Asmawi Ani atau lebih popular dikenali sebagai Mawi, yang mencipta fenomena seni tanah air, bersyukur dengan ilmu tidak formal yang dipelajarinya sejak kecil di Felda Taib Andak, Kulai, Johor sehingga membolehkannya mengecapi kejayaan hari ini.
Anak muda yang menjuarai program realiti televisyen Akademi Fantasi 3 berdasarkan undian orang ramai pada 2005, berkata bimbingan dan tunjuk ajar arwah bapanya, Ani Ahmad, serta pengalaman yang diperoleh semasa menyertai Majlis Belia Felda Malaysia banyak mengajarnya untuk berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.
"Arwah bapa saya, Ani Ahmad, selalu berpesan kepada saya, bila kita bersyukur, kita akan rasa cukup," kata Mawi, 35 yang cukup sinonim dengan slogan "World" sewaktu menyertai pertandingan berkenaan.
Kejayaan manis Mawi menjuarai pertandingan itu mencetuskan gelombang 'tsumawi' dalam kalangan pengikut rancangan tersebut sehinggakan namanya meniti di bibir kanak-kanak dan warga tua selain imej 'ustaz' yang dibawanya membolehkan "Raja SMS" berkenaan menonjol berbanding peserta lain.
Kemunculan Mawi dalam dunia hiburan tanah air membawa satu cerita kejayaan bagaimana seorang anak Felda berjaya mencipta nama dengan sikap merendah diri dan juga bakat yang dimilikinya.
Dalam satu temu bual dengan Bernama sempena program Ekspresi Felda Negaraku Malaysia yang akan berlangsung dari 21 hingga 23 Julai ini, Mawi berkata beliau sentiasa teringat pesan bapanya yang sering menyuruh beliau mengutip buah kelapa sawit yang terlerai daripada tandan untuk dijual, kerana "ini semua duit".
"Jadi, bila dah diterapkan dari kecil konsep bersyukur itu, segala apa yang saya dapat saya amat bersyukur, Alhamdulillah," katanya.
Bertemakan 'Bakti Disemai, Bukti Dituai', program selama tiga hari sempena sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2017 itu akan diadakan di Dataran Persiaran Perdana, Presint 3, Putrajaya dari 21 hingga 23 Julai ini. Seramai 50,000 pengunjung dijangka memeriahkan program itu.
Menyingkap kembali zaman muda beliau di Felda Taib Andak, Mawi yang terkenal dengan lagu Kalah Dalam Menang bersama pengarah Syamsul Yusof, berkata bimbingan dan motivasi yang diperoleh semasa menyertai persatuan belia adalah satu pengalaman penting dalam hidupnya.
"Belia Felda ini ada bermacam jenis aktiviti termasuk kursus motivasi untuk pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilaian Menengah Rendah. Seingat saya, semasa saya berumur 12 tahun, saya pernah didenda dalam satu kursus motivasi yang berlangsung selama lima hari dengan ditinggalkan di tanah perkuburan pada pukul 1 pagi," katanya.
FELDA-MAWI 3 (AKHIR) BANGI
Menyifatkan pengalaman itu suatu insiden paling tidak dapat dilupakan, Mawi yang pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian selama tiga tahun berturut-turut bermula 2005, berkata ia menjadikan dirinya lebih berani menghadapi apa juga cabaran sehingga berjaya mencipta kejayaan hari ini.
Anak kelima daripada enam adik-beradik itu yang kini menetap di Bandar Baru Bangi di sini juga menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana dibesarkan sebagai anak Felda generasi kedua.
Menitipkan pesanan kepada generasi muda Felda supaya sentiasa bersyukur, berusaha sendiri selain mempunyai misi dan fokus dalam hidup, Mawi berkata: "Generasi baharu Felda harus pandai merebut peluang dan jangan cepat terpengaruh dengan cerita-cerita tidak elok mengenai Felda."
Mawi yang berkahwin dengan Nora' Asikin Rahmat atau Ekin, 37, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, berkata selain kariernya sebagai penyanyi dan pelakon, beliau menubuhkan sebuah syarikat produksi, Mawi World Entertainment.
Beliau dan isterinya turut membuka butik di Bandar Baru Bangi untuk menjana pendapatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2017

Artis tempatan yang juga Pengasas Produk Unequein, Asmawi Ani bergambar di butik miliknya pada sidang media mengenai program Ekspresi Felda Negaraku di Bangi Sentral, semalam. - Foto Bernama
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Mawi ditahan di hospital akibat darah tinggi
Mawi ditahan di sebuah hospital swasta disebabkan tekanan darahnya tinggi secara tiba-tiba.

'Malam tadi tidur depan saya' - Anak saudara Mawi meninggal dunia
Mawi turut menberi kata-kata semangat buat adiknya, Asmidah yang merupakan ibu kepada bayi tersebut.

Ini rambut paling panjang pernah saya simpan - Mawi
Juara Akademi Fantasia musim ketiga, Asmawi Ani, mengakui selesa berimej rambut panjang dan berhasrat untuk mengekalkan imej itu selepas ini.

Mawi bersyukur pelajari ilmu tidak formal di Felda Taib Andak
Asmawi Ani atau lebih popular dikenali sebagai Mawi, yang mencipta fenomena seni tanah air, bersyukur dengan ilmu tidak formal yang dipelajarinya sejak kecil di Felda Taib Andak, Kulai, Johor.

Mawi arah dua telefilem untuk tayangan Istimewa Raya di Astro Prima
Penyanyi, Mawi bakal muncul dengan dua telefilem arahannya Rock Sangkut dan Novel Fana untuk tayangan Aidilfitri di saluran Astro Prima.