PELAKON, Che Puan Juliana Evans mengakui masih trauma dengan proses bersalin ketika melahirkan anak pertamanya secara normal kerana epidural yang diambil tidak memberikan kesan ketika itu.
Menurut Juliana, oleh kerana trauma yang dialami itu membuatkan dirinya lebih bimbang dan akan lebih bersedia dari aspek mental untuk kelahirkan anak keduanya yang dijangka Julai ini.
"Terus-terang, kali ini saya seperti terlebih risau dan banyak berfikir. Saya masih lagi trauma dengan proses kelahiran anak pertama.
"Bayangkan, masa itu suntikan epidural yang diberikan kepada saya tak menjadi.
"Mungkin pada waktu itu, saya hanya menjangkakan perkara yang indah-indah sahaja. Saya langsung tak fikirkan rasa sakit yang bakal saya lalui kerana saya betul-betul mengharapkan suntikan epidural itu berkesan.
"Rupanya, hal sebaliknya berlaku. Saya rasa sakit sehingga badan saya terkejut. Saya tak sangka yang saya akan merasai rasa sakit seperti itu di dunia ini. Rasanya seperti setengah mati. Saya ada ambil 'laughing gas' tapi tak berkesan juga," katanya kepada Astro Gempak.
Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Jue itu berkongsi dengan Gempak ketika ditemui di Acara Baby Shower yang diadakan di Double Tree By Hilton, Shah Alam pada Rabu.
Kata Jue untuk kelahiran anak keduanya nanti, dia sudah mula membuat persediaan dari segi mental dan fizikal supaya tidak terkejut dengan kesakitan yang bakal dialami.
"Bagaimana pun saya bersyukur kerana selepas bebeberapa bulan bersalin badan saya pulih dengan baik. Jadi saya boleh simpulkan semua wanita yang bersalin ini seperti kena langgar bas sekejap selepas itu macam tiada apa-apa yang berlaku. Sebab itu saya lebih menghargai ibu saya.
"Jadi kali ini, saya sudah mempersiapkan mental saya dan saya juga sudah bersedia dengan apa sahaja yang bakal berlaku. Hal ini tak berlaku ketika kehamilan anak pertama.
"Saya juga banyak baca mengenai pengalaman ibu-ibu yang lain. Rupanya banyak juga yang melalui pengalaman seperti saya. Saya berharap sangat yang saya tahu perkara ini lebih awal," ujarnya.
Terdahulu, Juliana telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Yang Amat Mulia Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.
Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan bernama tengku Kamaliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun. -- Gempak
Gempak
Thu May 11 2023
Juliana telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati Yang Amat Mulia Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.- Gempak
Polis siasat dokumen palsu guna Jata Negara, logo Badan Peguam dan nama KPN
Semua perkara yang dinyatakan dalam dokumen terbabit adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan mana-mana jabatan kerajaan.
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
"Macam kena langgar bas..."- Juliana Evans trauma pengalaman suntikan epidural tak menjadi
Pelakon, Che Puan Juliana Evans mengakui masih trauma dengan proses bersalin ketika melahirkan anak pertamanya secara normal kerana epidural yang diambil tidak memberikan kesan ketika itu.
Juliana Evans selamat lahirkan cahaya mata pertama
Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan cahaya pertamanya, seperti yang dikongsikan pelakon dan pengacara itu.
"Saya merahsiakan kehamilan kerana..." - Juliana Evans
Semoga semuanya dipermudahkan...
Perkahwinan tepi pantai ringkas, magikal Juliana Evans dan suami
Sabtu lalu telah berlangsung majlis resepsi pelakon cantik Juliana Evans dan suaminya, Y.A.M Tengku Sharifuddin Shah Tengku Sulaiman Shah di The Andaman Resort, Pulau Langkawi, Kedah.
Juliana Evans selamat bernikah dengan Tengku Shariffuddin
Aktres berdarah kacukan, Juliana Evans dikatakan sudah selamat bernikah dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.
Lima selebriti Malaysia yang dikaitkan dengan kerabat diraja
Kisah cinta antara selebriti dan kerabat diraja sememangnya wujud semenjak dahulu lagi.