PENYANYI dan pelakon Lufya Omar menafikan desas-desus netizen mengenai suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz yang didakwa meminati kaum sejenis.
Menurut Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, sebagai isteri, dia lebih mengenali suaminya dan menganggap dakwaan sedemikian sebagai fitnah semata-mata.
“Itu semua fitnah. Saya sebagai isteri lebih mengenalinya serta tahu baik buruknya dari keluarganya sendiri.
“Dia bukan seorang gay, malah dia sangat bencikan kaum gay. Allah lebih mengetahui dan jauhkanlah fitnah tanpa bukti hanya kerana melihat kepada penampilannya.
“Jika orang cakap pasal fotonya di aplikasi gay itu, bagi saya, ramai saja gambar orang lain yang digunakan bagi tujuan fitnah atau suka-suka,” jelasnya kepada Gempak.
Lufya berkata demikian ketika dihubungi Gempak selepas diminta mengulas lanjut mengenai pergolakan rumah tangga yang sedang dialaminya.
Masalah rumah tangga yang dihadapi kedua-dua mereka mula diketahui umum selepas Hafiz memberi kenyataan kepada media.
Malah beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan ini menjadi bualan apabila Lufya pada mulanya memuat naik status mendakwa suaminya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami selepas tiga bulan berkahwin.
Mengulas mengenai hubungannya terkininya dengan Hafiz, Lufya mendedahkan mereka sudah tiga bulan tidak sebumbung.
“Kami sudah tiga bulan tidak sebumbung. Malah ketika saya cuba menghubunginya beberapa hari lalu dia senyap dan tidak membalas apa-apa.
“Saya tak terima apa-apa lafaz cerai melalui WhatsApp seperti yang didakwa, jauh sekali surat dari mahkamah.
“Jika benar dia hendak bercerai saya minta dia memfailkan di mahkamah. Negara kita ada undang-undang. Saya harap dia bertindak secara bijak,” katanya lagi.
Pasangan tersebut diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
BACA: Dakwa tidak terima mesej cerai, Lufya minta suami jadi lelaki bertanggungjawab
Gempak
Wed Sep 18 2019

Lufya Omar menafikan desas-desus netizen mengenai suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz yang didakwa meminati kaum sejenis.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

'Mutaah RM1 juta adalah munasabah' - Lutfya
Lutfya menyifatkan tuntutan mutaah RM1 juta terhadap bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum merupakan nilai yang munasabah, kerana mengambil kira kos sara hidup yang tinggi ketika ini.

Lufya jawab dakwaan perceraiannya disebabkan suami gay
Lufya tangkis dakwaan jahat suaminya gay