TELUK INTAN: Artis veteran tanah air, Datuk M Daud Kilau dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas mengalami sesak nafas tengah malam Rabu.
Penyanyi berusia 84 tahun itu dihantar ke Hospital Teluk Intan sekitar jam 12 malam untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan separuh sedar.
Anaknya, Ahmad Zaini, 51, berkata, bapanya masih dalam pemantauan rapi doktor dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Doktor maklumkan kepada keluarga bahawa Dato (M Daud Kilau) kritikal, ada masalah paru-paru berair.
"Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat CPR (bantuan pernafasan kecemasan) dan masukkan tiub bagi membantu pernafasannya," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.
Penyanyi yang mendapat julukan Raja Gelek Malaysia itu pernah menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
Pada Jun lalu, ketika ditemui media, pelantun lagu popular Cek Mek Molek itu menyatakan hasrat masih mahu terus menghiburkan peminat, namun terpaksa dilupakan berikutan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.
Kali terakhir beliau beraksi di pentas adalah pada enam tahun lalu dan selepas itu tidak lagi aktif biarpun masih menerima jemputan untuk membuat persembahan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 08 2022
M Daud Kilau dilapor dalam keadaan kritikal selepas mengalami sesak nafas tengah malam Rabu. -Gambar fail
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Annuar boleh hidup dengan angan-angan - Fahmi
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Fahmi ingatkan rakyat di kawasan berisiko supaya waspada
Rakyat di kawasan berisiko di selatan Semenanjung, Sabah dan Sarawak diingatkan untuk berwaspada dan bersedia bagi menghadapi kemungkinan banjir akibat luruan monsun.
Malaysia terus perkukuh kedudukan sebagai destinasi utama - Fahmi
Malaysia terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi utama pelaburan asing apabila Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menyatakan komitmen untuk meningkatkan pelaburan di Malaysia.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Proses penyelesaian projek Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) masih di peringkat ujian pelbagai fasa.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, kontraktor yang terlibat sedang melaksanakan ujian dinamik dan beberapa ujian lain.
Bahan mentah ada sijil halal JAKIM - Syarikat pembekal
Syarikat pembekal sandwich kontroversi, Shake And Bake Cafe Sdn Bhd mendedahkan bahan mentah digunakan dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Perak sambut baik cadangan wujud galeri kenangan M. Daud Kilau di Bagan Datuk
Perak menyambut baik cadangan untuk membina galeri kenangan, khusus buat penyanyi legenda Allahyarham Datuk M. Daud Kilau di daerah Bagan Datuk.
Jenazah M. Daud Kilau selamat dikebumikan
Upacara pengebumian dihadiri hampir 200 ahli keluarga, saudara-mara, sahabat handai dan juga rakan-rakan artis.
M. Daud Kilau unik, jahit sendiri labuci baju belakang pentas - DJ Dave
Menurut DJ Dave, Allahyarham M. Daud Kilau sentiasa teliti ketika membuat persembahan terutama berkaitan bajunya.
Mengenang M. Daud Kilau: “Saya akan rindu nyanyian atuk dan panggilan Cek Mek Molek” - Cucu
Norhasliyana mengimbas kenangan setiap kali berbual di telefon, Allahyarham datuknya pasti akan menyanyikan lagu Cek Mek Molek.
Mengenang M. Daud Kilau: Suasana hiba, sayu selubungi Masjid Tuminah Hamidi
Ahli keluarga M. Daud setia mendampingi jenazah Allahyarham sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran.
Ayah sepatutnya jalani pembedahan kaki hari ini - Anak
Penyanyi legenda Datuk M Daud Kilau yang meninggal dunia di Hospital Teluk Intan (HTI) petang tadi, sepatutnya perlu menjalani pembedahan kaki akibat jangkitan kuman namun terpaksa ditangguhkan.
Tular M Daud Kilau meninggal dunia tidak benar - Isteri
Mesej tular dalam media sosial mengenai Datuk M Daud Kilau yang kini dirawat di hospital akibat masalah paru-paru berair dikatakan telah meninggal dunia tidak benar.
'Ayah sudah sedar, mula makan seperti biasa' - Anak M Daud Kilau
Datuk M Daud Kilau yang dilaporkan kritikal selepas mengadu sesak nafas pada Rabu, mula sedar dan mahu makan seperti biasa.
"Ayah tak pernah ada masalah paru-paru berair" - Keadaan M Daud Kilau masih kritikal
Menurut anak kepada M Daud Kilau, bapa yang alami sesak nafas sejak petang semalam disahkan mempunyai masalah paru-paru berair.
M Daud Kilau kritikal, alami sesak nafas
Penyanyi berusia 84 tahun itu dihantar ke Hospital Teluk Intan sekitar jam 12 malam untuk menerima rawatan dan kini berada dalam keadaan separuh sedar.