AKTOR ternama Hollywood, Will Smith meminta maaf secara terbuka kepada Chris Rock susulan tindakannya menampar wajah rakannya di pentas Anugerah Academy atau Oscar pada Mac lalu.
Dalam nada kesal, Smith, 54, secara peribadi mengakui, tindakannya ketika itu sesuatu yang tidak dapat diterima.
Permohonan maaf secara terbuka yang dibuat Smith menerusi video yang dikongsi di akaun media sosialnya itu dilakukan berikutan Rock, 57, terus membisu dan langsung tidak menyentuh insiden dia ditampar ketika mengendalikan Oscar 2022.
“Saya telah menghubungi Chris secara peribadi (untuk memohon maaf) dan menerima mesej dia tidak bersedia untuk bercakap dan bila tiba masanya, dia akan menghubungi saya nanti.
“Justeru, saya mahu beritahu di sini, Chris Rock, saya minta maaf kepada awak. Sikap saya tidak boleh diterima dan saya berada di sini apabila anda bersedia untuk bercakap tentangnya,” kata Smith dalam video tersebut.
Dalam masa sama, Smith menyatakan kekesalannya kerana tidak meminta maaf kepada Rock pada hari kejadian di pentas yang sama sejurus selepas menerima trofi Aktor Terbaik Oscar 2022.
"Sebetulnya, saya sangat tergamam pada saat itu," jelas pelakon utama filem King Richard itu lagi.
Selain meminta maaf kepada Rock, tujuan yang sama dilakukan Smith buat ibu Rock.
"Saya ada menonton wawancara dengan ibunya. Itu merupakan salah satu momen yang membuat saya berfikir bahawa banyak orang terluka pada saat itu.
“Jadi, saya ingin meminta maaf kepada ibu Chris. Saya ingin meminta maaf kepada keluarga Chris, khususnya Tony Rock (adik Chris). Kami punya hubungan yang baik," akui Smith lagi.
Dalam video itu juga, Smith berkata, perkara yang paling gentar dan tidak disenanginya ialah mengecewakan orang ramai.
“Saya tidak suka apabila orang hampa dengan apa yang saya lakukan, ia adalah sesuatu yang menyakitkan,” kata Smith.
Smith menggemparkan seluruh dunia apabila bertindak menampar wajah Rock kerana pelawak itu berjenaka mengenai imej isterinya, Jada Smith dengan gaya rambut botak disebabkan penyakit alopecia yang dihidapinya.
Tindakan Smith itu diselar banyak pihak berikutan acara itu ditayangkan secara langsung dan ditonton oleh peminat filem antarabangsa di seluruh dunia.
Berikutan tindakannya itu, Smith dilarang menghadiri acara Oscar selama 10 tahun.
Langkah itu diputuskan Lembaga Gabenor Akademi Seni dan Sains Filem.
Larangan itu bermakna Smith tidak akan menyampaikan salah satu anugerah utama di majlis anugerah Oscar tahun depan, seperti tradisi untuk pemenang pelakon terbaik.
Agensi
Sat Jul 30 2022

Will Smith meminta maaf secara terbuka kepada Chris Rock susulan tindakannya menampar wajah rakannya di pentas Anugerah Academy atau Oscar pada Mac lalu.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ditampar Will Smith di Oscar, Chris Rock mengaku insiden itu menyakitkan
"Anda tahu ada yang menyatakan kata-kata lebih menyakitkan. Sesiapa yang berkata demikian tidak pernah ditumbuk pada wajahnya."

Willow Smith tidak terkesan dengan insiden bapanya tampar Chris Rock
Willow berkata dia berasa sedemikian kerana dia melihat keluarganya sebagai manusia biasa.

"Maafkan saya Chris, tindakan saya tidak boleh diterima" - Will Smith minta maaf secara terbuka kepada Chris Rock
Will Smith mengakui tindakannya menampar Chris Rock di pentas Oscar 2022 telah melukakan hati banyak pihak.

Video YouTuber Malaysia Sofian dapat perhatian bintang Hollywood Ryan Reynolds
Sofyank berkolaborasi Ryan Reynolds untuk sebuah video sebagai promosi untuk filem terbaharu Reynolds, The Adam Project.

Will Smith dilarang hadiri Oscar selama 10 tahun susulan insiden tampar Chris Rock
Langkah itu diputuskan lembaga gabenor Akademi Seni dan Sains Filem dalam satu mesyuarat yang diadakan pada Jumaat.

Will Smith lepaskan keahlian Oscar
Will Smith akhirnya mengambil keputusan untuk melepaskan keahlian Akademi Seni dan Sains Filem atau Oscar.

Selepas Chris Rock ditampar, polis sedia menahan Will Smith di Oscar
Namun pihak berkuasa tidak mengambil tindakan selepas Rock memutuskan untuk tidak mendakwa Smith.

'Saya masih cuba fahami apa yang berlaku' - Chris Rock buat kemunculan pertama
Dalam monolog pembukaan Chris dilihat berlinang air mata sebelum di sambut dua kali tepukan gemuruh selama beberapa minit.

'Tindakan Will Smith menjijikkan' - Hos Oscar Wanda Sykes dedah perbualan dengan Chris Rock
Sykes berpandangan Will Smith pihak yang seharusnya memohon maaf kepada semua hos kerana mencemarkan majlis.

Will Smith telah diminta namun enggan tinggalkan Oscar selepas insiden tampar - Akademi
Lembaga pengelola yang bermesyuarat pada Rabu telah memulakan prosiding tatatertib terhadap Smith kerana melanggar tatasusila kumpulan itu.