingkas 12 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 12 Februari 2025
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
1️⃣ Kes bunuh Altantuya Shaariibuu
2️⃣ Sektor penerbangan
3️⃣ Indeks Persepsi Rasuah
#awaniringkas
Agenda AWANI: Gencatan senjata: Mampu bertahan tanpa sabotaj
Apa jadi jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel gagal dipatuhi dan apa pula nasib rakyat Palestin ketika harapan dunia mahu bantu Gaza dibina semula? Diskusi 8.30 malam.
![Lagu rakyat ke pentas Istana Budaya Lagu rakyat ke pentas Istana Budaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41617193348_IstanaBudaya.jpg)
Lagu rakyat ke pentas Istana Budaya
Konsert Lagu Rakyat akan dipentaskan selama dua malam bermula 25 Mac ini di Istana Budaya, Kuala Lumpur.