NAMA artis K-pop keturunan Thailand, Lisa Blackpink kini terus mekar dalam industri hiburan antarabangsa.
Terbaru, beliau mencipta rekod sekali lagi dalam UK ‘Official Chart’ selepas lagu terbaharunya, “MONEY” berada dalam carta tersebut selamat empat minggu berturut-turut.
Rekod menakjubkan itu hadir hanya dua hari selepas lagu tersebut menduduki tempat ke-46 dalam 'Official Singles Chart, Top 100'.
Pencapaian itu agak mengagumkan kerana lagu tersebut pada minggu sebelumnya menduduki tangga ke-54, menduduki lapan tangga lebih baik pada minggu berikutnya.
BACA: Debut solo Lisa Blackpink 'Lalisa' pecah dua rekod Guinness
Menariknya, Lisa merupakan satu-satunya artis solo wanita K-pop yang berjaya berada di UK ‘Official Chart’ selama empat minggu berturut-turut.
Kejayaan itu juga merupakan yang pertama sejak lapan tahun lepas di mana pada waktu itu, lagu “Gentleman” daripada Psy yang berada dalam carta tersebut selama empat minggu berturut-turut.
Lisa, 24, adalah anggota ketiga daripada kuartet Blackpink yang tampil menjayakan projek solo.
BACA: Wow ...! Lisa Blackpink raih anugerah
Beliau dipuji oleh Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha kerana mempromosikan budaya Thailand dalam video muzik "Lalisa" bulan lalu.
Kumpulan Blackpink pernah memegang rekod dunia Guinness termasuk untuk "video YouTube paling banyak ditonton dalam 24 jam" dan "video muzik paling banyak ditonton dalam 24 jam".
Walau bagaimanapun, rekod mereka dipecahkan oleh single terkenal kumpulan K-pop BTS, "Dynamite" tahun lalu.
Agensi
Sun Oct 31 2021

Lisa merupakan satu-satunya artis solo wanita K-pop yang berjaya berada di UK Official Chart selama empat minggu berturut-turut. - Foto Instagram/lalalalisa_m
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tarian berjaya pikat hati BLACKPINK, Ismail Izzani gementar ambil hadiah dari Lisa
Jumpa Lisa depan-depan, untungnya Mail.

#KillThisLove bakal menjadi fenomena baharu selepas ddu-du ddu-du?
Tajuk lagu utama "Kill This Love," dalam album baharu bakal menjadi kegilaan seperti "ddu-du ddu-du" dari kumpulan BLACKPINK.