Bagaimanapun setakat jam 9.30 pagi, kelibat Beego atau nama sebenarnya Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 44, tidak kelihatan di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai suaminya itu, Linda atau nama sebenarnya, Norhazlinda Hashim, 41, berkata, dia kurang pasti mengenai kehadiran Beego tetapi percaya lelaki itu tahu mengenai kes sebutan pertama hari ini.
“Saya tidak pasti mengenai dia (Beego), tapi sudah tentu dia tahu mengenai sebutan pagi ini kerana notis sudah dihantar,” ujarnya ringkas.
Sementara itu, peguam Linda, Nurul Fadzilah Kamaluddin berkata, Linda telah memfailkan cerai terhadap Beego itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada awal Januari lalu.
Kes difailkan di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1986 atas alasan sudah tiada persefahaman.
“Nanti selepas selesai prosiding, kita akan beritahu perkembangan lanjut,” jelasnya ringkas.
Terdahulu pada Mei 2023, Linda dan Beego hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi membatalkan tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak susulan mencapai kata sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023 selepas bercerai pada 27 Mac 2023.
Linda dan Beego atau Mohamad Aszerul Nizam Abdullah, 45, mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu tiga orang cahaya mata Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia, 6. - Sinar Harian
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)