Kerajaan menegaskan pendirian untuk mendukung prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.
Saifuddin dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pengguna media sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok dan YouTube untuk menghasilkan serta memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
“Pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa Finas.
“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta FINAS) [Akta 244] untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, katanya, kabinet juga memutuskan supaya Akta 244 dipinda dengan mengambil kira situasi semasa.
BACA: Gambaran tidak tepat, sebenarnya Akta 244 perlu penambahbaikan - Saifuddin
“Seperti yang saya umumkan pada 20 Jun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bahawa pengawasan Kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa.
“Kerajaan akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat,” tambahnya.
Pada Khamis, media melaporkan Saifuddin sebagai berkata, semua penerbit filem termasuk agensi media arus perdana dan media persendirian diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem mereka di platform media sosial ataupun saluran tradisi.
Katanya lagi, pemegang lesen perlu memaklumkan kepada Finas sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum penggambaran sesuatu filem dimulakan.
Susulan itu, jawapan Ahli Parlimen Indera Mahkota di Dewan Rakyat itu menjadi perbualan hangat di media sosial dan menerima tentangan hebat.
BACA: Permohonan SPP tidak sesuai diwajibkan kepada platform media sosial - Pengarah filem
Isu berkenaan lesen tersebut timbul apabila kerajaan menyiasat Al Jazeera sama ada media antarabangsa berkenaan mempunyai lesen untuk membuat penggambaran dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'.
BACA: KKMM jalankan siasatan terhadap Al Jazeera
BACA: Al Jazeera tiada lesen hasilkan dokumentari kontroversi - FINAS
Isabelle Leong
Fri Jul 24 2020
SAIFUDDIN: Kerajaan Perikatan Nasional tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta Finas) [Akta 244] untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial. - Gambar fail
Clinker Line 2 Cahya Mata dijangka siap Mac 2027, bantu tingkat pengeluaran simen Sarawak
Setelah siap, Cahya Mata Cement akan mencapai kapasiti pengeluaran simen tahunan sebanyak 2.4 juta metrik tan.
YouTube uji ciri audio berkualiti lebih tinggi
Jump Ahead membolehkan penonton melangkau terus ke bahagian video yang dirasakan menarik.
AWANI Ringkas: Pertumbuhan ekonomi, potensi rantau ASEAN
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tipu pindah milik tanah: Kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Kes tipu pindah milik tanah, kerajaan Selangor tanggung kerugian tinggi - Amirudin
Ibu bapa Zayn Rayyan mohon dibebaskan serta-merta
Pasangan berusia 30 tahun itu memohon agar dibebaskan serta-merta daripada satu pertuduhan mengabai kanak kanak-kanak autisme itu.
176 warga asing ditahan di Bukit Bintang
Pengarahnya Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata operasi yang bermula 7.15 malam itu dilaksanakan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berdasarkan aduan orang awam serta risikan.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian
Polis membuka kertas siasatan berkaitan seorang wanita warga tempatan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Harith Iskander bagi mendapatkan perincian berhubung isu kontroversi dikaitkan dengan pelawak dan pelakon itu.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kementerian Perpaduan mohon peruntukan tingkat relevansi perpustakaan dalam RMK13
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata peruntukan itu perlu bagi memberi keupayaan kepada PNM menyesuaikan perkhidmatan mereka dengan kehendak generasi baharu dalam dunia yang pantas berubah.
Sambutan Tahun Baharu Cina Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari 2025 di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple, Jenjarom.
Lesen FINAS: Tidak perlu mohon untuk video TikTok, YouTube - Saifuddin
Saifuddin berkata pengguna media sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok dan YouTube untuk memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen daripada FINAS.