SELEPAS sembilan tahun, aktor Matt Damon menggagahi usianya untuk kembali menghidupkan watak filem blockbuster sarat aksi, Jason Bourne, iaitu watak ikonik ejen CIA yang berdepan cabaran misi lantaran hilang sebahagian ingatannya.
Filem keempat lakonannya dalam siri Bourne itu bakal membuka tirai pada 27 Julai nanti. Ia menemui penonton selepas hampir sedekad The Bourne Ultimatum ditayangkan dan setelah 14 tahun filem pertama, The Bourne Identity, diperkenalkan.
“Aksi dalam filem ini sangat mengagumkan. Terdapat adegan bertarung yang kami benar-benar lakukan dengan teliti. Adegan kejar-mengejar dalam filem ini juga hebat,” ujarnya seperti yang dilapor Reuters.
Untuk adegan aksi pantas berlatarbelakangkan Las Vegas,katanya, beberapa jalan utama di kota itu terpaksa ditutup selama beberapa malam untuk tujuan penggambaran.
Damon yang ditemui wartawan pada Jumaat ketika mempromosi filem itu di Seoul, turut memberitahu dia amat teruja kembali melakonkan peranan itu kerana ia meninggalkan impak besar dalam kehidupan dan kerjayanya.
“Pastinya lebih sukar untuk memainkan watak Jason Bourne apabila sudah berumur 45 tahun, berbanding ketika berusia 29 tahun,” selorohnya.
Namun segala penat lelah itu berbaloi, menurutnya, kerana berpeluang menjalin kerjasama dengan kumpulan karyawan dan teman-teman yang sudah dikenali sebelum ini.
Damon sekali lagi bergabung idea di bawah sentuhan sutradara Paul Greengrass yang sebelum ini mengarahkan The Bourne Supremacy dan The Bourne Ultimatum.
"Hanya kerana pengarahnya Paul, saya bersetuju untuk terbabit dalam pembikinan filem ini," ujarnya.
Filem terbaharu itu turut dijayakan bintang-bintang besar dalam perfileman Hollywood seperti Alicia Vikander, Tommy Lee Jones dan Julia Stiles.
Agensi
Sat Jul 09 2016

Damon sekali lagi berganding dengan kumpulan karyawan yang pernah dikenali sebelum ini. - Foto AFP

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ayah Remy Ishak meninggal dunia
Al-fatihah ..
.jpg)
'Biarlah saya jalankan tugas dahulu sebagai seorang anak ...' - Hael Hussaini
Penyanyi dan komposer Hael Husaini mengakui akan memastikan segala kelengkapan perayaan keluarganya terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai dirinya.

Pendedahan Awal Ashaari
Hos dan pelakon popular, Awal Ashaari sentiasa merasakan dirinya tidak sehebat pelakon berbakat lain setiap kali dia muncul dalam sesebuah drama atau filem.

Lantikan Pengerusi Finas: 'Kalau tiada perubahan, saya tak tahu nak cakap apa!' - Sharifah Amani
"Kalau nothing changes saya tak tau nak cakap apa lah. Selamat bertugas semua! Hans Isaac dilantik pengerusi Finas," tulis Sharifah Amani.

Konsert 35 tahun Zainal Abidin, penyatuan semula Headwind
Zainal bakal mengadakan sebuah konsert yang diberi nama 'The Musical Journey of Zainal Abidin - 35th Anniversary Concert' pada 25 Februari 2017.

Tombiruo: Farid Kamil berdepan cabaran untuk hidupkan watak Amiruddin
Farid Kamil menyahut cabaran untuk berhadapan dengan jangkaan pembaca novel dalam menghidupkan watak Amiruddin menerusi filem terbaharu terbitan Astro Shaw.

Filem Ben-Hur versi baharu gagal catat kutipan memberangsangkan
Penerbit Paramount dan Metro-Goldwyn-Mayer Pictures 'pening kepala' apabila kutipan filem versi baharu yang diangkat daripada judul legenda tidak berapa menjadi.

Matt Damon janji aksi lebih hebat dalam filem Jason Bourne terbaharu
Setelah hampir sedekad penonton ditinggalkan dengan filem The Bourne Ultimatum, Matt Damon sekali lagi muncul melalui filem terbaharu dalam siri tersebut.

Acappan nafi peluk Islam seperti yang viral di laman sosial
Pelawak Acappan menafikan dakwaan memeluk agama Islam seperti yang diviralkan di laman sosial.

Awal Ashaari nafi guna Lara Alana raih pendapatan
Awal Ashaari menafikan dakwaan yang mengatakan dia menggunakan anaknya, Lara Alana, untuk meraih pendapatan.