SELEPAS lama berteka-teki, penyanyi Yuna akhirnya memuat naik satu status yang dilihat memberi gambaran tentang hubungannya dengan seorang penerbit.
Luahan perasaan di akaun Instagram pada Selasa membayangkan kebahagiaan yang sedang dilalui Yuna, seolah-olah mengiyakan gosip cinta yang digembar-gemburkan terjalin antara dirinya dan lelaki bernama Adam Sinclair itu.
Dalam status tersebut, Yuna meluahkan rasa terharu dan penghargaannya buat Adam yang disifatkan sebagai lelaki yang sangat baik serta memahami diri dan kerjayanya.
Kata Yuna, dia cukup bertuah mengenali Adam yang sanggup menerima dirinya biarpun perlu 'berkongsi' dengan para peminatnya.
Tingkah laku Adam yang tidak kekok untuk turun bergaul dan bermesra dengan para peminatnya dalam Festival Lovelifest 2017 baru-baru ini, antara yang dipuji Yuna.
Adam, ujar Yuna, membuatkan dirinya sentiasa kuat untuk menghadapi segala cabaran dalam hidup namun dalam masa yang sama, tidak lupa untuk berseronok dan menikmati kehidupan sebagai manusia biasa.
"Saya terkilan kita tak dapat mengabadikan momen bersama ketika festival itu kerana perlu melayani peminat, tapi InshaAllah akan tiba satu saat di mana masa itu hanya untuk kita berdua sahaja," tulis Yuna.
Yuna, 30, sebelum ini digosipkan telah bertunang dengan Adam, namun berita itu telah dinafikan pengurus Yuna.
Madiha Abdullah
Wed Mar 15 2017

Yuna, 30, sebelum ini digosipkan telah bertunang dengan Adam, namun berita itu telah dinafikan pengurus Yuna.Foto/Instagram yunamusic

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.

"Belum rezeki saya dan suami dikurniakan anak" - Yuna
Yuna dan suami, Adam Sinclair tidak tersinggung dengan soalan bila mahu menambah ahli keluarga selepas lima tahun berkahwin.

'Ashraf Sinclair sihat, tidak hidap penyakit' - Pengurus Bunga Citra Lestari
Memetik Doddy, pengurus Bunga Citra Lestari, Allahyarham tidak mengalami sebarang penyakit sebelum meninggal dunia akibat serangan jantung.

Yuna gayakan songket di Coachella, stail weh!
Penyanyi yang baru sahaja mengeluarkan single terbarunya, Forevermore, Yuna dilihat menghadiri festival muzik di California, Coachella dengan memakai songket.

Dikritik guna 'wedding registry', ini jawapan Yuna
Bagaimanapun caranya itu, dikritik apabila dikatakan ia tidak sesuai dengan masyarakat timur.

Yuna kongsi percutian bulan madu di Tulum, Mexico
Menurut Yuna, Tulum menjadi pilihan selepas ia dicadangkan oleh penerbitnya sebaik Yuna dilamar Adam.

Yuna bergaul mesra dengan bintang Hollywood di acara tontonan Oscar
Penyanyi antarabangsa kelahiran Alor Setar mendapat jemputan khas daripada penganjur rasmi Mercedez-Benz untuk hadir dalam majlis viewing party sempena Oscar Academy Awards ke-90

"Ada juga lelaki yang baik macam ni"- Adam Sinclair cinta pandang pertama Yuna
Penyanyi Yuna akui sudah mula menyukai Adam Sinclair ketika kali pertama berjumpa dan bekerjasama dalam sebuah projek iklan televisyen pada 2013.

Ayah Yuna buat kejutan di majlis resepsi!
Bertemakan 'garden wedding', majlis tersebut dihadiri kira-kira 1,500 tetamu yang terdiri daripada kaum keluarga dan rakan-rakan.

Sidang media khas Yuna dan Adam Sinclair hari ini
Satu sidang media khas berkenaan pernikahan dua mempelai ini akan diadakan hari ini, jam 4 petang di PICC.

Yuna dan Adam nikah 28 Januari ini
Penyanyi terkenal Yuna kini sedang rancak membuat persiapan untuk majlis perkahwinan bersama tunangan, Adam Sinclair tidak lama lagi.