Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menafikan dua individu yang diminta tampil bagi membantu siasatan polis dalam kes melibatkan dirinya adalah individu yang dia maksudkan.
Dalam satu sidang media di Setia Alam dekat sini hari ini, Farid berkata nama dan foto dua individu terbabit telah diserahkan kepada pihak polis ketika laporan dibuat, namun sebaliknya siasatan dilakukan ke atas dua individu berbeza.
“Dua individu yang ditahan untuk siasatan polis dalam kes saya bukan individu yang saya maksudkan dalam laporan polis.
“Mereka mempunyai nama yang sama. Walaupun telah diberi foto kepada polis untuk membantu siasatan, saya pelik bagaimana orang lain yang disiasat,” jelasnya yang turut tidak menafikan ia mungkin komplot yang telah dirancang.
Pada 4 Februari lalu, Farid membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dianiaya tiga rakan artis yang dikatakan mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga mendorongnya berkelakuan ganas.
Farid bagaimanapun enggan menyatakan motif di sebalik kejadian tersebut kerana kes masih lagi di bawah siasatan pihak berkuasa.
Selepas laporan polis dibuat ketika itu, beliau berharap ada kawad cam dilakukan ke atas suspek, namun reman dan siasatan telah dibuat ke atas individu yang tidak dimaksudkannya beberapa hari kemudian.
Sebelum ini, pelakon Sofi Jikan ditahan bagi membantu siasatan selepas dia didapati positif dadah jenis ganja sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi netizen.
BACA: Pelakon filem KL Gangster bebas dengan jaminan polis
Sofi bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis tiga hari selepas penahanannya.
Pada 11 Februari, penyanyi nasyid kumpulan Firdaus, yang juga pengarah dan penerbit pengiklanan, Ahmad Fairuz Ahmad Rosli atau Osh telah tampil memberi keterangan di balai polis namun tiada penahanan dibuat.
BACA: Didakwa aniaya Farid Kamil, Taj beri kerjasama kepada polis
Pada 20 Februari, penyanyi kumpulan Innuendo, Ahmad Tajuddin atau Taj telah tampil ke balai polis bersama peguamnya namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
BACA: Firdaus sudah tampil, Taj bila lagi?
Justeru Farid meminta pihak berkuasa untuk melihat semula kes berkenaan.
Bercerita mengenai apa yang berlaku berhubung kes menampar polis dan menendang orang awam di Balai Polis Kota Damansara tempoh hari, Farid turut mendedahkan bahawa dirinya telah dianiaya oleh kelompok ‘kongsi gelap’ atau gangsterisme yang berada dalam industri seni.
BACA: Berkelakuan ganas, Farid Kamil dakwa 3 rakan artis masukkan dadah dalam minuman?
Farid didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya namun mengaku tidak bersalah atas empat tuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam.
Kemudian, pada 17 Februari, dia dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 dan kes dibicarakan pada 5 Mac nanti.
Farid sekali lagi dihadapkan ke mahkamah pada 25 Februari lalu atas pertuduhan menggunakan dadah berbahaya jenis tetra hydrocannabinol atau THC.
Azyyati Ahmad
Wed Feb 28 2018
Farid berkata nama dan foto dua individu terbabit telah diserahkan kepada pihak polis ketika laporan dibuat, namun sebaliknya siasatan dilakukan ke atas dua individu lain. -Foto Astro AWANI/Azyyati Ahmad
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga Khamis
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di beberapa kawasan di Sarawak hingga Khamis ini.
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
'Lain yang dilapor, lain yang ditahan' - Farid Kamil dedah dua individu sebenar
Datuk Farid Kamil dedah bahawa dua individu yang ditahan polis bagi membantu siasatan dalam kesnya bukanlah Taj dan Osh yang dimaksudkan.
Sudah lama berdiam, Farid kini sedia jawab apa saja
Pelbagai kontroversi yang selama ini dilontarkan ke wajah aktor terkenal Datuk Farid Kamil bakal terbongkar pada sidang media esok.
Firdaus sudah tampil, Taj bila lagi?
Sumber rapat memaklumkan Taj masih berada dalam negara dan sedang sibuk menjalani penggambaran sejak awal tahun.